❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 30, 2010

Untuk PUAN Kurap ku sayang.


Puan Kurap!!!! Selamat pengantin baru!!! Anda sudah menikah laaaaaa. Macam sangat tak percaya. Serius weh. Anda dah jadi bini orang!!!


Dan tak lama lagi kan jadi mak orang. Wow. Wow. Sunggung tak bleh imagine bagaimana anda akan jalan sambil perut boyott. Sangat tak boleh. Mungkin akan lebih kurang macam kita men-men sumbat Kiki aku dalam baju ang cam dulu-dulu kan. Mungkin. Lepas tu jangan jalan macam kita belakon-belakon tuh. Macam kengkang sangat laa. Tak comel. Ibu mengandung yang seksi perlu jalan dengan lebih kekucingan (catwalk). Miowwwwww. Bila nak beranak push comel-comel. Takmo gelojoh-gelojoh macam selalu ang praktis ngan aku kat bilik dulu. Nanti baby tak keluar, benda lain plak tejengoi. Kahkahkah. Fine!! Tak lawak!!


Eh, apa nie. Nie bukan ucapan pengantin baru. Nie ucapan semoga mudah besalin. Errrr. Terlebih excited la weh. Okeh. Kembali ke agenda utama.


Puan Kurap yang ku sayangi. Andai kata esok dan lusa, diri ini tak dapat di terbangkan ke Parit Butaq, maafkan lah daku. Sesungguh nya aku nak pergi. Tapi tak dak orang nak teman. Uwaaaa. Tapi tak pa. Aku akan usahakan juga.


Puan Kurap yang di ingati. Setelah bergelar bini orang ini, JANGANLAH ENGKAU MELUPAI ADIK COMEL DI SINI. Forward la sms dari celcom or ringtone percuma or power root or video free or lain-lain SMS yang masuk dengan tak disangka dan menyemak itu ke aku lagi yaa. Mungkin engku ego untuk menaip I MISS U, tapi dengan kedatangan SMS itu, aku tahu dan paham sangat bahwa diri mu sangat merindu aku kan. Kan.


Wahai Puan Kurap yang sumpah macam tak sesuai untuk aku panggil Puan, selepas ini BELAJARLAH DIRI MENJADI PUAN agar saya macam dah tak geli-geli nak panggil anda Puan. BELAJARLAH MEMASAK paling sedap dan jamulah aku yang kurus kering ini supaya jadi lebih mantob. Mungkin boleh di pertimbangkan kalau masakkan anda tuh setanding secret recipe. Mungkin.


Kemudian, TAAT LAH SUAMI MU itu. andai kata dia nak kawen lagi satu dan pilihannya adalah aku, benarkan laah. Sesungguhnya mentaati perintah suami adalah suatu kewajiban.


Dan ahir sekali, SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE AHIR HAYAT DAN DI PERTEMUKAN DI AKHIRAT SANA.






Ouch.Ouch. Di peluksss dan memeluksss. Ouchhh.





Alahaiii. Mudanya kawen. Baru jajah 4 dah menikah. JAJAH PAT. Serius weh. Macam kanak-kanak jajah 4. Bila nak matured nie PUAN.





Bila pakai rantai besaq lengan, gelang 2, 3 orat, jari penuh cincin maih, delima, belian, baru nampak macam Puan. Kekal kan identiti ini yaa. I LOIKEEEE.










PdanS : Errrrr... Masih tak percayaaa anda sudah kawen. Some one, tolong datang sini, lempang 3,4 kali. Macam masih bermimpi lagi nieeee. Errrrrr.


Rojak-rojak di malam buta.


Haip... Selamat malam/siang/pagi-pagi buta/ tengah hari rembang/ magrib. Boleh pilih yang mana sesuai dengan keadaan persekitaran engkau ya.

Malam nie bukan cerita macam mana nak buat rojak dan makan rojak yang orang belanja itu sangat sedap, tapi bila beli sendiri, hampeh, kedekut kuah laa, kacang taruk sikit laa, semua engkau nak mengomel yaa . Bukan cerita itu hokeh. Bukan. Tapi nak cerita macam-macam itu dan ini.



Kisah 1

Sekarang di rumah mak menakan or kot bahasa k'El nya ibu saudara kat SP. Datang seorang diri sebab tadi pergi mengukur mall-mall kat SP sampai ke malam, jadi macam tak molek la nak terus drive ke rumah sorang-sorang tengah malam selama sengah jam. Dah la akan lalu hutan belantara. Kot jumpa hantu jembalang, haaa, sapa nak tolong baling-baling garam. Cehhh. Macam dah tak reti nak baca Ayat Kursi saja.

Lepas tu esok besday kazen i, so akan ada breakfast ciss kek dan pasta. Ouchh. Seperti di Italy..





