❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 24, 2010

Lori gemuk yang tidak sedar diri.

Anda pernah tak menderive kereta, dan kemudian cuba memintas lori besar.

Lori besar itu juga sangat gemuk dan tak sedar diri yang dia tu gemuk.

Jugak sangat angkuh dijalan raya.

Samseng jalanan laaa pendek kata.

Mesti selalu kan....



Tapi anda mesti tak selalukan mendapat kejadian seperti...

Sewaktu memintas lori tiba-tiba anda rasa macam ada setitis hujun turun dari langit.

Dan ayer yang jatuh itu terus melekat betul-betul dengan cermin kereta anda.

Ayer itu juga sangat mampu menghalang pemandangan anda untuk memandang kehadapan.

Kemudian anda tengok luar.

Cuaca? cerah!

Awan? Tak mendung pun!

Bukan air hujan!

Ayer apa nie?

Lalu anda pun tenung lama-lama.

Mula berfikir.

Color ayer nie tak seperti ayer biasa.

Kenapa macam ada hijau-hijau sikit.

Lepas tu ada buih-biuh kecik.

Dah la air tu jatuh betul-betul sewaktu memintas anda memintas lori besar.

Kemudian otak anda berhenti berfikir.

Tekak anda pulak rasa macam nak muntah.

Otak anda sangat stress sebab perlu mendrive dan pandang ke depan.

Tapi terpaksa mengadap ayer yang anda dah boleh agak dari mana puncanya.

Dan last sekali anda akan menderive dengan begitu tertekan sekali sambil mencari maki merba kepada lori besar yang gemuk dan angkuh dijalan raya itu.



Anda selalu mendapat kejadian seperti ini?

Saya pernah!

Baru sebentar tadi.

Shittt sungguh kan.

Nak ludah pun agak-agak r.

Tak pasai-pasai aku kena samak kereta nie.

Hadoiyaiiii...





PdanS: lalalala.... Macam sangat bahagia saja sekarang ini...

Sunday, March 21, 2010

Yang aku suka.

Suara dengarkanlah aku.Apa kabarnya pujaan hatiku.Aku di sini menunggunya.Masih berharap di dalam hatinya.....

Suara dengarkanlah aku.Apakah aku slalu dihatinya.Aku di sini menunggunya.Masih berharap di dalam hatinya.....


-Suaraku Berharap by Hijau Daun Band-





Hadoi..

Macam mana nie.

Sudah mengangaukan lagu nie.

Sampai ke dapur, toilet, tidur, sembahyang..

wow. melampau la kau sampai sembahyang pun nak nyanyi-nyanyi.

Hahaha.

Tapi kan..tapi kan..

Sila la jangan salah sangka.

Tolongla berfikiran suci terhadap i.

I tak dilamun chenta ok.

Malu i tau di label sebegitu.

Tiba-tiba. haha.

Semua baris-baris di atas tiada kaitan dengan i pun.

Baik yang hidup atau nyawa-nyawa ikan or nazak ke.

Tadak ok.

Sebab alunan muzik yang macam sangat tak boleh belah.

menjadikan i semacam wow..wow..

khayal seketika.





PdanS: Kenapa kena menjadi malu-malu tahek bila mahu mengurat dan di mengurat. Mensampah betul saya. Hahaha.

Friday, March 19, 2010

Biar DR. Munawwarah yang menentukannya....


Tadi lepas gian kejap kat facebook sebab 2 hari tak dapat melayari dengan bahagianya.

Rasa macam sangat termiss dan ketinggalan zaman sungguh walaupun baru 2 hari tak bukak.

Tatau la apa information yang beguna sangat tuh yang rasa sampai , wah ketinggalan zamannyer sayer. haha.

Last-last sampai tatau nak jelajah account sape lagi.

So, bermain-mainlah kuiz kat FB tuh.

Dah la soalan tak mencabar, stress betul.

Lepas tu mengKlik pada "KAJIAN DR FADZILAH KAMSAH TENTANG SIFAT MANUSIA - DISEMBER"

dan result yang diperoleh seperti di bawah.

Macam best je nak tanyang dan mengomen satu-satu.

ok. Jom.




