❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 29, 2009

Cerita Hari Raya Saya

28 Ramadhan



Suasana berbuka puasa semakin gamat dengan kepulangan perantau-perantau dari Pahang, dari Sungai Buluh. Meja pun dah tak muat untuk menampung jumlah kaum kerabat Tuan Ismail . Nie belum lagi perantau dari Johor, dari Subang pulang. Kalau semua-semua ada nie wajib buat 4 idang.


29 Ramadhan



Bila dah esok nak raya, anak dara dan ibu anak dara akan sibuk di dapur. Kupas bawang sambil menangis tanda gumbira esok hari raya esok hari raya. Time nie yang rajin akan lebih rajin, yang malas free free je akan kena maki. Uish maki mamaki wajib di kala bulan ramadhan kepada mereka yang pemalaih tahek. Kita sampai tak menang tangan kaki mulut buat keja yang nu yang nie, dia dok sedap-sedap je main handpon dengan abang angkat (Eyuksss).



Mana-mana menantu yang dipaksa beraya di rumah mentua, bepura-pura lah rajin agar nampak seperti menantu yang mulia . Pergi la duduk sebelah ibu mentua sambil belajar melilit ketupat sambil menayang cincin dan gelang emas sekerat lengan yang baru di beli.



1 SYAWAL



Selepas balik dari sembanhyang raya, semua akan sibuk untuk pergi beraya rumah sebelah, rumah jiran, sehingga rumah milik sendiri akan dikunci pintunya. Raya sana sini, poket tetap kosong jugak. Sedis betul.



Bila dah habis round satu kampung dan bejalan pulang ke rumah, tub-tub akan nampaklah ada ketara betubi-tubi depan rumah. Hadoi ramai nyer. Tak soka tak soka. Pergi la balik setengah syoh syoh. Tak mo nanti kena buat air, idang kuih, idang bihun sup. Tak mo. Tak mo.




Eh rupa-rupanye tetamu yang datang dah nak balik dah laa. Yess. Yesss.




Tapi jodoh pertemuan di tangan tuhan. Tiba-tiba, "Assalamualaikummm". Kenapa perlu ada orang yang sangat ramai datang kerumah saya apabila tiba hari raya? Kenapa tidak kunjung mengunjung di hari kemerdekaan ke? hari guru ke? hari selasa ke?


Nie Big Bos yang tahu cakap "Muna buat ayer yer" "Nieh, tambah 5 pinggan bihun na" "Lohh Ketupat tak jamu ka kat budak-budak nie". Ok. Ok. Walaupun saya comel tapi saya seorang anak yang mithali. Patoh ke pada orang tua.



Bila dah tak dak orang. Alhamdulillah. Lega.Mari berehat sebentar. Mummy jom posing maut.




Mummy pinjam bahu yer...



Mummy! tengok kameleer. Tenyum-tenyum






"Nak ambil gambar dengan mokteh yang chantek lagi comel la"-kata anak-anak buah mokteh
"Alaaaa, segan la hampa cakap lagu tuh, dah-dah jom ambik gambaq"-balas mokteh itu



Lepas tu bila dah magrib, bila dah magrib, mmmmm matahari pun jatuh.



Pemandangan yang macam bagus je, sangat molek jika si snap 3,4 keping untuk di bangga-bangga kan dengan kawan-kawan sekuliah "Weh kampung aku chantekkkkkk" "Ada matahari kale oren-oren" "Kampung engkau aderrr kewwwww??"[sambil kerek gerek siott]



Magrib secara berjemaah. Tapi aku? ooooo berselingkuh. Tak la, tak sempat nak join, lama sangat termelabur di bilik sunyi.




Weh. Tengok bawah la budak kecik weh.



Jam 8 malam. Aktibiti diteruskan lagi. Mari besiap cantek-cantek. Jap lagi nak pergi rumah makngah, paklang, tokngah, tok suu.



Bosan nye raya rumah nie. Lambat nye nak idang makanan. Mana laksa nie? hahaha.




Selesai la perayaan untuk 1 Syawal. Mari beradu!. Cucu-cucu sekelian anda di wajibkan tidur bersama tok dan tokwan dan mokteh yang comel. Sila jauhi mak dan ayah kamu!




