❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 25, 2010

FB dan Twitter tak sama dengan blog ok.

Disebab kan sekarang i macam sangat tamak nak tulis Status macam kat Twitter dan Fb tuh tapi asyit nak tukat setiap 3minit.

So, apa kata kumpul semua status-status tuh dan luahkan dalam blog. [luahkan? i sedang berchenta ke]

OK



Status 1

" Pelajar LI? kena pulang ke UMP? Rabu nie? Wajib? Apa kejadahnye? "

[alahh..tak kesahpun janji boleh bersama-sama kawan-kawan yang kita suka. Eh ayat ZA.]



Status 2

" Eee..Mensampah betul.Internet macam tahek. Baik tido "

[Cik roh. Sila bagi pump lelah. Internet saya sedang semput nie!!!]



Status 3

" Esok= Bangun -> Basuh keta -> vacum keta -> Kemas Rumah -> Basuh baju -> Sidai baju -> beronggeng ke OU -> Lamb chop yang mengiurkan -> Pulang -> Tido "



Status 4

" Sedang mengkemas FB [delete segala macam application yang orang antar] "

[Tak paham kenapa kena mensampah betul dengan mendalah-mendalah itu. Semak perut tengok]



Status 5

" Semoga saya tak pengsang bila tengok ZA belakon live di depan mata!! "



Status 6

" Menghitung hari untuk ketemu dengan pelakon yang kita suka! "



Status 7

" Saya dah gemuk kawan-kawan. Sila la percaya "

[Tapi saya menangis sebab badan dah gemuk sila jangan percaya]





PdanS: Kenapa kena malas nak update blog?

Saturday, February 13, 2010

Yang aku suka.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sangat mensukai laa lagu nie buat masa sekarang.

Walaupun tak ada kaitan langsung dengan hidup dan mati guaaa [eh sejak bila dah pandai bergua-gua kelam nieh]

Satu lagi lagu yang sedang saya gemari

Faizal tahir.. Selamat malam..

2-2 lagu nie sangat bagus di pasang ketika Jalan sesak dan jem yang takdak roti nak sapu.

I sampai boleh tak sedar sambil berkata

"Owh.. tengah jem ke sekarang"

"Lohhh..da sampai rumah keee"

Serius sumpah.

Yang penting i akan tersenyum sambil dengar lagu nie.





PdanS: Sayaaaa di kampung ku surga ku!!!!

PdanS lagi: Menusia-manusia di Dublin, anda diminta supaya sila Update dengan lagu-lagu terbaru di Malaysia hokeh!!!

Wednesday, February 10, 2010

Warak kah mereka??



Tiada apa yang dapat dikatakan melain EEEYYUUUUKSSSSS.......

Wah. Saya sudah misteri sekarang. Cepat la takut !!



Cuba rakan-rakan sekalian tatap wajah saya. Tatap??? Eeeeeee. macam lagu airil menTATAP wajah muu.. Eyukssss. I tak suka ok. Baik lah. Mari kita mula sekali lagi.

Cuba rakan-rakan kelebek wajah saya??

Ada rasa misteri tak?

Tak de kan?

Chantek, manja, berdikari, solehah, berbudi bahasa, mithali ada laaa kan?

Ishk tak paham betul i dengan perempuan tadi.

Ade ke patut i yang sedang melepak kat kedai tepi sungai kuala kangsa dengan rakan sekerja, sambil makan cendol, dan nasik ayam beserta fresh oren.

Tiba-tiba boleh plak diterjah oleh sorang pompuan yang tah dari mana pun i tatau.

"Adakah anda orang misteri era?" aikkk??

i boleh pulak jawab

"Haaaa?? mintak derma??"

Hahahaaaa.. tau la putik kapas da abeh.

Guna kunci kereta pun boless paa.

Mentang-mentang la pembayang yang di beri adalah cendol, lembah, dan pasu.

Dia suka-suka hati jaa melable i orang misteri.

Tau la i tengah makan cendol, tapi i tak jual pasu ok.

Ke badan i yang dah macam pasu labu sayung tuh??? owh. No.No.Nooo.