Sangat setia dan pemurah
Yups. Sangat betul.Tak kesah dari perCintaan ke. Ups. Persahabatan ke. Saye tak akan menginggal kan seseorang itu melainkan beliau yang akan tinggal kan saye or beliau seperti tidak selesa dengan kehadiran saye or beliau sudah lupakan saya, ok. Saye akan menjauhi dan undur diri. Good bye. Apa boleh buatkan. Baru intro dah nak kena emo. Apa barang. Eh emo ke nie. hahaha..


Bersifat patriotik
wow..betul ke? Tapi i penah silap nyanyi lagu Negara KU. Like..."NEgara ku, tanah .....rakyat hidup bersatu dan PADU!!" haha. bengong kan. Mungkin sebab i penah jadi SU untuk Pertandingan kereta berhias sempena hari kemerdekaan kot. A'a la kan, patriotik la jugak.Boley di terima laa.. haha.


Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Yupsssssss. Untuk lebih informasi sila rujuk rakan-rakan saya.


Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Yupssss. Kalau buat apa2 mesti ada silap. Sebab ke2-2 ciri di atas. Hate tau. Dah cuba tangani, tapi, sungguh tidak berjaya. haha


Bercita-cita tinggi
Ye kew? cita-cita i ingin menjadi seorang isteri solehah je. Tinggi ke? Mungkin tinggi di sisi Allah SWT. hehe.


Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
Tidak. Tapi kadang-kadang iya.


Seronok didampingi
Yupss. Sape tak suke weh. Tipu r. Tapi make sure yang nak mendampingi itu henseng penuh gaya, beduwet tebal sehingga tatau nak buat apa, tau tabur-tabur kat lantai jer. Uishh.. i lagi suka woww. haha.


Suka bercampur dengan orang
Iyosssss. I tak boleh hidup kalau tak bercakap dengan orang. Boleh kejang orat mulut sebab tak bergerak. Lidah boleh dapat cancer yang kronik sebab ayer liur tak mengalir dengan sempurna. haha.


Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Puji, mana ada. I suka di keji laaa. hahaha. Sila la keji. I like.



Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
Jujur? blupp..
Amanah? tapi i ada laa melabur dalam amanah saham bumiputra. Macam mana tuh?
Bertolak ansur. Iya, Nak gelak besar la kejap. KAH KAH KAH.


Tidak pandai berpura-pura
Eh, berpura-pura? ape tuh? tak tahu la. Serius tak tahu, saya tak perpura-pura laaa. hahaha.


Cepat marah
Mungkin ya, pada sesetengah keadaan. Tapi dunwori, cepat sejuk.


Perangai yang berubah-ubah
Yupppssss. Lepas tu bleh la guna ayat semacam nie kat kawan-kawan.. "Korang tak paham aku..."


Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
EGO? mmmm.. iye kan je la.. orang tengah puji tuh.. haha..


Benci pada kongkongan
Yupssssss. Tolong la jangan paksa i kawen dangan ZA. Walopon i suka dia, i tak pernah bercita-cita pun untuk mengahwini beliau ok. I hanya suka je, paham takkkk. Hahahah.


Suka berlawak
Tah. Tapi saya dan kawan-kawan sering begelak ketawa sehingga beguling-guling di lantai lalu jatuh ke tangga begolek-golek lagi sampai ke tanah. Lawak ke kalau macam tuh?


Pandai buat lawak
Kawan-kawan saya pun cakap macam nie, tapi saya tak nak pecaya lah, mungkin derang kurang kaseh sayang dan harga diri kot. haha. Tiba-tiba.


dan berfikiran dengan logic.
Menatang apa plak nie, logic.. mmm.. ye la kot. Dah malas aku nak mengomen.




PdanS: Esok!!! akan mengujakan diri sendiri. Kesian.

Tuesday, March 16, 2010

Cerita tentang kita.

waktu terasa semakin kelabu

tinggalkan cerita tentang kita

akan tiada lagi kini tawamu

tuk hapuskan semua sepi di hati

ada cerita tentang aku dan dia

dan kita bersama saat dulu kala

ada cerita tentang masa yang indah

saat kita berduka, saat kita tertawa

teringat di saat kita tertawa bersama

ceritakan semua tentang kita
saat kita berduka, saat kita tertawa
teringat di saat kita tertawa bersama ceritakan semua tentang kita

Tadi department sebelah pasang lagu nie.

Dengan begitu kuat dan lantang sekali.

Bagus.