Kisah 2

Hari ini Khamis. Esok Jumaat. Lusa Sabtu. Kemudian tu ahad dan lepas Ahad, Selasa. Boleh? Boleh tak nak buang Isnin tu jauh-jauh sebab takmo balik Parit King itu. Nak duduk River Yan saja. Can kan?




Kisah 3

Sem baru akan masuk beberapa hari saja lagi. Sungguh tak best sebab seksyen sudah berubah-rubah. Sungguh macam nak pergi bakar orang kat fakulti tuh. Apa niii. Dah sem 2 baru mengada nak tambah jadi 3 seksyen. Lepas tu student kena rombak. Kena duduk dengan classmate baru. Saya dah malas nak kenal-kenal. Hai, saya muna, just call me mOOn. Owh. Tak mahu. Nak kelas dulu-dulu dan rakan dulu-dulu sebab bila agak bosan gila dengar pensyarah tu dok membebel boleh la ajak rakan-rakan yang dulu-dulu pergi turun bawah. Pekena pisang goreng jap. Tak sukaaa. Tak Sukaaa.




Kisah 4

Lagi? Kisah UTHM lagi. UTHM saya sangat canggeh sebab bila nak register subject kena pergi fakulti dan ambik borang. Lepas tu isi-isi. Kemudian pergi ambik sign lecture yang bakal mengajar tu, dan last pergi amek sign ketua jabatan. Lepas tu pergi fakulti, amek cop fakulti. Bila fakulti dah cop pergi ke Kampus Induk untuk hantar kat pusat akedemik. Kat sana wakil derang akan cop. Satu salinan akan kena serah kat fakulti pulak. Perrhhh. Canggeh siottt.

Nie nak rindu kat UMP nie. Semua sistem sangat user friendly. Dengan jari pon bolehhhh. Dimana-mana dan bila-bila. Sangat suka dengan networking kat sana. Hebat!!!! Kat sini. Errrr. Sangat klasik.




Kisah 5

Hand beg cantik menawan yang di oder sudah sampai. Suka tahap gaban. Like.





Itu saja rojak-rojak untuk malam nie. Okeh. Dah boleh pergi cari rojak kat kedai simpang tuh. Tata.




PdanS : i smile ^_^ u smile ^_^

Wednesday, December 29, 2010

AWEK KEPADA KHAIRUL FAHMI CHE MAT, Alahh keeper mata sepek tuh!!!


KHAIRUL FAHMI CHE MAT. Nama itu di mana-mana pelusuk FB dan Blog. Hebat sungguh. Tapi saya lagi hebat sebab tau sapa awek dia. Kehkehkeh. Penyibuk sungguh kan.

Kompem lepas nie, player mata sepek nie akan jadi lebih glemer dari Shah Rukh Khan. Eh, apasal kau banding dengan bintang bolywood tuh. Sungguh tak sesuai.

Okeh. Tak payah nak membebel panjang-panjang lagi, kita terus ke tajuk entry yang macam tak boleh bleh, menyibuk hal rumhatangga orang je tau, ini dia link blog awek kepada KHARUL FAHMI CHE MAT.

Boleh la terus klik dan baca. Aku dah. Siap follow lagi. Lepas tu dah khatam semua kisah cinta mereka PART 1, PART 2, PART 3, PART 4 dan PART 5 aku tak dapat detect. Maaf. Tapi macam sungguh sweet-sweet jer erita dia. Jemput baca.

Awek dia sungguh comel. Mix-mix gitu. Sangat sepadan la dengan beliau yang kacak itu. Student dan model. Perrhh. Tetiba hari nie kena menjadi agen FBI, siasat itu ini. Hahaha.







Hai Elia, si awek apex. U jaga boyfriend u memolek. Jangan bagi artis-artis jelita tanah air kebas. Artis-artis korea pun u kena bewear jugak, takut derang terpedaya dengan keKoreaAN wajah Apex u tuh lantas di mengorat. Habeh la u nanti. hehe.. Semoga kekal ke jinjang pelamin..









Gewe u memang kacak la Elia, macam pelakon korea dalam cita My Bos My Hero tuh.., tetiba i rasa macam nak minat bola lah pulak. Keh keh. Tapi dun wori. I lebih obses dengan lelaki bertahek lalat di bibir berbanding bermata sepet di atas. Kahkahkah. Tak lawak pun. Tapi tetap nak gelak setan gak.

Tadi i bukak Fan Page KHAIRUL FAHMI CHE MAT. Tengok-tengok, WOW, besepah sana sini perempuan dok LIKE la, dok post macam-macam kat wall la. Aikkk. Sejak bila pompuan lebih minat bola dari laki nieee. Hadoiyaiii..











