❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 30, 2009

Entri Yang Panjang di Cuti Panjang

Tima kasih la pada wartawan hiburan melodi kita Puan Re3n!!

Tima kasih jugak la sebab sudi terjah blog i.

Tapi soalan waktu terjah tak berapa nak memberansangkan sangat laaa.

Tak boleh menimbulkan kontrobesi langsung.

Lenkali tanya la soalan macam..........

"Kenape u nampak menawan ek sekarang nie? Pakai susuk ek?"

"Bukan u ke yang jalan dengan Datuk K dekat airport hari tuh?"

"Dengar kate u nikah dengan ZA kat siam ek ?"[soalan paling i likee! hoho]

Soalan semacam ini la yang i idam-idam kan..hahaha.

Terjah lagi yer lenkali..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

clap2!munaw dh ada fesbuk.aku dh add ko dh.btw,mana ko menghilang?lama giler ko xde eh.bljr memasak ke pe?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Untuk menjawab soalan tuh..

Kejap ekkkk

I rasa i kena rewind balik otak i nie.

Besa laaa bila dah mencapai tahap akhil baligh nie macam-macam nak kena ingat.

Bila di imbas kembali uishh.

Masa-masa cuti i memang sangat terisi.

Mula-mula stat cuti raya aji.

Ofcost la i sebagai mukmin yang sejati akan menyambut raya korban.

Second day my parent buat majlis makan-makan.

Lagi laaaaa betambah bizinyaa.

Seminggu jugak la i duk beraya sakan.

Mak cik, mak long, mak ngah, tok ngah, semua sibuk nak buat korban.

Sampai kentut i pun bau daging korban.

Dalam freezer tu tak payah cakap la penuh dengan daging saja.

Kang aku blender buat mandi, padan muka.

Tapi bedosa la pullak.

Hik hik


Gambar di pagi raya yang tak dak arah tuju sangat


waaaaa.. i tak buat bihun sup raya kali nie...


Orang islam semayang


Orang islam tengah takbir raya


Orang islam yang lain.





Gosip ke kak oii...


Hek eleh... saja la tuh nak tunjuk rajen.. padahal i lagi rajen..


Dan bila semua sudah selesaii.... selamat menjamah








Dah habih beraya, mula la kehidupan i sebagai janda anak 5

Dah la laki takdak, tiba-tiba boleh ada 5 orang anak

Biasa la bila cuti sekolah nie

Anak-anak kompem kena hantar balik kampung

Alasan cucu rindu kan tok wan konon

Padahai mak ayah sibuk nak bermadu dambaaaa

Penat jugak ek nak jaga budak nie

Ya ampun, tension dalam kepala otak nie tuhan saja yang tau

Rumah tungga langgang dah macam Zoo Negara pun ada

Hanger tuh tak payah cakap la

Memang melekat kat tangan i 24 jam

Tapi tak jadi apa-apa jugak la budak-budak nie

Kulit cap bewak benua mana tah, Kebal betoi.

Bila dah semua tido baru la terasa aman nya duniaa

Kalau tak asyit dengar....

"Izzatttttttttttttt....tak paham ka makteh cakap apa!"

"Ausssssssss..... jangan main barang makteh"

"Husnaaaaaa.... simpan balik makeup maktehh!"

"Kakakkkkk.... jangan melampau sangat boleh dak!"

"Syimahhhhh... esok la pulak kita makeup!"


Syimah


Husna


Aus


Melaram tudung i..tak maloo


Bila wonder pet tiba, cam nie la jadi..





setelah seminggu di kampung


Setelah 2 minggu di kampung.. i tatau la jadi apa kalo duduk sebulan






Tengah-tengah i duk sibuk jaga anak-anak yang hilang arah tuju nie

Tiba-tiba my mum pulak suruh pergi teman my sis kat shah alam yang sarat mengandung.

Seminggu lebih jugak la i jadi bidan terjun plus bibik sejati kat sana



hey baby


baru 12 jam


Altaf Zikri


Altaf



Zikri


i tatau nak panggil altaf or zikri.. 2-2 macam terasa geli2 jeer.. hahah






Lepas beranak 3,4 hari baru la balik kampung.

Baru je 2 hari bemalam.

Tub-tub adik-adik i plak nak pergi bercuti

Konon orang lain cuti sekolah dah pergi mana hala dahh

Yang derang duk teperap kat rumah jer

So esok tuh, pergi la ke perak pulak.