Ade jugak hiburan untuk aku.

Bila dengar lagu tingat pulak kenangan dulu-dulu.

Rindunyer.




PdanS: Sedang cuba untuk menormalkan hidup yang tak normal nie.

Pengorbanan untuk senaskah Majalah HAI.

Sekali sekali mengutuk diri sendiri tak salah kan. Hahaha. Ok. Mari kita mulakan.


Status FB : “Balik nanti nak beli majalah HAI la..”

Hey, apa masalah pompuan nie, nak beli majalah HAI pun nak kena heboh satu pelusuk Facebook ke. Eeeeyuks. Beli je lah. Ade aku kesah. Hahaha.



MISI ini tercetus takkala membuat lawatan dan spotcheck tergempar di accoun FB pemilik insan ini. [Sila la kutuk jika perlu.]


Lalu terjumpa ayat-ayat yang bagus untuk mengujakan hidup i yang bosan semenjak 2menjak 3 menjak nie. Lepas tu balik dari kerja je, set dalam otak. OK. Aku perlu ke kedai buku. Ingat majalah HAI mesti dalam gengaman!! hoho


Bermula dari perjalanan menuju ke lift, wah semangat berkobar-kobar, lepas tu masuk dalam kereta, tetiba Era boleh pulak pasang Tinggal Kenangan-Saleem. Kurang hajau betul lagu tuh, terus aku dilamun khayalan. Habis luntur semangant berkobar-kobar tadi. Tambah pulak jalan memang smooth gile, tak ada jem, tak perlu stop-stop. Memang sangat asyik. Asyik..asyik..asyik..asyik nya bercinta..tak kan dunia..milikk bedua.. ok. stop muna. hahah.


Layan punya layan, sampai tak sedar, eh nie sedang menderive jalan pulang ke rumah. OK. Kemana cita-cita tadi? Haha


Masuk kedalam rumah dengan hati yang hiba. Tapi tak masuk rumah sambil nyanyi lagu Hiba by Hujan tau. Hati jer yang hiba. Lagi sedih, owh tidak, aku ditinggalkan. Takdak orang kat rumah? Semua sedang berjalan? Ishk..ishk..ishkkk..


Ok. Tak apa. Tabah kan hati. Kuatkan perut. Selongkar dapur. Mana makanan yang enak berkrim nie? Tak ada jugak. Sedih betul menjadi diri sendiri hari nie. Hadoiii

Lepas macam dah tak ada arah tuju sangat, terus call pemilik rumah.

"Helow..kat mana? bla blaa blaa blaa....kami p jalan-jalan nie..kat Ampang nie, lepas nie nak p KLCC, ang p la jalan-jalan mana-mana ang nak p.... bla bla bla.."

waaaaa.. "aku dah macam terbermakna untuk sapa-sapa sekarang".. ayat hiba untuk hari ini. Sedihhhhhhh.....

Tiba-tiba. Eh cita-cita tadi. Cun jugak kalau keluar. So terus keluar rumah, pergi menderive ke supermarket berdekatan.

Tapi tatau la macam mana mata boleh terpandang nasik ayam Siti. Terus tegoda. Singgah sebentar di situ bagi mensumbat perut yang kosong nie. Hehe.



OK. Sambung menderive menuju ke Bandar Baru Sungai Buluh. Mencari mall yang besar. Mesti ada kedai buku disitu. Dengan yakin dan confident terus menderive ke situ.

Tiba-tiba eh, apa kata jom pergi mengusha kedai borong makanan ringan kejap, ala yang ada lelaki chinese yang fasih berkechek klate. Tergoda i tau pertama kali bersua. Haha. Pergi memborong beberapa jenis makanan yang tidak sihat. Lain betul si kafir kusraih nie, dah boroi sekarang yer. Haha



-IKLAN SEBENTAR YER-



Lihat lah. Sangat murah. Hanya berbekalkan RM2.30 anda mampu memilikinya. Dah la banyak. Lepas tu banyak pulak tuh. Memang berbaloi-baloi.