2 SYAWAL



Bangun seawal yang mungkin. Lalu bersolek sechantek yang boleh. Yang muda di bantui. Yang tua tak mandi-mandi lagi.



Beraya di rumah sanak saudara yang jauh nya tidak terbilang batu-batu di jalan. Boleh tidur dulu sambil mimpi beraya di rumah ZA.



Jangan lupa. Mari beraksi di depan lensa yang murah dan berhabuk ini.




3 SYAWAL



Bila raya ketiga tetamu dah mula kurang. Tapi kenduri kawen dah mula nak start. Best ke kawen raya ke 3? haisssh. Ok. Mari siap chantek-chantek untuk ke orang kawen.



Bila dah chantek. Mari anak-anak ku kita bergambar untuk sejenak. Sekeping cukup la yer. Nanti menyampah pulak engkau-engkau di sana.



Bila petang muncul, badan dahagakan belayan ayer terjun yang sejuk nyaman segar enak berkrim dan disukai ramai. Jom. Jom Ayer terjun titi hayun seround !!!



4 SYAWAL


Beraya di suping kompleks. Beraya di Tesco dan City Plaza.



PdanS : dan ahernye publish jugak entri nie. Lama betoi di buat pekasam yerr!!!


Ramadhan dah habis.

Sekarang Syawal kan? Ramadhan dah habis kan? Ok. Cun! Mari bergosip! haha.

Weh nak tahu tak nana yang nyanyi lagu bola-bola api, yang sedulunya kecil, telah menjadi besar, Begitulah jua.... cup-cup kenapa nak kena nyanyi sekali nie, bagi tau tajuk cukup la. Hishh. Ok Nana tu la. Dia dah berceria dengan suami dia Faizal. Sape Faizal? Ala yang belakon dalam manjalara tuh, yang jadi polis tu. Haaa?? Dah tahu gosip nie? Ok. Fine! Next gosip!


Mmm. Ape ek gosip seterusnye? Kejap-kejap nak pergi OhBulan. Haha. Ala biase la i kan wanita suci lagi menyucikan. Tak tahu menahu pasal gusip-gusip hiburan tanah air nie.
Ok. Dah jumpe. Tapi bukan gosip.

“Saya Tidak Kisah Tayang Lurah Dada’ – Kata Haliza Misbun Si Artis Tak Laku

Hadoi. Kenapa perlu tulis Si Artis Tak Laku? hahaha. Lucu la kamu si penulis blog. Kesian dia. Tak laku tak laku dia pun jadi artis gak. Kamu? ketua darjah pun tak sempat nak merasa. Huhu

Ape? Dah penah bace jugak gosip nie?


Lohh penat la menabur gosip yang semua orang dah tahu. Ok next gosip nie, kalau dah tahu. Buat-buat tak tahu la yer. Segan la gini, semua gosip yang i cerita u all dah tahu.


Wehhhhhhhhhhh(H di perbanyakkan kerana untuk metunjuk semangat nak cerita gosip panas ni) nak tahu tak, Suria kasandra dah ada blog. Nie bukan celebriti. Rakyat jelata sahaja. Haha. Eh tak-tak dia penah menjadi selebriti satu ketika dahulu. Menjadi pelakon untuk video klip karaokay kumpalan Data. Ok. tak lawak pun.

Yesss!! Gusip nie korunk tak tahu lagi kan? Misi tercapai! Perlu ke tahu?? Uishhh. Perlu la sebab Suria kasandra sangat glamer la nyahh oiiii. Glamer sampai bila nak masuk kelas foundation hari selasa semua junior-junior akan jerit "Kak suee" "Kak Sue comel la" "Biru la Kak sue hari nie" "Kak sue malam nie ada kelas tambahan ke", "kak sue! ambil la saya menjadi adik angkat kak Sue" (haha melampau la yang nie).

Tu kalau masuk kelas foundation, tak masuk kafe lagi? uisss.. Gamat-gamat. [IKLAN]Belilah minyak gamat di Langkawi.