PdanS : Patot la semalam mimpi jadi goal keeper. Sumpah weh. Rupa-rupanya hari nie nak jumpa goal keeper kacak. Ouchhh.. kehkehkeh..



Malaysia VS Indonesia - Piala AFF Suzuki 2010.

Malaysia menang!!!!! Yeayyy!!! Seperti yang ku jangka..

Errrr... KU JANGKA? keh keh..

Comel betul la engkau nie.








Lagi? Lagi? nak tulis apa weh.. Aku bukan nya minat bola pun. Sebab macam semua orang ada entry bola, dan status di FB pun semua bercakap hal-hal bola nie, lalu terasa macam terpanggil untuk tulis cerita lelaki gagah menkejar-kejar bola sebijik atas padang tuh.


Errrrr.. idea pelisss.. sumpah tatau.. sangat ZERO.. hahaha..


Okeh. Bola. Ya, Malaysia VS Indonesia malam nie. 1 - 2. Tapi Malaysia menang!! Tah. Tatau. Adik yang cakap. Kahkahkah. Tapi, sila sebut YEAYYY sebab Malaysia menang!!


Next. Bola. Hari tuh pun Malaysia menang waktu lawan kat Bukit Jalil.


Lagi. Safee Sali itu macam comel lah. Sekian. Eh, terima kasih jugak untuk mereka yang mentulis nama itu di status FB malam nie, di sebab kan engkau, aku terpanggil untuk google pasal beliau. Owh. Player Malaysia. Kacak pulak tuh. keh keh keh..


Then. Kalau engkau nak beli jersi bola, pegi la rantau panjang weh. Serius murah gila. Aku penah pergi dan memborang 2, 3 lai baju bola. Tapi beli berdasarkan design mana paling cantik, kale menawan ke tak, tak de plak nak pilih berdasarkan "eh, saya sokong MU so beli MU" Takde takde. Sebab aku pun tak berapa pasti jersi MU tu macam mana design dia. Keh keh keh..


Okeh. Cukup lah sembang bola pada malam ini. Sangat macam tak memberi info pada peminat bola kan. Kahkahkah. Sangat tak ada isi-isi menarik macam... macam.. eh, jap-jap nak google berita pasal bola sat.. okeh.. dah dapat.. macam "K Rajagobal mahu pihak media indonesia menghentikan provokasi melampau".. perhh.. hebatnya aku menggogle. kehkehkeh..


Apa pun saya sangat berbangga dengan Team MALAYSIA. Proud to be Malaysian!!! Oh Tanah air kuu...












PdanS: Kepala ada pening-pening lalat sebab kena ujan dan malas mandi. estasy satu!!! eh eh, silap. activefast satu!!! hehe..

Sunday, December 26, 2010

Ahad yang mengLETISkan.

Justify Full
Macam biasa, bila konon-konon sudah menjadi anak sulung dalam keluarga, haruslah bangun di pagi hari dengan agak kekalutan. OMG!!! breakfast untuk keluarga tak buat lagi, Baju belum basuh!! RUmah?? tak kemas lagi. Errrr.. Bibik!!! tolonggggg!!!

Tapi semua-semua tu konon-konon je la. Sebab, selalunya bila bangun pagi jer, akan 7,8 kali berfikir benda yang sama berulang-ulang. Nak terus kan tidur, or bangun. Nak sambung tarik kain selimut or mula celik mata.


Dan bila keputusan yang di pilih adalah terus membongkang untuk beberapa jam lagi, mesti sungguh kaciwa jejaka-jejaka tampan dan cool penuh gaya di luar sana tuh yang baru bercadang nak buat i bini kan. Keh keh. Mesti ada sedikit hampa di situ.

Tapi ade aku kesahh??


Okeh. Bercerita untuk hal hari nie. Mula-mula macam sedikir gusar di awal pagi. Ceewah. Gusar tuh. Engkau tahu ke gusar tu apa kebenda. Tak tahu chekguu. errrrr. Chekgu pun kurang pasti. Tak mengapalah. Kita ke ayat seterusnya..


Di awal pagi dah macam terfikir, apa la nak buat hari nie selain, mengkemas rumah, masak dan bantai tidoq sampai ke petang. Apa lagi ek?? Mesti sangat busan perjalanan hidup untuk hari nie.


Akan tatapi, bila sudah selesai kemas-mengkemas dan mensantap di tengah hari, tiba-tiba Che Sayang datang ke tepi katil i sambil cuba menggoda anak perempuannya yang agak keletisan setelah menjadi suri rumah sepenuh masa bermula hari nie.


"Jom pi Aloq Setaq"


Wow. Godaan apakah ini di kala setan mula begayut di ujung mata. Errrr. Boleh-boleh. Walaupun sangat mengantuk macam tahek. Tak mengapa. No hal laaa. Janji akan berbuat sesuatu selain duduk di rumah. =)


Terusa saja bangun dan mula bersaip-siap.