Nie lagi satu makanan perosak minda. Haha. Tapi murah weh. Hanya sepuluh ringgit ka, terus boleh buat bekalan untuk setahun. Tapi kalau anda jenis mentekedarah, semua sapu, seminggu je la dapat betahan. haha

-IKLAN TAMAT-



Habis membeli makanan perosah minda tu terus menderive ke mall berdekatan. Sumpah. Nie terus pergi. Dah tak ada singgah mana-mana dah. Haha. Tapi bila parking je kereta dalam mall tu. Uish. Perut aku. Tak boleh tahan nie. Kena makan jugak nie. Dalam kereta pun kereta laaa. Hentam saja labu. Bak kata orang dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Lalu membantai la nasik ayam SITI tadi itu seorang diri sambil mengerah otak untuk membayangkan sedang bekelah di hutan paya bakau Kuala selangor di malam hari. Anggap saja lampu-lampu kereta yang bersinar itu adalah kelip-kelip yang sedang bebas bertebangan. Hahaha.





Bila dah habis mentekedarah terus masuk dalam mall tuh. Mata menilau-nilau cari kedai buku, popular, mana-mana?. Dari 2nd floor turun ke 1st floor. Mana-mana kedai buku nie? Mana? Tak ada. Ok. Kalau l1st floor pun tak dak memang aku akan black list la mall nie. Haha.Cari punya cari. YA! Nasib baik ada kedai buku. Tak jadi nak black list. Wah. Tinggi nya cita-cita nak black list mall yang setiap minggu aku akan betapak di situ melabur duit buat kesejahteraan diri. Bagus. Bagus.


Ok. Masuk ke kedai buku tu, terus ke bahagian magazine. HAI? Ada!!! Yahuuuuuuuuuuu. Tapi jangan beli lagi. Tengok dulu isi dalam. Kelebek sebentar ye kak, tak baca punya. Eh.. tak ada pun isi yang dicari. Tengok keluaran, 20 Mac? Hadoi. hari nie baru 16 Mac. Terus memulakan sesi soala siasat dengan akak tuh

"Akak yang sebelum nie ade tak" kata sambil mengangkat HAI 20 Mac.


"Tak de la dik, dah habis. Beli yang tu la, yang baru"

Taknakkkkkk. Akak tak paham. Saye nak yang lama jugakkkkkk. Waaaaaa. Sedihhhhhhh.

Lalu membawa diri yang hampaa nie ke gurdian. Membeli pensental rambut yang baru sedikit sebanyak dapat menghiburkan hati yang lara nie. Apatah lagi pensental rambut yang baru nie color MERAH. Im kan redleber. Memang baguskan membeli barangan untuk disental di kepala bukan berdasarkan keberkesanannya, tapi berdasarkan warna kegemaran kita. haha. Hepi la untuk seketika. Tapi bila dah sampai kaunter pembayaran Gurdian, perasaan kembali sedih bila mesin canggeh kira wang itu mentunjukkan harga keseluruhan kos pensental rambut. Aiyooo. Kena puasa ganti ke esok? Lusa? Tulat? dan hari-hari seterusnya? Haha.


Dah rasa macam sangat down waktu tuh, perlu kah saya menerus kan hidup ini? Saya kena bunuh diri ke? tapi tak la bodoh sangat sampai nak buat keputusan macam tuh. haha.

Mmmm. Alang-alang mencelop pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang sudah keluar biar sampai ke malam. Sweet kan peribahasa i. Haha.


Lepas tu terus menderive ke deretan kedai-kedai di pinggir Bandar Baru Sungai Buluh. Tiba-tiba terpandang....wah... kedai itu...


Terus stop kereta di bawah pokok yang rendang dan kedengarang bunyi burung-burung yang sedang pulang ke habitatnya kerana malam sudah tiba.

Dengan rakus terus ke kedai runcit india mana tah. Dengan harapan, biar lah usaha keras i berbaloi. Belek punya belek, kelebek punya kelebek. Hadoiyaii.. Kenapa banyak magazine tamil nadhu nie. Tak nak. Nak Majalah HAI. Tolong laaaa. Terasa sangat hampes sebentar disitu.

Lepas tu nampak di seberang jalan, kedai -7-11- !! Mesti ada magazine!! Apa lagi, berlari-lari anak la kesitu. Tapi bukan sebab sangat berkobar-kobar untuk dapatkan majalah HAI. Lari-lari anak sebab sangat banyak lelaki misteri di sana dan sini, dah la senja, seorang diri pulak tuh, dah la diri ini manis orangnyer, mesti ramai tegoda bila memandang. Nanti kalau kena culik, lepas tu dirogol hidup-hidup [ape barang rogol bila dah mati], lepas tu terus bunuh campak dalam sungai. Takootttttt. Ok. berani kan diri jugak.


