❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 31, 2009

2 Hari di Hari Minggu

Dah lama i tak update blog. U all perasan tak?
eeeeeee.. Perlu ke perasan.. Tak best langsung kan. hahah

Alaa.. i tahu.. u all mana nak perasan kan sebab aset kalot suping baju raya, kasot raya, handbeg raya, tudung raya, anak tudung raya, kerongsang raya, langsir raya, tudung meja raya, perabot raya,(hamboi, mengada la kau, raya pun nak kena tukar perabot) biskut raya, ketupat raya, dodol raya, wow awal nyer persiapan raya.

Best kan peristiwa-peristiwa begini di kala menjelang raya. Dalam-dalam orang ramai duk sibuk suping sana sini i plak tiba-tiba termenyibukkan diri ke kursus kawen. I pun tak paham macam mana boleh tersamsul sedemikian rupa. Nak kata gedik nak kawen, tak de laa gatal sangat sampai ke tahap WAJIB KAWEN. Maseh boleh di kawal lagi la.

Sebenarnye i sangat bersyukur sebab tersamsul amek kursus kawen awal2 sebab dapat merasa sangat tidak best kalau ambil kursus kawen bila dah bekerja. Lagi best dapat ambil waktu sedang bergelar student yang berjiwa hohahohaa lagi.

Betul tak tipu. Kenapa perlu tipu plak posa-posa nie.

I rase la kan klo u all amek kat kusus kawen kat luar musti u all tak berani nak main menyorok2 bawah meja time orang bagi ceramah sebab bosan atau skadal call. Ehh lupa untuk memaklomkan i ambil kusus kawen yg unibesiti i anjurkan la.


Ya tuhan. Kenapa saya perlu ada sahabat seperti ini? hahah.



Lagi bukti-bukti lain kenapa i cakap sangat gembira ambil kursus kawen dalam universiti sebab u tengok la gambar kat bawah nie...



haaa.. tegok siap boleh tido tegolek-golek lagi. Sangat sempoi kan. Kalau u ambik kusus kawen kat luar i berani potong kuku, u all musti kecut perut kan buat aksi-aksi sedemikian rupa.

Tak payah la cari i dalam gambar nie. I insan yang mulia tak tidor begini. Hahaha. Tak. Tak baek tipu di kala bulan puasa ini. I ada la dalam gambar di atas. Tapi i dah bangun dah kemudian di paksa tidor semula sebab nak ambil gambar yang konon-konon sweet la sebab semua orang tidor dalam arah pergolekkan yang sama. Eeeee sweet nyer.




Lepas tu kalau u all ambil kusus kat unibesiti u all, u all (i menyampah la "u all" banyak sangat di tulis, tapi i tak menyampah tau kat u all, i sayang u all, tengok banyak kan i tulis u all u all nie. Dah dah sambung) Senang cerita memang sangat untung la kalau ambil khusus kawen anjuran unibesiti korunk(eh dah tak de u all.Syukur)

Bukan sahaja perlu bayar RM35 je malah dapat ambil gambar ala-ala lepas nikah [acara membatalkan ayer sembahyang]



Tapi i tak rasa gambar nie sesuai untuk tajuk [acara membatalkan ayer sembahyang] sebab nampak macam tengah buat magic je. Kan? Ade tak? Ke i sorang je yang perasan? Sebab dari kaca mata i, i nampak macam seorang ahli silap mata sedang membuka sekeping kain hitam lalu seorang perempuan chanek keluar dari kain tersebut. Asalnye dalam kain tu ada burung merpati putih jer. Tengok la gambar di bawah. Chantek kan perempuan itu.


Wah. Ajaibnya.



Tapi lagi best time jawab soalan test. Dalam khusus kawen ada test tau. Lohh dah kecut perut dah ke? Relex laa broo, dia tak tanya soalan-soalan yang pelik macam jelaskan pengertian Bain Bainunah Sugghra or Apakah implikasi Li'an ke? uishh. Kalo naik soalan-soalan cam gini kompem2 i kena repid khusus kawen.