Pergi ke A.S untuk bersuping baju sekulah. Kasot sekulah. Buku sekulah. Errrrr. Tak menarik langsung. Langsung tidak ada chance untuk saya merembat selai dua shawl-shawl menawan kalbu. Aset masuk kedai buku dengan kedai kasut jaa. Hadoiii..

Tak apa lah. Janji boleh buat Che Sayang tersenyum, dah cukup kan. Kalau saya menolak ajakkan beliau tadi, sapa lagi nak tolong che sayang drive pergi A.S. Incik Ayah sibuk dengan hal-hal beliau. Kakak pun sudah berkahwin. Mesti akan mengikut ketiak laki dia saja. Jadi yang Puan Emak bergantung harap untuk bawak dia ke sana kemari, saya je lah. Hurmmm.


Okeh. Lepas semua-semua yang di cari dah di beli, balik ar apa lagi.


Sampai rumah jam 7 malam dan 7.45 menet malam keluar pulak lagi. Tak sempat nak rehat apa bagai, kena ke sungai petani pulak sebab perlu menghantar sedara ke station bus SP.


Menderive ke sana sini. Last-last jam 10.15 baru sampai rumah. Baru boleh rest sikit. Baru boleh jengok FB and blog. Dan sekarang nak jengok katey. Eh, bukan jengok jer, tapi nak golek-golek sampai ke pagi besok. Tata..







PdanS : Comel sungguh kawan-kawan saya sekarang nie kan. Lalala. Eh, bukan comel yang sama dengan cute itu. Jangan persaan. Comel yang bermakna "comel" lah. Saya dan mereka-mereka yang paham je akan memahami penggunaan kata sifat itu. Sekian.

Saturday, December 25, 2010

Saya dah SUNYI dan SEPI....

Kanak-kanak penghibur hati nan lara dah balik beberapa menet yang lalu. So, kat rumah cuma ada Che Sayang, Haji Ismail, saya, and 2 orang adik.

Hurmm. Dah sunyi. Kalau tak, rumah tak penahnye nak aman. Kalau tak bunyi gelak, bunyi nangis, kalau bukan nangis, ada suara manusia jerit-jerit yang mana boleh di dengar sampai ke rumah jiran sebelah dan berbelah-belah lagi.


Lepas nie, petang-petang, tak de la orang nak datang kat aku, merengek-rengek, "Maktehhh.. jom pegi kedai.. jom laaaa"


Tak buleh la nak main belakon-belakon lagi sambil tengok anugerah skrin dengan kanak-kanak riang tuh.


Memang la saya selalu mengusik budak-budak tu, ada puntianak la, kliewon laa.. Tapii.. Kalau tetiba kena kutip baju kat penyidai malam-malam, sapa nak teman??


Lepas tu.. tak kan kena tidur sorang kot malam nie?? Nak Syimah teman jugakkk, biar la kebarangkalian untuk di jangkiti kutu diri dia sangat kuat dan jugak peratus untuk tiba-tiba bangun pagi "eh, awat tilam basah niee??" sangat tinggi. Tak mengapa.. Saya tak kesah laaa..


Alahaiii.. budak-budak comel nie.

Lepas nie, mesti makteh kamu dah tak boleh jerit-jerit satu rumah dahhh..

"Sapaaaa mainnnnnnnnn make up maktehhhhh nieeeeee"

"Jangannnnn lompat-lompattt atassss kerusiii "

"Syammmpoooo makteh sapa pakaiii nieeee"

Dah tak boleh. Tak kan nak jerit-jerit dengan Che Sayang kot. Macam tak comel la pulak. Kalau Che Sayang jerit ke aku boleh di terima laaa "Munaaaaaaa.... bangunnnn... dah pukul 9 dahhh nieee'.. huhu


Kemudian, mesti lepas nie, makan malam pun akan lebih tenteram. Mesti dah tak dak bunyi-bunyi pinggan pecah, ayer tumpah... Pergaduhan-pergaduhan kecil kanak-kanak yang berebut ayam, berebut cawan, mesti dah tak kan ada. Makan malam keluarga Haji Ismail akan penuh dengan adab sopan. Yang ada nanti hanya sembang-sembang orang dewasa. Kalau budak-budak tu ada dulu, mesti doa makan akan jadi bejela-jela sebab siap dengan terjemahan lagi. Baca plak mesti akan seara berjemaah, terjerit-jerit sebab nak lawan sapa baca paling kuat. Hadoii... Lepas tu, kalau terjemahan mesti semuanya sebut salah. Macam "Jauhkan lah kamui dari azab api nereka" akan jadi "Jauhkan lah kami dari azab api MELAKA"




Hurmmm... Tak mengapalah.. Nanti-nanti boleh jumpa lagi kan. Tapi berjumpa di KL or Melaka je lah. Kalau nak berjumpa sambil berkumpul ramai-ramai kat kampung mesti lambat lagi. Kena tunggu raya tahun depan la pulak. Tak pun Mak teh engkau nie kawen. Mak teh kawen?? errr.. Lambat lagi nak oiii.. Makteh hang mengaji pun tak abeh lagi.. Orang masuk minang pun tak dak.. Camna nak tawen-tawen niee.. Pi cari Pakteh yang kacak-kacak dan kaya-raya dulu.. baru boleh tawen.. hik hik..