Sebenarnye kalau la telinga i suci dalam debu.

Mesti i jawab... Ehhh. i tak nak jawab lagi.

Tapi i nak buat muka macam

Wahhh. Kamu dah menang. Tekaan kamu betul.

Boleh bayang tak muka tuh. Tak susah kan.

Lepas tu i bangun dan terus peluk dia.

Tapi tak de la beria sangat nak peluk macam sedang antar mak p mekah.

Peluk yang macam sedang ucap tahniah tapi di zahirkan melalui pelukan. Ok?

Dah bila nampak dia macam nak nangiss.

Yaa Tuhann aku da menang. Aku kayaa yuuhuuu. [dalam hati pompuan tu laa]

Terus aku cakap

"Maap kamu silap orang, sila cuba lagi "

Hahahahaaa.

Sangat beriya-iya pompuan tu tanya tau.

Semua orang kat foodcourt tuh dia tanya

Lepas tu berlari kesana sini ketepi sungai ke kedai-kedai

Sambil telinga sumbat earphone.

Dengar radoi era la tuh gamaknye kan.

Ishkk.Ishkkk.

3 jam lepas tu, waktu i on the way nak balik ke office dalam kereta.

i dengar radio Era call orang misteri tuh.

Tanya lokasi sebenar dia tadi sebab tak ada orang menang pun.

Rupanya dia kat Pekan Rabu, Alor Setar.

Pembayang untuk Cendol, i setuju

Pasu? Boleh la. Ada jugak laa. Tapi tak sehebat Kuala kangsar.

Lembah? Lembahnyeeeerrr Alor Setar tuhh!!





PdanS: Macam mana nak jadi isteri solehah. Balik kerja saja dah hilang kudrat. Tak boleh nak buat apa-apa dah. Tidor ja bulesssss. Ehhh sejak bila plak aku jadi isteri niee??Tak tahu punn.

Monday, February 8, 2010

Saya, sebagai ibu Mithali.

Penah tak rasa semacam andalah isteri yang paling mithali di abad ini !!!

i PERNAH dan sangat selalu berasa semacam itu!!![ape kes tanya jawab sendiri. Haha]

Bahagia tauuuu.

Pulang saja dari kerja i mesti akan tersenyum gumbira macam akan ada suami kacak mentunggu kepulangan i di pintu rumah.

Sambil menghidangkan i dengan segelas fresh orange dan beberapa ketul pisang goreng.

Sumpah. Tak tipu.

Setiap kali balik kerja mesti akan terasa bahagia semacam je

i pun tatau kenapa perlu rasa semacam mithali sangat.

Mungkin sebab setiap petang lepas pulang dari kerja i akan singgah pasar membeli ikan.

Berkenalan dengan ikan cencaru. [Tidaklah terjejas keMithalian isteri itu jika tidak kenal rupa paras cencaru.Sekian]

Sambil bertawar menawar.

Dan akhirnya memborong 2 ekor sahaja.

Cukup la untuk kais petang makan petang sekali dengan pagi esok dan tengah hari. [wah mithali kan?]

Apa? Tak rasa pun apa yang mihtali sangat?

Ok. Fine. Mai i tambah lagi rutin harian i yang boleh mensebabkan i rasa mithali nyerr saya sampai tak keruan.

Semoga anda jugak akan terasa tempias mithali i. Haha

Lepas penat memborong 2 ekor cenceru i akan ke taska Nurul Iman.

Mengambil 2 orang kanak-kanak riang menjadi salah satu rutin i sehingga kini.

i tatau la perlu ke untuk rasa tarharu bila mengambil kanak-kanak ini dari taska Nurul Iman sebab setelah pacuan i selamat bertapak di depan taska berkenaan pasti kanak-kanak riang ini akan melompat keriangan dan gembira tak terkata-kata.

Sampai i yang dalam kereta, tak sempat nak stop lagi, tak dan nak mati engine lagi, kanak-kanak ini dah berlari bagai di kera mendapat bunga. [aiikk??]

Dan selepas masuk ke dalam kereta, i yang konon-konon nak perasan ibu la kan, akan mensoal-siasat kanak-kanak ini

"Nak pergi mana lepas ni? Taman ke?"