Soalan dia senang-senang je wey. Pejam mata pun boleh jawab. Sumpah boleh jawab walaupon pejam mata.Kenapa? Sebab semua orang akan baca soalan dalam slide yang besar gedabak sama-sama, kuat-kuat pulak tu. Last sekali sebut jawapan terus, sama-sama dan kuat-kuat. See i tak tipu kan, u all boleh je kalau nak pejam mata masa nak jawab test tu sebab kawan-kawan yang baik hati dan mulia akan bagi jawapan siap-siap. Lepas tu kena celek kembali la sebab nak tanda kat ketas jawapan. Kalau pejam nak tanda macam mana. Kawan-kawan yang mulia pun sibuk jugak nak tanda kertas masing-masing. Jangan nak mengada.


Suasana dewan yang sangat mencuit hati. Kenapa mesti mencuit hati? Tah. Gilor.


Serius rugi kalau tak ambil awal-awal. Ishk ishk baek korunk menyesal. Syoh syoh pegi ambil cepat.

Ok. Sekarang bukan cerita kenapa kusus kawen di universiti best. Dah habih dah. I nak cerita khusus kawen secara keseluruhannya pulak. Konklusi la bak kata Cik Hujan.

Secara keseluruhannya la kan, kenapa khusus kawen perlu ada unsur-unsur 18sx haa? lawak-lawak jenaka yang 18sx? contoh-contoh yang 18sx? I tak biasa laa menda-menda begini. I kan suci lagi menyucikan. Macam air Mutlak tuuu.

Serius weh. Sangat me18sxkan. Haha. Tapi bagus jugak la sebab i tengok semua orang akan bukak mata luas-luas bila cerita part2 yang 18sx nie. Mata pun dah tak stim dengan tiba-tiba. Semua akan gelak sampai tepuk-tepuk meja, tertampar kawan sebelah (sape tu, i tak) . Sangat hebat kan penangan 18sx nie.

Lepas tu, i jugak turut kagum dengan diri sendiri sebab tabiat buruk tetap tidak dapat di kikis di kala bulan ramadhan yang mulia lagi penuh keberkatan inie. Sempat lagi ponteng 2 sesi. Huhu. Lebih baik i tidur kat bilik dari tegolek sana sini kat atas meja dewan. Lagi selesa. Kan. Kan.

Aher kata dari i, dengarkanlah sebuah gambar di bawah ini, i tujukankepada u all semua..



Bila la Cik Puan Jelita ni nak ke gerbang perkahwinan kan?




PdanS: Tiada apa apa untuk di PdanS kan. Sekian.

Wednesday, August 26, 2009

Encik SYUKUR

Ya Allah.

Mahu tersenyum keriangan

Terasa sangat bahagia seperti

Mmmmm

Seperti tiba-tiba my pebret actor kirim salam.Ceh tak bahagia sangat tu

Macam tiba-tiba my pebret actor masok meminang. WoWWWW.

"emmmm"sambil menganguk tanda setuju.




Jugak sangat bahagia terasa seperti.....

Seperti tiba-tiba menang loteri 1juta.

Terus pegi umrah.Astaqfirullah.

Tak. Tak jadi. Bedosa pergi umrah dengan duit haram.

Nak belanja rakan-rakan karok dekat teruntum.

Tak pun beli terus pusat karok tu dengan duit haram. Haha.

Sangat bahagianyaaaaaaa!!!!!




Cepat la tanya kenapa sangat bahagia nie.

Cepat la. Ishk. Tak nak tanyer ke??

Heyyy!! Ade aku kesah.

Nak cakap jugak kenapa saya mesti terasa sangat bahagia.

Sangat bersyukur kerana ahirnya lambang komputer kat penjuru bawah desktop belah kanan dah nyala lip lap lip lap.

Send pun dah banyak.

Receive lagi banyak.

Tak perlu lagi nak menumpang kaseh sayang internet rakan-rakan yang lain.

Penat tau 2 minggu hidup dalam keserabutan tanpa internet.

Alhamdulillah.

Tima kasih tuhan kabulkan doa saya!





PdanS: Selamat berpusa semua muslimin dan muslimat.

Monday, August 17, 2009

Yang Aku Suka - Part 2.

Tadi bosan. Aku pun mula mengarang sesuatu. So, ini untuk kamu.




Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Mersik manja asyik fana

.
.
.
.
.
.

Ok.Tipu.
Bukan aku buat.
Hahaha.
Fauzi Marzuki yang buat.
Nie lagu Siti la.
Tapi tak payah la nyanyi.
Ape? Nak nyanyi jugak?
Ade aku kesah?
ok.
Teruskan.
.
.
.