Lepas semua dah balik nie, boleh la jadi suri rumah tanggasecara betul-betul dan serius. Kalau tak jadi suri rumah di sebalik tabir jaaa.. Biasa la bila ada kakak betimbun-timbun boleh la menggoyang kaki sedikit untuk kerja-kerja rumah. Esok?? Owh. Akan bermulah career baru saya. Eh, tak payah tunggu esok. Dah start dah pun tadi.


Toto, bantal, dah boleh masuk dalam store. Pinggan dah boleh masuk serapuh dah dalam kabinet. Al-maklum laa, nak makan 5 beranak je lepas nie.. Hadoi yaii.. Penulisan pun mesti nak kena nada sedih. Dah la muna oii.. Bukanya depa tak balik dah kan.. Nanti-nanti raya, balik lagi..


Dah laaa... Takmo lah tulis la macam nie.. Jap lagi kalau mata masuk habuk seara tiba-tiba sapa nak pujuk..








PdanS : Lepas-lepas tukar profile picture, selalu terkejut. eh, aku bukak akaun FB jantan mana niee.. Silap log in ka?? hahaha. Gilossss.



Thursday, December 23, 2010

Resepi Memikat Hati Suami/Pakwe/Mentua/LelakiYangDiminati... Ceeeywahh..


Hurm. Seperti biasa, bila sedang berada di rumah ku surga ku Entry mesti akan jadi seperti di tulis oleh bini orang yang berSuri Rumah sepenuh masa. Dan apa bila menjadi Suri Rumah sepenuh masa, isi-isi di setiap entry perlu di selitkan kan dengan kisah-kisah menyental pakaian sehingga putih dan bersih, jemuran yang tidak kering kerana musim tengkujuh sudah tiba lalu baju menjadi hapak, dan jugak tidak ketinggalan bagaimana menyediakan sajian-sajian istimewa untuk memikat hati Si Suami. =)

Jadi, saya sebagai pengarang cerita A.K.A Suri rumah sepenuh masa dalam sebulan lebih nie, ingin berkongi resepi kejayaan bagaimana menyediakan juadah istimewa bagi mengharmonikan rumah tangga tunggak kesejahteraan negara [Dah macam tajuk Forum Perdana Ehwal Islam la pulak aku tengok. =) ]


Resepi yang saya ingin kongsikan bersama anda pada petang ini adalah bagaimana menyediakan Ciss Kek lazat penuh berkrim di sukai ramai.

Okeh. Mari kita mulakan....







Untuk bahan-bahan lihat rajah dan cerita-cerita di bawah yaa.




1. Biskut marie


2. Filling - Ikut suka nak perasa apa, blueberry ke, staberry ke, kiwi ke, dan boleh di dapati di kedai kek


3. Buah kiwi - Untuk hias. Sebab i guna filling perisa kiwi, jadi i guna buah kiwi. Macam tak comel la pulak kalau guna buah petai tetiba kan. So better match kan dengan filling yang kita beli.


4. Tepung - I beli kat kedai kek Sayang kat Lagenda Height SP, dia dah mix siap-siap. Kalau u tak jumpa yang mix siap-siap boleh guna bahan-bahan macam kat blog nie. Tapi leceh sikit laa nak kena beli 1-1 . Kos pun banyak, boleh cecah 20-30. Kalau yang di mix siap-siap rm12.50 jerr. hehe.


5. Wipping cream - Sila beli di kedai kek jugak. Cari kat Popular tak kan jumpak hokeh.








Kemudian. Cara-caranya pulak. SANGAT SIMPLE.



Timbang air 300gram.





Masukkan dalam tepung chesee cake yang siap di mix tadi.




Kacau sampai sebati.




Masukkan pulak wipping cream. Kacau dan kacau lagi. Kacau kuat-kuat sampai smooth dan tak berketul-ketul. Dah siap. Letak tepi.



Biskut meri tadi, hancurkan dengan blender. Masak separuh butter sampai cair dan gaul dengan biskut meri tadi. Campur butter tadi sampai biskut tu macam lembap-lembap dan boleh di kepal-kepal serta melekat. Kalau kering sangat nanti bila nak makan dia hancur. Lagi lembap lagi bagus.




