❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 31, 2010

Hari cuti Wilayah. Wilayah Selcom tak pakai yerr.

Tiada yang lebih membahagiakan i selain hari ini. I sangat suka laa hari wilayah walau pun kompem-kompen I yang duk Subang Jaya nie tak kan dapat cuti. Orang-orang di wilayah sila la bercuti lagi. Kalau boleh cuti sepanjang tahun pun takpe lagi I suka. Haha. Wah semacam sangat mulia saje menjadi orang yang tidak suka cuti dan berbahagia di atas cuti orang lain. Tapi berbahagia di atas cuti orang lain mulia ke?


Sebenarnya yang membuatkan I sangat la suka bila hari wilayah sebab I dapat mendrive dengan begitu tenang sekali tanpa gangguan kereta-kereta yang menuju ke KL. Bayangkan sebelum nie, I tepaksa mendrive dengan kelajuan anak buah i yang baru pandai naik beskal dengan mengambil masa 30 minit.

Tapi hari nie, 15 minit saja i dah sampai ke office. Sumpah bahagia weh. i tak perlu lagi cilok kesana-kesini dengan rasa bangga.

Tapi kan, I agak sedikit terkilan jugak la hari nie sebab tak dapat nak berperasaan riak sambil memotong kederaan berat menggunakan emergency lane. Haha. Macam nie ke tingkahlaku seorang wanita yang menyimpan perasaan untuk menjadi polis JPJ.


So lepas nie i kena ubah cita-cita dari polis ke driver ambulans. Nanti waktu interview boleh la i cakap yang i sangat handal memandu di emergency lane dan hebat dalam mencilok ke sana ke mari. Kompen interviewer tuh kagum kan. Terus ambil i bekerja. Lepas tu banyak la berita di dada akhbar [ceeh di dada akhabr tuh] "Kadar peratus pesakit mati di dalam ambulan meningkat 100%" Semua nie gara-gara driver ambulan yang sungguh sumel itu. haha

Dah dah. i tak mau rasa bahagia lagi. Sudah. Cukup sampai di sini saja. Haha. Mmmm i nak rasa bimbang pulak. Bimbang untuk tinggi i yang tah cukup tah tidak bagi mencapai hasrat bergelar srikandi Negara. Hahaha. Sungguh tak boleh belah.

PdanS: Wah. I sudah menghapdate!!! Ajaib

Permalaskah saya?

Waaaahhh!!!!

Sangat memberangsangkan sungguh kadar peng-Update-an i kan.

Seminggu sekali.

Lepas nie sebulan sekali.

Lagi pemalas tahek setahun sekali.

Hahaha.

Nie pun sedang kuatkan semangat untuk habiskan beberapa ayat lagi.

Tahniah!!

Sekian.




PdanS: Sekarang macam sangat suka membaca belong manusia lain saja. Menghapdate blog lain dengan cerita-cerita dongeng lenkali la yer.

Friday, January 22, 2010

Burung Apa?

Yuhuu.. I sudah berpunya Incik Twitter.

Tiba-tiba ada Twitter??

Apa cer nie??

Hahaha.. Cer nye adalah.

Tadi i semacam sangat punya lebihan masa-masa emas.

So berjalan-jalan lah ke blog sahabat-sahabat handal.

MengKlik sana mengKlik sini.

Lalu terKlik my friend punya Twitter.

Lalu jugak tepandang nama Zahiril Adzim !!!!

Hey!!! Sampai tai u Reen!!!

BerTwitter dengan ZA i.

Sangat kejam laa unie.

Dunia nie memang sangat tidak adil kan.

Sila print dan photostap semua perbualan anda bersama ZA dan serah kepada saya!!!

owh tidak. Agak-agak apa lagi yang korunk Twitter kan yer.

Haaa!!! Nak satu kan i dangan Z* ?? Haaa??

Jangan main-main laa.

Nie soal jodoh dan perasaan.

I tak nak keciwakan sapa-sapa.

Hahaha.





Jemput berTwitter dengan saya!!!



PdanS: Mengantuk!! Esok nak buat Flickr pulak. Huhu.

Sunday, January 17, 2010

Kenapa ???

Kenapa i sangat pemalas tahap gaban untuk mengemaskini blog sendiri??? Kenapa?? Kenapa?? Jawab sikit....

1) Sebab Fecebook jahat, sampai hati dia letak dadah dalam tuh. I dah terAddicted dah dengan beliau sekarang. Tiada lagi masa-masa emas untuk mengarang, hari nie saya makan nasik lauk kicap, hari nie saya kena gigit semut api, sakit tau.