Dah-dah tak nak la mempromosi kan sangat "kak Sue" nie. Bazir space je. Haha. Tapi jemputlah ke Blog Baru beliau. DakPoyo.blogspot. eh eh silap. Dah tak poyo dah sekarang nie. Dah jadi sepet pulak. Bagi yang tengah free-free tuh, pegila masuk. Untuk yang buat-buat free tapi sebenarnya assingment Ya ampun betimbun bagai pasir di kuari, pun pergi masuk jugak.

Kak Sue cakap sape melawat blog die dapat duit raya dengan kueh raya, baju raya pun ada. Kasut raya sekali. haha. Melampau la kau nie.




PdanS: Mana entri Raya nie? Tak sambut raya ker?

Saturday, September 5, 2009

Selamat Hari Ahad.

Hellow vellow. Hai anda-anda sekalian. Hari nie i tatau nak cerita apa. Tapi sangat sangap mahu mengupdate blog. Tak kira nak update jugak. Nak jugak. Tak cerita apa pun tak kesah. Janji boleh update blog. Hahaha. Mesti dalam hati anda "Eeeee ada jugak orang serupa dengan ini"

Ya tuan-tuan da puan-puan, mari dekat, mari dekat, hari ini saya bukan nak jual minyak atar, minyak lintah, mahupun minyak sapi, tapi saya bla bla bla...

Dan dari ayat yang telah di lemparkan itu itu, aku tahu aku perlu cerita apa? Cuba teka wahai kalian-kalian sekalian yang bijak pandai. Oh tak tahu? Kurang bijak laaa. Mesti tak layan Spontan nie? Eh perlu ke Layan? Kenapa tanya saya? Saya tanya awak ke? Habistu awak tanye sape? Kenapa awak perasan saya tanye awak? Awak nampak saye perasan ke? Tak lah. Itu jawapan ke?hahaha. Klinggg. Klinggg(bunyi loceng ye bukan nak tulis keling botol tu) Aku dah agak dah mesti aku yang menang. Aku kan hebat.Haha. Alaahhh setakat main sorang-sorang tak mencabar langsong.

Kalau sapa yang layan spontan mesti tahu game apa tadi yang i siaran langsung kan terus dari blog Si Merah. Kan? Kan? Game Soal Menyoal. Setiap soalan perlu di jawab dengan soalan dan jika anda menjawab ayat yang bukan soalan jugak, anda dikira Kalah! Terus pergi berambus, dan orang lain akan ganti tempat anda!

Eh lupa pulak nak cerita.Spontan nie bukan cerita-cerita macam Nur Kasih tu tau.Nie Game. Dia tak dak belakon-belakon, semua skrip, semua lawak memang spontan. Tidak ada bantuan sesiapa, tidak ada iringan muzik, atau pun tidak ada apaaa-apaaaa sahajaa. Fuhh. Ini dah kira celop skrip Syarifah Sahira. Ape? Kenapa dengan Syarifah Sahira? Owhh. Dia la host rancangan tu.


Cerita nie terdapat sangat banyak game. Game dia semua sangat bengong-bengong belaka. Lagi menjadikan dia lebih bengong dan bangan bila peserta yang join tu adalah terdiri dari mereka-mereka yang biul-biul belaka.

Setiap episod akan ada 4 game. Last game mesti nyanyi-nyanyi(Nama Game: Lagu Untukmu). Time nie peserta akan melingkopkan lagu sehabis yang mungkin mengikut kreativiti mereka masing-masing. Kadang-kadang, host akan bagi satu tajuk contoh Cukai, so pandai-pandai la buat lirik lagu cukai.

Game dia sangat banyak. Tiap-tiap minggu game lain-lain. Penterjemahan la, Alih suara la, Sketsa 2 ayat la, dan lain-lain yang i tak ingat nak senarai kan sebab banyak sangat.


Nie muka-muka peserta yang join. Setiap minggu ada sorang peserta jemputan. So akan menjadikan mereka semua 5 orang la.


Sapa yang tak tengok Spontan pergi la download cepat. Serius aku cakap best sampai boleh mampos. Haha. Mampos la sebab gelak banyak sangat silap-silap tekeluar bijik halqum, anak tekat pun boleh tecabut jugak. Tapi aku kalau tengok cerita tu, kena prepare tisu awal-awal la, sebab i kan wanita comel yang kalau gelak gila-gila tak ingat dunia, mata i tetiba akan bertukar jadi pili bomba yang airnya keluar mencurah-curah. Comel kan jadi i nie. Ajaib sungguh ciptaan tuhan.