Masukkan biskut meri tadi dalam acuan. Ratakan, tekan dan pijak-pijak kuat-kuat sampai padat.




Masukkan bancuhan cheese tadi. Jugak ratakan. Tak payah tekan-tekan dan pijak-pijak sebab dia lembik. Cuma perlu ratakan dengan lemah lembut gemalai serta penuh kesopanan dan tata susila. Kalau ganas-ganas dia akan bercampur dengan serbut roti di lapisan bawah. Lepas tu dah tak segak ciss kek kamu. Jangan ya. Ikut nasihat saya.





-Iklan sebentar-



-Iklan tamat-






Ratakan sampai jadi macam nie yerrr.




Kemudian, susun buah kiwi tadi mengikut kreativiti masing-masing. Letak filling kiwi dan rata kan secara lemah lembut jugak. Kalau ganas-ganas akan membuatkan bancuhan chesee cake yang putih tu bercampur dengan filling lalu jadi tak cantik.




Bila dah di siap dengan segak dan sangat berpuas hati, boleh masuk dalam beti ais, simpan sampai dah rasa keras macam makan kat kedai tuh. Tak payah bakar pun. Serius. Kan i cakap tadi, ini resepi cis kek paling simple dan hasil sangat lah memuaskan. Lepas nie tak payah dok ulang pi beli kat Secret Recepi lagi. Buat sendiri jee.





Kalau nak try filling stawberri pun boleh. Tiada paksaan dalam islam. Lepas tu boleh susun buah stawberi pulak. Perhh. Mesti cun melecun laaa ciss kek engkau kan. Eh, lagi satu.. kalau nak tabur oreo pun bules. Jadi Cis kek oreo nanti. Kalau tabur biskut pat segi Hupseng jadi ciss kek biskut pat segi Hupseng. Senang saja kan.




Dari pandangan sisi ciss kek i nampak macam nie. Ada 3 layer.





Okeh. Ini saja tips menarik untuk petang ini. Boleh terus cuba buat. Dan malam nie boleh terus ngap. Tata.






















PdanS : Saya tau la saya nie banyak main, tak serius, selalu buat bodo dalam semua hal... Saya tauu hokeh. Saya tahu... Errr.. Tiba-tiba nak emo..

Wednesday, December 22, 2010

Jom Lempang laju-laju...


Tadi saya ingat nak update resepi makanan lazat di gemari ramai. Bila tengah mempilih gambar, tub-tub, eh, sejak bila aku ada snap gambar makluk-makluk nie. Kompem derang curi-curi ambik men kamera aku nie. Sangat kompem. Dah la bergambar dengan berperangai kurang senonoh. Terus tak jadi nak update cerita masak memasak. Gambar kanak-kanak riang nie lebih menarik perhatian. Kah kah.

Mari layankan.





"Tumm pase ayer.. yu mush gurayeee "


Talak guna punya anak buah-buahan. Wey, Shawl aku tuh. Lingkup habih laaa...





Mereka memang begini. Akan mereng di setiap ketika. Haha.




Nie macam muka penjenayah taliban paling di kehendaki.




Kat rumah budget samseng. Pi sekolah aset kena buli. Kah kah kah.. Lepas tu, Ibu dia lupa bagi duit poket pegi sekolah pun boleh nangis. Nangis teresak-esak bitau kat pakwad, suruh pakgad talipon ibu.. Kah Kah Kah..




Spek itu?? Macam kenai saja.. Hadoii...



Wajah sebenar si Pemakai shawl itu. Aik. Henpon aku? Patot la bateri aset habih. Budak nie dok main game rupanyaaaa. Memang tahap wajib lempang nie.




Mengsurunuk-mengsurunuk di Kampung. [Part 6]


Mula-mula saya rasa macam nak update hal-hal mengkenduri di rumah pada Isnin yang lalu. Lepas tu, bila di belek-belek gambar yang lepas. Eeeee. Tak menariknye gambar yang di snap. Dah la muka aku ada 5,6 keping jer. Idung merah cam badut, sesema punya pasai la nie. Tak mo lah. Nak cerita menda lain lah.


So, di sebabkan dengan hal di atas saya rasa nak mengupdate hal-hal mengserunuk di kampung lagi. Keh keh. Tak habis-habis kan engkau nie. Yer rr. Barang baik, mana boleh simpan sorang-sorang. Kena la kongsi.