"Sape nak pergi KFC? Angkat tangan!"


Juga selalu menaburkan janji-janji manis ke kanak-kanak ini, seperti

"Ok. Jom pergi The Store!!"

"Kita pergi beli aiskrim nak"

Yang last-last tak kemana, balik rumah jugak.

Mithali kaann??

Hahaha.

Ok. Cukup la untuk kali ini cerita mithali i.


PdanS: Kenapa kita mesti buta untuk melihat peluang yang ada di depan mata dek kerana mengejar sesuatu yang konon kita suka, tapi entah dapat entah tidak.

Tuesday, February 2, 2010

Bodoh kah perempuan itu?

Dari peti masuk e-mail i........


SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends. The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”

“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.

“Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.”

Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.“We will know how many by Valentine’s evening.” State Islamic Affairs Department (Jais) director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said: “We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.” (The Star)

Tak pakai underwear untuk boyfriend, BODOH.

Sambut valentine ?, LAGI BODOH.

Melayu'islam' ikut benda-benda camni, SUPER BODOH.

Tersenyum apabila ditanya benda-benda camni DAN sambut valentine, SUPERDUPE BODOH!

Perempuan Melayu ramai jugak sebenarnya yang suka dieksploitasi.

Siap laa.. aku nampak perempuan melayu 'islam' tak pakai panties 14hb Februari, aku pegi swipe credit card dekat celah bontot dia. It's A New World Now! Takleh marah ok !



PdanS: Hambek kau. Siap sekali comment-comment yang orang antar pun aku copy and milo.

Apa yang penting?? KerjaaaaKerasss..

Tak paham la kenapa lepas balik kerja mesti nak kena letis macam perempuan yang baru lepas beranak anak kembar tak melekat. 8 orang plak tuh. Secara manual bukan auto. 10 jahitan. [mesti nak kena describe macam sangat dasyat je]

i tersangat la letis setiap balik kerja walaupun hanya berkerja mengcheck comment2 yang budget betimbun la kat wall Facebook tuh.

Kenapaaa?? Kenapa??

Arrrhhhhh.. Tak pahammmmm.

Ok. Tenang muna.

Tak perlu paham pun.

Tak masuk exam kan.

Eh lupa i dah tak ambil exam ok. [tumpang riak sikit yerr. Sikit jer. Haha]



Minggu nie i kena kerja dengan begitu keras sekali.

Bermula dengan esok.

i kena pergi check jalan-jalan yang berbatu keras di selatan sana nuh.

Dan pulang pada hari orang laki semayang jumaat. [wah mesti macam sangat mencabar untuk menjawab bagi golongan kafir kuraish kan.]

Wahh. Latihnyaaaaaaa.

Lepas tu petang jumaat pulak i kena kerja keras lagi untuk menghiburkan hati i yang dah lama tak riang gumbira.

i kena bekerja keras mendrive ke Setiawangsa sambil bekerja keras lagi untuk berkaraokay pada malam tuh. [Yuhuuu. Kawan-kawan jom!!!]

Esok tu pulak i kena bekerja keras memusing satu kolumpo besama rakan sebaya sambil mensurvey baju raya cina. [haha.alasan]

Malam tu pulak, i kena bekerja keras lagi untuk ke uptown meneman rakan sebaya membeli selipar liplap liplap [haha. alasan lagi. Nak beli shawl cantek]

Hari ahad pulak. i kena bekerja keras untuk kemana-mana ikot suka hati i dan rakan-rakan sebaya laa. Kenapa kau nak pengsibuk. [kerek secara tiba-tiba sangat penting yer]

Wahhh. Sungguh meletihkan jiwa dan raga beskal.

Rasa macam taknak jadi diri sendir lahh untuk minggu nie.

Nak jadi adik angkat ZA pulak lah. [Menggedikla secara berkala. Bukan setiap masa]

Sapa nak jadi i sila angkat jemuran!!!






PdanS: Letih dan mengantuk. Tapi masih ada hati untuk menghapdate. Bagus-bagus.