I kalau tengok cerita Spontan sorang-sorang, mesti rumet yang penyayang akan datang bertandang ke tempat i 4,5 kali. Lepas tu tanya, "Muna ok ke?" "Tak de ape-ape kan?" Sangat bimbang akan keadaan i yang tetiba macam kena sawan jentik-jentik. Menggelak sorang-sorang, cakap sorang-sorang. Bahaya jugak la tengok cerita nie. Mungkin sapa yang tak tahu anda sedang berbuat apakah mesti suka-suka hati nak melable "Gila ke hape rumet aku nie?" "Ishk aku bimbang la rumet aku sorang nie, muka chantek dah tapi macam gila ja, sayang betul" Haha.


Semacam sangat relax je kan i nie. Tengok cita Spontan la Nur Kasih la Nur Amina la adam la Abang Aidil la. Ceh macam banyak je, padahai layan 2 cita nie je sekarang. Tapi i memang sangat relax dan cool, walaupun sebenarnye keja sekulah, ya ampun, kalau la ada orang buat sewa tangan sejam 5ringget ke, i nak sewa separuh hari la, nak suruh siapkan keja i yang tak cukup tangan nak buat nie. Tapi ade ke orang buat gitu?

Dah la. Misi dan Visi tercapai. Dapat jugak i update blog. Tak lena tau tidor semalam memikirkan pasal blog yang tak update nie. Huhu. Tak lena betul ke kak? Patot la susah betul bangun pagi tadi. Ok. Ok. I nak sambung tidor. Mengantuk tahap biawak lelaki. Sekian



Sekian lagi.


PdanS: Kenapa tidor saya lebih dari orang yang letih berpuasa? Kenapa? Kenapa? Upss. Kantoi.

Friday, September 4, 2009

Saya suka dia.

Weh, nak tahu tak sekarang i tengah menggila tentang ape? Biskut sempret? Eh eh tak lagi. Nie bukan mood kueh raya lagi. Ape? ZA? Eleh itu gusip la. i dah takde pape dengan dia. Skunk i tengah belajar untuk lupe kan dia.. huhu.. Uweckk.

Ala. Mesti u all tak layan kot. Citer Nur Kasih? Layan? Haaa! Layan jugak! Bagus-bagus. Nie yang terasa bekobar-kobar nak mengarang lagi nie. Best kan cerita tu. i likeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sangat-sangattttttttttttttt. (baca dengan harkat yang betul untuk lebih penghayatan.6 harkat! Wajib!) Dan malam nie, ala baru kejap tadi, pukul 9 tadi, dah ada kat tibi, episod 15! I terasa frust menonggeng la sebab tak dapat tengok.Hate tau.

Best kan cerita tu sampai i tak kesah la kalau nak suruh katam 4,5 7, 20 kali. Boleh, boleh. Nak suruh tengok sambil tulis blog pon boleh. Betul! Nie i tengah buat. Hadoi. Jadi tak keruan pulak bila mengarang sambil tengok Nur Kasih. Susah jugak ek. Nak siap satu ayat pun ambil masa sengah jam. Nur Kasih punya pasal. Tak pe. Tak pe.

Tadi i baru perasan, i sangat suke Nur Kasih sampai, waktu angkat buku, tiba-tiba pensil tejatuh, lepas tu mulut laju je "Eh mak kau Nur Kasih". Alaaaa terasa macam comel-comel je melatah macam tu kan.

Jap lagi i ingat nak buat keje sekulah sambil tengok Nur Kasih la. Biar la mata dengan tangan i kena sibuk buat kerja tapi i masih ada telinga untuk dengar setiap ayatnya, jugak hati i available lagi untuk menghayati setiap kata-kata yang menyentuh kalbu itu. Adus. Sangat penipu. Hahaha. Kompem buku pensil kau tolak tepi jap lagi. Assignment tah ke mana, Nur Kasih jugak yang duk syok ngadap.