Setelah berjaya menjejakkan kaki ke 7-11, aku terus ke bahagian magazine. Mata aku tajam menilik satu persatu magazine yang ada di situ. Penglihatan ku terhenti takkala melihat satu perkataan besar yang tertera di muka depan sebuah majalah di atas rak-rak yang bertingkat itu. H-A-I. Dalam hati ku terdetik, ya, aku pasti, itu yang aku cari. Tangan longlaiku terus mengapai majalah tersebut. Dari luaran saja aku dapat mengagak, ini bukan keluaran yang baru, mukanya saja sudah tidak sama dengan apa yang aku lihat di kedai buku lain sebentar tadi. Terus aku mencari tarih keluran majalah tersebut. 7 Mac? Bagi merungkai semua persoalan di hati, aku terus mebelek satu persatu helaian majalah berkenaan. Melihat isi kandungannya dan kemudian terpandang......

(terasa macam baca Novel-novel cinta tak? haha)



Ahirnya. Segala penat lelah aku berhasil. Biarla kereta berbau nasik ayam sampai pagi nie.. biarla kereta yang di parking dibawah pohan yang rendang terkena taik burung yang sedang pulang ke rumah nya... biarlah..biarlah...dan biarlah.. haha..

Kini aku dapat tidur dengan lenanya. Aku dapat mandi dengan basahnya berbekalkan pensental rambut yang baru. Aku dapat makan dengan kenyangnya sambil terbayang nikmat nasik ayam SITI itu tadi.

Bagusnya aku, sanggup berkorban, bersusah payah hanya untuk 2 halaman bercetak itu saja!

Kini aku dapat tidur dengan lenanya. Aku dapat mandi dengan basahnya berbekalkan pensental rambut yang baru. Aku dapat makan dengan kenyangnya sambil terbayang nikmat nasik ayam SITI itu tadi.


PdanS: Dah lama rasanya tidak membuat pekerjaan gila-gila ini semenjak ditinggalkan.

Friday, March 12, 2010

Saya ingat...

"Betul la cakap orang, rindu itu sangat menusuk kalbu kan..."

Plagiat status sendiri di Fb.

Bagus.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Saya ingat, bila jauh dari kalian, saya boleh gembira.

Saya ingat, bila tanpa kalian di sisi, hati saya akan bahagia.

Saya ingat, bila bersama yang lain, rindu saya akan hilang.


tapi semua itu "Saya ingat..."

dan "saya ingat..." tak sama dengan saya rasa.


Saya gembira

Tapi tak segembira saya bersama kalian.


Saya bahagia

Tapi tak sebahagia saya di samping kalian.


dan Sekarang saya rindu.

Tapi bukan rindu yang biasa.

Sebab rindu kali nie sangat menusuk kalbu.









Tak semua frienship itu indah, akan ada juga rongak-rongaknya.

Tapi jangan di keji yang rongak itu

Kerna yang rongak itulah yang akan mengajar kita.

Seterusnya menguatkan kita.

Kan....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





PdanS : Friendship bukan untuk di SHIT kan. Tapi bila rasa kotor yang mengawal diri, SHIT itu memang tak nampak macam SHIT kan.

Monday, March 8, 2010

Lip lap lip lap nyaaaa...

Tak paham la kenapa mood ayam berak kapur sering berlegar-legar lagi dalam hidup i nie. Eh..eh.. tak nak cakap berak kapur nak tulis berak tahek keras. Bagus untuk menggambarkan betapa susah payah dan gigihnya ayam itu untuk menuruskan hajatnya.

Haha. Rosok bahasa melayu. Kalau marka i yang puitis tuh baca, kompem-kompem kena clash. Wahh. Kite orang dah couple ke? haha

So? Apa kaitannye ayam berak keras dengan mood i sekarang? Tah. Senget betul. Nak berperibahasa. Tapi ilmu didada kurang. Tatau la apa yang penuh di dada tuh.

Dan hari nie jugak bibir, lidah dan perut i kurang bekerjasama dan begabung tenaga untuk mengekuarkan bunyi-bunyi di mulut. Maksudnye kurang cakap la.Ceh ceh.. cuba untuk berpuitis. Tapi puitis ke? eyukss.