I yang konon protest tak payah pergi laaa, duk rumah je laaaa

Last-last bawak baju macam taknak balik rumah dahh.





Dengan sepupu sepapat


Naik menatang apa tah yang macam pensil..


Hey ingat i nie apa.. Campak-campak tengah laut.. mintak balik duit padam muka


i sedang di rejam ke? tapi i tak penah bezina!!


Tulung.. pencabul sedang mencabul i..


Tak nampak apa-apa kann??


Lelaki simpanan


Saja bagi hitam sikit kulet. Bosan la putih melepak sangat


Abaikan drumstick itu












Lepas penat jalan sana sini

Balik rumah..kemudian..

Baru la i ingat "ehhh, aku ada belong rupenyerrr"

hehehe..





PdanS: Tahniah sebab bejaya scrool sampai habeh walopon tengok gambar je, i tau laa...

Monday, December 28, 2009

Muka Buku Saya!!

Di sebabkan i dah letih dengar orang asyit menanyakan; main tak facebook? tak main ke facebook? Facebook tak main ke?

Dan i pun dah letih nak jawab tak la, tak de la, tak main la.

Sooooooo....

I pun membuat satu keputusan yang drumstick[i lapar ke] eh drastik untuk meujudkan satu akaun mukabuku.

Kawan-kawan !!!

I DAH ADA FACEBOOK !!!!

Yuhuuu..

Cepat la gumbiraaaa!! Tepuk tangan sekali!! Loncat tinggi-tinggi tau!!

Eh..tak payah nak paksa diri nangis-nangis. I tak suruh.



Walopon dulu bila orang tanye main facebook?

Tak main, saya orang islam yang tidak menyokong israel.

Tak main, saya sibuk. [a'a sibuk tidoq]

Tak main, facebook melalaikan.

Tak main, facebook dapat merosotkan keputusan peperiksaan. [eh sebelum nie result lulus cemerlang dengan gemilangnye ke?]

Tak main, mak tak kasi.[aik sejak bila mak tahu pasal facebook,komputer pun tak penah nak sentuh]

Tapi tu dulu.

Sekarang, i rase lepas nie i pulak akan sibuk nak tanye orang,

Eh, main facebook ke?

Add la i, jangan lupa comment, melawat la kebun i, jangan curi-curi sayuran i tau, tuhan marah.

Nak pesan jugak macam tuh, Walopon pada dasarnya tak penah ujud pun game kebun ke, game menatang ape tah yang lain-lain tuh.Hahaha.

Nak tengok orang comment pun tatau.

I tatau laaaa...

Seriusss.

Macam mana nak jadi pemain facebook yang tegar nie.

I tau upload gambar lelaki chantek je.

Yang tu je ilmu yang i ada.

Sedih kan.

Cepat la kawan-kawan yang mulia di luar sana.

Cakap nak buat kelas itensif untuk facebook yang yuran percuma! makanan di support! laptup di sediakan! ada saguhati dari secret recipe, pizza, mcd, di setiap penghujung kelas!

Indah nye dunia kalau ada kelas itensif yang semacam di ataskan.

Tolong la ujudkan.

I sanggup tak tengok melodi hari ahad,

I rela skip Ultrament Saga pagi sabtu,

OK





ADD JANGAN TAK ADD !!!!




Sunday, December 27, 2009

Yuuhuuuuuu...

Lama tak update blog kan??

Bukan blog saja, Internet, komputer, laptup dah bekurun i tak sentuh.

Sadis betoi.

Sampai bila bukak friendster pun tetiba jadi jakun!!

Ehh.. nate gapo nie..

Betoi ke ni friendster.

Check address balik.

Betul dah.

Sib baik teringat entry Si Acapan tuh.

Lepas tu bila dah sign in.

Pun terjakun lagi.

Ya ampunn..

Aku kena tekan apa nie..

Ok. Fine.

Sign Out sekarang!!

Padan muka!!

Kemudian.

Ehh... bila sign out pun jakun jugak.

Lain betul friendster sekarang yer.

Di sebabkan i dah tak pandai men frienster dan friendster sendiri pun dah tak nak friendly-friendly ngan i.

Sooooo... Sooooooo.... So????

I nak bukak Muka Buku laaa....

huhuu.

Jangan marah yer friendster.....




PdanS: Bila dah lama tak update, jari-jemari pun dah terjakun kejap. Gagap plak jari i nie mentang-mentang laaa dah lama tak pegang keyboard.