Minggu lepas, berharibulan berapa tah, hurmm, haa!! 15.12.2010 saya dengan rakyat jelata dan sepupu-sepapat telah berpicnic di Salak Denai. Salak Denai nie mungkin tak lah sefamous Ayer Terjun Titi Hayun, sebab dia hanya chalet yang terpencil. Tersorok. Sapa yang pernah pergi je tau. Tapi nak booking punya la susah. Penuh memanjang. Yang aku pergi nie pun dah book dari bulan nam yang lalu. Lama tuh, kalau book sebulan dua sebelum pergi, kompem penuh punya.


Chalet nie sangat best kerana..... [boleh lebih 30 patah perkataan, nak tulis sampai ke pagi besok pun takpa.]


1) Dia sangat privacy. Orang lain tak kan kacau engkau mandi manda sebab engkau bayar. Kalau dia kacau memang nak kena pelempang laaa.


2) Di setiap chalet ada kolam sendiri. dan setiap chalet ini di bina di sebelah air terjun. So ayer terjun yang mengalir akan di alirkan ke dalam kolam kat chalet nie dan engkau boleh mandi dengan rasa seram sejuk seram sejuk. Seram tu mungkin sebab takut, kot tetiba keluar singa keharimau ke, sebab kanan kiri memang hutan.

Photobucket




3) Ada papan gelongsor untuk mengelongsorkan badan engkau yang debab tuh. Dun wori. Gemok macam mana pun saiz engkau kompem boleh muat punya kalau nak gelongsor. Kalau tak begerak tuh mungkin, boleh suruh sedara mara tolong tolakkan sampai bejalan jugak. Dan kalau tak bejalan jugak, pegi ugut je owner chalet tuh, suruh dia buat gelongsor baru yang lebih besar. Kalau dia tak buat engkau cakap la akan sebarkan fitnah yang ayer terjun dia ada virus kencing tikus. Kompem dia gerun punya. Tapi keji nya engkau kalau buat lagu tuh. Keh keh keh..

Photobucket


4) Lepas tu dah nama pun chalet kan, kompem ada sebijik bilik tidur. Kalau rasa dah letih berkuak lentang dan renang berirama tuh, boleh la masuk tidur kejap. Lepas tu bila tengah-tengah mandi tiba-tiba lihat jam di dinding , sudah 4.30 petang, "eh drama putera katak!" Terus boleh loncat masuk dalam bilik dan tengok tibi. Tapi kalau engkau pergi mandi dengan aku kompem kena sekeh 3,4 kali dah, apa nie basah-basah terus naik bilik. Jap lagi orang nak sembahyang apa bagai. Tukar la dulu baju basah tu kat toilet luar tuh. Tak pun pi salin kat toilet dalam bilik. Haa!! amek kau, ada 2 bilik air tuh. Hebat kan.

Photobucket


Photobucket


5) Kemudian, kepada yang bawak anak kecik, jangan gelabah ayam bila anak engkau menangis nak tidur tapi tak dak buaiyan. Tak payah gelabah nak tebang mana-mana batang pokok untuk buat buaiyan. Tak payah susah-susah sebab chalet yang canggeh nie memang dah siap sedia pekakas-pekakas camgini untuk baby bermasalah tak reti tidoq atas tilam. Siap ada kelambu lagi tepi buaiyan dia, takmo bagi nyamok ketik ka hapa. Maklumlaa dalam hutan. Tapi buaiyan tu pulak ada kerosi malas buat si Ibu. Sambil dok tanggok anak boleh rehat-rehat sekali atas kerusi tuh. Last-last mak yang hanyut pi tidoq dulu. keh keh..

Photobucket



5) Lagi? Kalau engkau-engkau rasa macam nak ber BabiBeratur eh sungguh tak comel la sebut macam tuh. Sebut BBQ ya adik-adik. Jika ada cita-cita seperti itu boleh la teruskan hajat dengan membawak bahan-bahan mentah sahaja. Bahan-bahan bakar dan tempat panggang-memanggang memang dah siap sedai ada di situ. Malas ngan rajin jer nak panggang-panggang nie.


6) Lepas tu kedalaman air pulak. Engkau boleh adjust nak tenggelam sampai kepala ke, sampai kepala lulut je ke semua engkau boleh set sendiri. Tak payah nak susun batu besar ke, korek pasir ke bagi dalam macam mandi kat ayer terjun biasa tu. Tak yah susah-susah. Pergi turun kat belakang kolam tu sikit. Ambik cover paip tuh, dan tutup. Dalam masa 3 menet air akan melimpah ruah, kemudian golongan-golongan yang pendek akan mensumpah seranah engkau sebab derang dah nak tenggelam dah nie. Macam mana nak mandi. Dah la berenang pun tak pandai.

Photobucket


7) Untuk kanak-kanak pulak, dun wori. Tak payah risau, derang nak mandi macam mana sebab air dalam. Tak payah bimbang. Sewa saja pelampung saiz tayar lori hat usung balak tuh dengan harga.. hurmm.. hurmm.. 3, 4 hengget ja kot. Tah. Tak pasti. Tapi kat situ memang ada service sewa pelampung. Dan kalau nak pelampung yang warna warni ada lukis gambar atromen ka, poh ka, boleh la beli di situ jugak.