Selalu macam nie tau, setiap kali cuba untuk menulis sesuatu yang lebih serius, yang lebih matang dan sesuai dengan angka hidup I, cita-cita ini selalu akan di terbujur..terkubur..tah lantak kau lah ter- apa pun sebenarnye. haha.

So bagi menggumbirkan ayam berak tahik keras tadi, i telah membawak beliau ke satu pameran yang bila masuk je, kita akan bercakap Wahhh!! Canteknya. Eh tak sempat lagi masuk, dan dari kejauhan lagi dah akan mula cakap Wah!! Wahh!! Stop stop nak ambik gamabar!! See betapa terujanya kalau pergi ke tempat bekenaan.

So bagi menambahkan lagi keterujaan u olls meh sini i nak tempek beberapa bukti pembelian. Hehe. Layanggg..



















































Lip lap lip lap tak? Teruja tak? Huhu. Nama tempat nie I-City. Sangat berdekatan dengan UITM pintu masuk belakang. So tak payah nak teka-teka la kalau jumpa laki hensem macho ganteng, eh budak mana nie, cute nyee. Kompem-kompem student UITM.
I amek gambar sampai muntah-muntah. Sumpah weh tak tipu. Memang nak muntah. Tapi bukan sebab ambil gambar banyak sangat sampai bateri habis, sebab sebelum pergi lagi i dah tak berapa sihat. Saket pale.
Sebenarnye banyak lagi tempat-tempat yang menarik. Tapi atas dasar, cukup la, tak perlu la tamak, sikit-sikit dah laa. I rela kan gambar-gambar yang lain tersemat dalam folder i sudah. Huhu.


PdanS: Maap la yer atas penulisan entri yang kurang seimbang. haha. Alaaa. Macam tak biasa. Rojak-rojak nie kan.
PdanS lagi: My 7wonders!!! Mahu kesana bersama kalian pula!! Jom!!

Sunday, March 7, 2010

Hanim..Hanim.. [sambil geleng kapla]

Dari peti masuk e-mail i......


Salam kepada semua warga CG. pertamanya saya minta maaf jika threat ini dibuka pada tempat yang salah dan mohon mod/admin alihkan ke tempat yang betul. Di sini saya tertarik untuk buka threat mengenai kejadian yang hangat dikatakan pada masa kini iaitu mengenai kes penderaan@pembunuha n seorang budak berusia 3 tahun yang bernama Syafia Humairah Sahari.

Pada mula berita ini tersiar, saya amat marah atas kejadian yang berlaku. tetapi pada malam minggu baru - baru ini saya pergi ke kuang tempat saya membesar untuk melepak bersama rakan - rakan. Rupanya ibu kepada mangsa adalah kawan yang sama - sama tingkatan, dan berdekatan dengan rumah saya dahulu. saya hanya panggil namanya iaitu hanim. setelah hampir 10 tahun tidak berjuma, maka saya tidak berapa cam mukanya di dalam televisyen sehinggalah kawan saya bernama Afendi rosli ( pelumba motor sck harian metro ) menceritakan mengenai kisah hanim kepada saya.

Semasa sekolah dahulu, hanim adalah antara pelajar yang agak terkenal di antara pelajar lelaki. biasanya kami akan sibuk nak tengok serta teka BRA yang hanim pakai pada hari tu talinya bersilang (kami suka panggil bra pangkah ) dan warna apa. hanim juga ada geng - geng perempuan. geng - geng mereka ini secara umumnya kami panggil CHIA sahaja pada masa itu atau panggilan asasnya adalah BOHSIA. selepas saya berpindah ke sekolah asrama pada tingkatan 4 ( tahun 2001 ) saya dah tiada peluang untuk melihat bra apa yang hanim pakai.

Afendi juga menceritakan bahawa SAHARI iaitu bapa kepada mangsa adalah orang sabah dan bertugas sebagai polis di balai polis sungai plong. apa yang saya tahu, hanim dan sahari dikahwin secara paksa akibat pada masa itu hanim mengandungkan arwah yakni anak sahari.