Lepas tu sebelum tidor nak pasang Nur Kasih la, nak tengok Nur Kasih sampai tertido.Macam baby-baby la kan, kalau baby kena mumy di dodoi kan, tapi i remaja cemerlang akan didodoi oleh Drama bersiri NurKasih sebelum tidor.Alaaa. Sweetnye la kan hidup i nie. hahaha


(Iklan)Ok. Jam komputer riba menujukkan tepat 12.23 AM pagi. Tapi Project apecer weh? hahaha. Kan i dah cakap, i suka sengat penipu diri sendiri.(iklan tamat)

Sambung cerita Nur Kasih. I tatau la kenapa perlu suka sangat dengan cerita Nur Kasih. Ishk. Ishk. Kalau la ada ZA dalam Nur Kasih tuh, musti i dah sawan kura- kura if terlepas 1 episod. Tapi dia boleh ke belakon jadi Adam? mmmmmm tak sesuai. Jadi Abang Aidil?eh kenapa tiba-tiba kena panggil abg aidil nie?adam tak de pulak kau nak ber abang-abang. Hehehe. Tak. Tak. Tolong jangan tabur fitnah kata i suka ke Abang Idil. TIDAK sama sekali. Walaupun dia mempunyai ciri-ciri lelaki idaman i (mengaji di mesir, warak, alim, berkerja di pejabat agama, berkopiah sepanjang waktu,sembahnajng di mesjid ) i tetap akan menolak pinangan nya kalau tiba-tiba dia masuk meminang i, sebab i tau semua-semua nie hanya lakonan semata-mata dan jugak semua nie, angan-angan i sahaja. Gila ka hapa tiba-tiba Fizz Fairuz nak melamar aku.

I suke la tengok wakat Nur Amina tu. Sangat baik, solehah, teringat zaman muda-muda i dulu. I macam tu la. Sekarang pun macam tu lagi. Still tak berubah. Hik Hik (See, kan i dah cakap, sama ngan Nur Amina kan, gelak pun sopan je. Tak de bunyi Kah kah ke Hah Hah ke)

Bagus la jalan cerita die kan. Sangat bagus. Cerita ala-ala kat dalam Novel yang kena kawen paksa, suami tak suka ke bini, bini skandal dengan ex-boyfriend, last-last hidup bahagia jugak, beranak pinak jugak. Ceritaaaa-ceritaaaaa. Agak-agak kat dalam dunia yang betul-betul nie ade tak kejadian-kejadian yang semacam dengan itu. Sedihnya kalau ada.

Cerita nie mesti lebih sedap kalau di Novelkan dulu n then baru didramakan. Kan?kan?.

Dah. Dah. i tak mau melempar masa-masa emas i. Dahagakan sesuatu aktiviti yang lebih berfaedah like, mmmm like, mengkaji kualiti lakonan Nurkasih, menghafal lagu OST Nur Kasih, menggogle sape sebenarnye Nur Amina di bumi yang nyata. Haaa! Baru i teringat, semalam i google nama dia keluar macam-macam gambar yang Fuuyyooooo Inikah Nur Amina di alam rialiti? Ok. Tak nak begosip pasal dia di kala Ramadhan yang mulia.

U all tak payah la nak tiru hobi befaedah i nie. I memang suka google nama orang, lebih-lebih lagi nama sendiri, lepas tu sakit hati kenapa gambar tudung saje yang keluar, Munawwarah adalah orang yer, bukan tudung kepala atau tudung saji. Lepas tu google nama member i Aishah, tub-tub keluar gambar mayat yang reput, 1st picture pulak tu. Eeeeeeeee. Sangat mengerikan.

eh.eh. Nak pergi mana tu? Nak bukak google la tu. Nak goolge nama sendiri. Suka sangat tau tiru hobi i. Menyampah tau.

Ok. lah. Dah la. I nak kembali ke jalan yang benar. Renung-renungkan dan selamat hari raya!








Lepas tu i google Nur Kasih, gambar bunga nie pun tubik gak, tatau apa pertalian darah dia dengan Nur Kasih. Tapi cantek macam i, so bubuh skali la yer.




PdanS: Saya akan bersedih.