Photobucket

Photobucket



8) Hokeh. Tentang bayaran dia pulak??? RM60 hingget untuk segala keserunukkan seperti yang di ceritakan di atas dan seperti keriangan gambar-gambar di bawah. Bermula dari jam 11 Pagi sampai ke jam 6 petang. Kalau nak tidur pun boleh. RM80 kot semalam. Sangat berbaloi-baloi untuk buat family day ke, sebab murah. RM 60 boleh tong-tong lagi. Bape hengget sangat la nak kena bayar kan untuk keselesaan yang sangat-sangat nie kan.

Cuba engkau buat family day kat ayer terjun biasa, nak cari port lagi, ayer cetek lagi, nak salin baju kena beratur kat toilet. kena bayar sehengget pulak tu. Padahai bukan nak berak ke hapa ka. Salin baju je pun. Nak semayang macam mana?? Kalau ada surau boleh la sembanyang kat surau yang berwajah macam seram jee. Kalau tak dak surau? kompem sembahyang di tepi-tepi sungai tu jer.







Perhh.. Pangjang bejelanya aku melalut nie, kalau tak tegoda lagi memang takdak hati napsu dan perasaan la tuh. Dah-dah. Mari kita beralih ke aktibiti saya sepanjang berendam di sana...





Photobucket
Serba hitam. Ya! Itu adalah satu kemestian di kala mandi manda nie. Kalau tak akan ada wayang-wayang free untuk kanak-kanak bawah umur. Sangat tak bahek untuk tumbesaran mereka tau.




Photobucket
Spagetti. Sayur. Sambal ikan. Ayer Asam. Ikan rebus. Gulai ikan. Ayam masak kicap. Ayer sirap.




Photobucket
Proses cubaan menggemukkan badan. Dan cubaan itu sangat berhasil.
"Lihat pipi kuu.. Temban kannn"
ilham dari iklan yang tah apa-apa suatu ketika dulu
"Lihat perut ku, ramping kannn"




Photobucket
Kanak-kanak bermandi-manDA, saya pulak melantak-lanDA




Photobucket
Errr.. Kenapa gambar saya sedang melantak begitu banyak sekali. haha. Awat la tak gemuk. Haishh. Menciiiii.





Photobucket
Perlukah gambar sedang mengkupas buah pelam ini di masukkan sekali?? Wajarkah?? errr..




Photobucket
Cobaan berani mati.



Photobucket
Membuat terjunan beramai-ramai. Jangan tiru aksi ini. Sangat akan menyebabkan ayer kolam kurang sebanyak 56 liter. Sangat membazir.




Photobucket
Wow. Cobaan tak takut mati pulak. Tapi last sekali jadi cobaan penakut pait. Tak terjun pun, sebab kecut perut tengok bawah, tinggi sangat weh..




Photobucket
Bila bermandi-mandi juga, sila jangan pedajalkan sedara yang lain. Sangat tak sopan tau. Kang sedara itu maki-maki, free-free je dia dapat dosa. Hate tauu. Menciii. Abeh ayaq masuk idung.




Photobucket
Entah. Tak paham apa beliau cuba sampaikan. Tapi macam kesian jugak laa. hahaha.




Photobucket
Dan bila mandi di kolam renang, harus lah mengsnap gambar seperti majalah mangga itu. Alaaa, muka surat yang tengah-tengah tu, yang ada artis perempuan yang baru nak naik, pakai baju sendat-sendat, tayang lurah, basah-basah, tak paham aku apa motipnya. Tak boleh ka, pi photo shoot kat play ground ka. Nak jugak ambik gambar tak senonoh gitu. Eyuksss..




Photobucket
Papan gelongsor disini jugak sangat cool. Lihatlah seperti di atas. Cool bukan. haha.



Photobucket
Sesi membuang ayer kolam lagi. Haishhh.



Photobucket
Bila di petang-petang sedikit, ada Che Sayang dan Haji Ismail serta Altaf dan ibunya datang menjenguk.




Photobucket
Budak-budak nie kan mandi sampai tak hingat dunia. Naik dari kolam untuk makan jer. Dari pukul 12 sampai la ke petang. Tak tau penat.




Photobucket
Gadis rimba.



Photobucket
Gadis rimba sedang memandikan anak kecilnya di tepi sungai.



Photobucket
Dan last skali... Mari pulang. Tudung dah basah. Lupa nak bawak tudung spare. So berkahen tola la jabapnya.









PdanS : Jika sangat berminat untuk ke sini, boleh klik di SINI. or SINI