Sahari dimasukkan ke penjara kerana dia telah dituduh menembak mati seorang pendatang indonesia berdekatan dengan Tasik Biru Sri kundang. pada masa itu juga hanim dan sahari telah mempunyai anak seramai 3 orang.. dan mangsa adalah anak ketiga. maaf saya cakap, ketiga anak hanim adalah diluar nikah. sekarang ni sahari berada di penjara sungai buloh sambil menanti hukumannya dijatuhkan sama ada bersalah atau tidak bersalah di bawah akta 302B jika tidak silap saya. Sahari juga amat marah bila mengetahui anak nya dibunuh oleh teman lelaki hanim dan sekarang ni dia bersiap sedia serta berharap teman lelaki hanim ditempatkan di penjara yang sama dengan dia.

Menurut keterangan rakan saya iaitu afendi ini juga, permohonan sahari untuk melihat pengebumian anaknya di tanak perkuburan kuang juga tidak dibenarkan oleh KKDN kerana kes sahari adalah berat. oleh itu sahari berazam untuk membunuh teman lelaki hanim jika dia ditempatkan di penjara yang sama kerana sahari tahu bahawa kes dia agak sukar untuk menang di mahkamah.

"alang - alang aku nak kena gantung, biar aku bunuh mamat tu bagi puas hati aku " <--beginilah lebih kurang kata sahari.
Hanim pula mempunyai seorang anak bersama teman lelakinya pemandu teksi itu yang berumur setahun lebih. dengar cerita, hanim juga sudah mengandung 4 bulan anak kedua bersama teman lelakinya itu. Menurut datuk kepada mangsa iaitu ayah hanim, sebenarnya dia serta isterinya yang menjaga mangsa. tetapi mangsa terpaksa diserahkan kepada hanim kerana dia dan isterinya ingin pergi keluar daerah kerana ada urusan. dia membawa anak hanim yang pertama dan kedua manakala mangsa ditinggalkan bersama hanim.
Kesan - kesan parut serta luka lama yang ada pada mangsa adalah kerana sebelum ini mangsa pernah tinggal bersama hanim serta teman lelakinya.tetapi bapa serta ibu hanim mengambil keputusan menjaga mangsa kerana kesian melihat cucu mereka didera,. Maaf jika saya berkata dengan agak kasar. hanim pernah saya nasihatkan supaya berubah semasa kami sama - sama bersekolah dahulu. saya adalah rakan kepada hanim kerana rumah kami berdekatan serta pergi ke sekolah pun sama - sama. sayangnya dia tidak pernah ingin mendengar cakap saya.
Setelah 10 tahun tidak bertemu serta mendengar cerita pasal hanim, apabila mendengar semula cerita pasal dia saya amat sedih sekali kerana dia tidak pernah ingin berubah. melihat wajahnya di televisyen, dia seolah - olah menangis atau memaksa dirinya menangis. Di sini saya mengharapkan hanim juga diberi hukuman yang setimpal atas perbuatannya. mangsa yang dibunuh pernah juga didera oleh hanim dan saya berharap keadilan ditegakkan demi mangsa yang meninggal dunia.
Saya menceritakan kisah ini pada rakan - rakan cg semua bukanlah berniat untuk membuka aib hanim iaitu sesama islam kita. tetapi saya terpanggil kerana saya lebih kasihan melihat mangsa dan berharap orang -orang yang pernah menyeksa mangsa semasa hayatnya akan ditangkap serta dihukum! Kerana apa saya minta mereka yang terlibat ini dihukum? kerana saya berharap ia menjadi pengajaran kepada rakan - rakan serta masyarakat kita bahawa betapa pentingnya didikan agama kepada anal -anak!


PdanS: Perasan tak selalu benda-benda cam nie bermusim kan. Sekarang musim dera kanak-kanak. Sebelum nie musim buang bayi. Sebelum-sebelum nie musim accident di emergency lane, musim bas accident... Haishh. Bila nak musim DURIAN plak nie. Ngidam weh. huhu.

Patutkah saya........

........................................... menceburi bidang peragaan??

Hahaha.

Ok. Sila simpan cita-cita itu untuk anak cucu kamu ok.

Persoalan yang sebetulnya, "Perlukah saya beniaga Shalw secara online?"

Perlu tak.

Agak-agak anda?

Ok. sila layankan dulu gambar aksi ngeri ini.

Nanti i sambung story mory lagi.





Ngeri tak??




Gambar ngeri 2.



Gambar seram 3





Wah. Seram kannn..