2) Sebab i sibuk bercucuk tanam dan menyiram air di kebun TiKiFarm i . Nasib baik ada anak buah yang sungguh comel sudi gerak i tengah tido "Makteh-makteh bangun, pokok makteh da besar, izat kutip pas tu jual ek. Tapi izat tak pandai nak beli lagi, nanti makteh beli laa" "ok..ok.."sambil mamai-mamai. Sumpah sangat terasa betuah ada anak buah semacam ini.

3) Sebab i kan pekerja yang cemerlang PLUS gemilang. I sangat tidak suka membuang masa melayari internet sewaktu office hour..haha..

4) Sebab balik keje je, nampak katil, balik keje je, nampak katil, kat tempat keje lagi dah nampak katil. I tatau kenapa dan mengapa, bukan ada suami yang sah dan bebadan taf pun atas katil tuh.. hahaha.

5)Sebab broadband yang agak sengal kepala lutut. Mensampah betul.




Lain-lain alasan yang boleh di guna pakai di masa hadapan dan mampu menampakkan macam wahh bizi nye muna, patut la jarang update....




6) Memasak nasik dan lauk dan air limau ais untuk suami [waah dah tahu air favourite suami !! tahniah!!]

7) Anak kecik tak nak duduk bawah. Asyit suruh dukung je. Dengan ayah die pun tanak jugak. Tak paham laaa.


8) Selalu ikut suami pergi berjemaah di masjid. Pastu balik terus tidur berjemaah bersama-sama. Keluarga mithali sungguh kan?





PdanS: Kurang hajau Fecebook.. Tiba-tiba tak boleh nak buka malam nie. Saje tau nak suruh aku updateblog pulak.. hahaha..

Wednesday, January 6, 2010

Terkezut i tauuuu...

Memang betul la cakap orang.

Dunia nie kecik ajeee

Pergi sana sini mesti akan kenal dengan orang baru, yang kenal orang yang dah lama kita kenal.

Faham??hahahaa.

Saja nak bagi otak korunk excercise sikit.

Maksudnye, kita akan kenal dengan orang yang akan kenal kawan-kawan kita laaa.

Adaaaa pahammmmm.

I pergi practical pun sangat banyak kejutan-kejutan yang diterima

Nasib baik kejutan ini bukan berbentuk barangan electric Panasonic

Kalau tak mesti i dah mampus mati tekangkang di sambar beberapa cawan voltan


ok.kejutan pertama


1st day practical

My supervisor adalah kawan kepada my lufly lecture -Ir Andan Zulkiple


2dn day pulak

Consultant yang i jupe waktu pergi meeting rupanya adik ipar kepada my lecture yang dah
betahun i menuntut ilmu dengan dia - Encik Samsul Meknaaa..tiba-tiba meknaa??


3rd day, hari nie.

Rupanya my officemate adalah cousin kepada my classmate yang i rapat jugak laaa - Awin!!


4th day hari esok!!

????????
i harap makcik yang duduk kat department sebelah adalah mak Zahiril Adzim. Nanti boley la i main kenyit-kenyit mata dengan mak dia, lepas tu pesan "Makcik, nanti kirim salam kat ZA yer". Kalau nak gatal sikit "Makcik, nie saya ada masak tempoyak ikan patin yang ZA suka tuh, nanti bagi kat dia ye". Nak menggatal lebih-lebih "Makcik, malam nie mak saya suruh tidor rumah makcik laaa"







PdanS: Kejutan lain yang bakal i terima : i baru je di kabarkan tadi my officemate yang tak besua muka lagi dengan i sebab cuti seminggu rupanya duduk sekampung dengan i.. hadoiii.. tak sabar nak terjah diaa !!!

1st day practical

Bila sume orang sibuk nak buat entry pasal 1st day practical

i pun tetiba macam dah tehasut pulak nak tiru jugak

tapi i tak mau cerita pasal 1st day di office


sebab kalau i nak cerita, i tepaksa bukak satu lagi blog baru sebab tak cukup space untuk entry tuh.


haha. Alasannnnnn.


tapi i boleh ringkaskan dengan 1 perkataan je


"Wahhhhhhhhhhhhh!!!!"


untuk maklumat lebih lanjut


sila layari Plus Expressway Berhad atau PEB


Ok.





1st day lepas balik dari office,


i tebongkang tidor dari magrib sammmmmmmmmmmpai la ke subuh!!


Sekian.


itulah cerita 1st day practical saya!!


Habes.


Mesti menyesalkan baca.


Hahaha.