So bagai mana?

Tertawan tak dengan i.

Eh kenapa i kena tanya soalan cam tuh.

Kompem-kompen la tertawan kan. haha.

Ok. Sebenarnye tertawan tak dengan shawl-shawl ini?

I jadi sawan kekura [bukan kekura sakti ok] kejap tadi kat Jalan tar.

Macam biasa, bila dah stat nak berfesyen macam-macam sawan la akan timbul

Lagi-lagi kalau i berkeliaran di sekitar jalan Tar.

Wowww.. tolong la panggil polis trafik sepsiap.

I nak sawan sambil beguling-guling kat jalan raya.

Kalau ada polis traffic jalan terkawal la sket.

Nyawa i pun teselamat la nanti. Huhu.

Ok. bebalik kepada cerita shawl tadi.

Uishhhh. kalau ikot kan hati tadi memang nak borong sampai sepuluh.

Tapi apa kejadahnya.

Aku nak lilit kat mana banyak-banyak?

Buat bedung altaf zikri?

Amboi.. kecik-kecik lagi da dapat bedungan shawl.

Aku pun guna napkin turun temurun.

Tak bolehhh....

Mula-mula nak beli, tokey banggla tuh siap offer lagi

Ambil la 30, dia nak kasi harga borong.

Harga yang selalu pemborong kat internet tuh dapat.

Siap suruh jual online lagi.

Bagus-bagus banggla yang maju.

Silap tak tanya. lai"Baiyaa tak main itu Facebook kaa?" huhu.

Sampai sekarang aku masih terfikir-fikir lagi tentang pengOfferan si bangla itu.

Bagus jugak kalau aku meniaga-meniaga nie.

Tapi bila di fikirkan balik, masa. masa. dan masa.

Aku tak de masa laa.

Nanti sapa yang nak postkan semua-semua shawl ke customer?

Sape yang nak melayan semua pertanyaan customer?

Tambah-tambah lagi bila aku kena turun site.

Uish.. susah-susah...

Betul la cakap orang bukan senang nak senang.

Wah. Panjang la pulak entri nie.

Niat hati nak bagi 2,3 lai ayat jer. huhu.

Ok.ok. Nak stop.

Mengantuk sudaaaa.

Nite anda semua!!

Friday, March 5, 2010

Drama melayu klasik.

Lokasi : Dafur

Pelakon : Makteh chantek, Husna Gumuk.

Turut membintangi : Hasyimah Jongang.



Makteh chantek sedang membancuh ayer oren di dapur, tiba-tiba beliau di sapa manja oleh Husna Gumuk.



Husna Gumuk : Makteh, buat meggi makteh

Makteh Chantek : Makteh tak reti laaa.

Husna Gumuk : Mmmmm. Bancuh susu la.

Makteh chantek : Bancuh susu pun makteh tak pandai. Makteh reti buat ayer oren je.

Husna Gumuk : Alaaaa.Nak ayer oren lah.

Hasyimah Jongang : Makteh, nak minum susu oreng.



# Note : Susu oren : Ayer oren yang dibubuh dalam botol susu.

So, kalau susu sirap : Ayer sirap yang dibubuh dalam botol susu.






Isi tersirat.

Kanak-kanak terbiar nie di tinggal kan oleh makbapak derang dari 8 pagi tadi lagi.

So makteh chantek lah yang menjaga.

Bila tengah hari tiba maka kanak-kanak terbiar ini pun lafar bak gagak kehausan.

Makteh chantek tak masak ke?

Hari nie ade kenduri di rumah berdekatan.

Atas janji-janji manis yang ditaburkan oleh kedua ibu bapa kanak-kanak ini "Tak payah masak, hari nie kita makan kenduri."

So makteh chantek pun turutin saja.

Tapi dah pukul 3 petang nie.

Tak pulang-pulang lagi ibubapa kanak-kanak terbiar ini

Kanak-kanak terbiar boleh di pujuk kalau lafar.

Tapi perut Makteh Chantek sape nak layan.

Hadoiiiii.



PdanS: Kenapa la Cornflake tak sama dengan konflik kendiri. Kan bagus kalau sama. Boleh aku makan dengan milo. Boleh aku hancur-hancur buat biskut. Tapi masalahnya ke2-2nya adalah berbeda dong. Tak sokaaa...