Di kala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hindar purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat kujejaki tamanmu
Benar indah
Amat indah

Di kala luka terlalu dalam
Sembuhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia

Walau jauhku berlari
Walau jenuhku mencari
Tetap sungguh kau temani
Tanpa jemu dan benci

Biarku telan tangismu
Biarku simpan resahmu
Meski kau bukan milikku
Teguh kau di hatiku

Percayalah
Kau inderaloka
Kan kususuri
Bahagiamu teman di taman ini…





Sangat bagus penciptaan ini. Aku suka. Mahu mencipta seperti ini. Tapi perasaan keling yang selalu terlahir. Hahaha.

Kesah kah aku?

Perkatan Hari Ini!

"Ade Aku Kesah?"

Ya. Ade aku kesah?

Hahaha.

Sangat pengaruh rakan sebaya betul kamu ini.

Ok.

Sebab aku sedang mula suka sesuatu yang puitis jadi aku rasa aku perlu menerbitkan ayat-ayat manis yang sungguh puitis.

Mari. Mari.





Kau benci aku?

Ade aku kesah?

Kau suka aku?

Ya, aku sangat bekesah!


Kau kutuk aku?

Ade aku kesah?

Kau puji aku?

Ya, aku sangat bekesah!


(walaupun terasa sangat keling, tak pa sambung lagi. You can do it! caiyokk! Muna puitis ! Hidup Muna ! Hahaha)


Kau marah aku?

Ade aku kesah?

Kau sayang aku?

Owh, love u tooooooooooo!


Kau hina aku?

Hey! Ade aku kesah?

Hina la lagi!!

Kau bakal ke neraka!!


Kau gembira?

Ade aku kesah?

Kau sedih?

Ade aku kesah?


Kau nak merajuk?

Ade aku kesah?


Kau nak makan?

Ade aku kesah?


Kau nak blanje?

Ye, ye, aku sangat bekesah!

Bila-bila?

Boleh?

Kat mana nak blaje?

McD?

Ok.Ok.

Tak kesah.

Aku dah tak kesah dah.

Hahaha.

Sekian.




PdanS: Puitisssss tak i? Agak-agak dah boleh kapel tak ngan ZA? hahaha. Sungguh aku tidak kesah

Saturday, August 15, 2009

Yang Aku Suka!

Aku pejamkan mata, wajahnya yang terlukis.

Aku diamkan mulut, hatiku yang menyebut namanya.

Aku senyapkan segalanya, mindaku memikul dia.

Dimana - mana beb!

Esok, angin tiup, aku harap hilang.

Kalau tak, aku akan kejar. Kalau aku kejar, dunia putar - putar.

Maka aku ciptakan kata - kata ini.

"Apabila mata kita terkunci, pemandangan dari aku lebih hebat. Kerana kamu hanya nampak aku, tetapi.."


"AKU NAMPAK KAMU"


View aku lebih indah, sebab aku nampak kamu, tapi kamu hanya nampak aku.



~dicuri dari sini~





Sweet tak? Lebih sweet dari gula celop kapas bukan? Suka. Sangat suka la ayat-ayat di atas. Tapi lebih suka orang yang buat ayat di atas. huhu

Normal la bedah wey . Dah engkau suka mamat tuh. Dia tulis puisi yang tah ape-ape macam "Saya makan nasik dengan kicap" Atau "Mak saya goreng telor dadar" (kenapa contoh mesti makanan?aku lapar kah wey?)sume engkau nak bantai tulis, eeeeee sweet nyer, sangat puitis la mamat tuh, cool pulak tu ayat-ayat dier. Yer. Kompen kau akan tulis macam tu kan. Haha.

Tapi ayat kat atas tu memang betul-betul buat aku tersenyum bila baca. hehe. Betapa sweet nye la kan. haha. Sebenarnye bukan bila bace je, bila buka page tu memang aku akan senyum macam kerang bakar cicah sos. (weh makanan lagi. Kompem aku lapar) Walaupun page tu tengah loading tak tubik satu habuk pun, aku dah akan tesenyum.Angau bangau apakah ini? Hahaha.

Dah-dah aku tak boleh tulis panjang-panjang sebab curik laptup orang.

PdanS: Boleh tak nak cakap apa yang ayat tu tulis sama dengan apa yang aku rasa sekarang.


Friday, August 14, 2009

Empty

Kamu!

Rasa aku hilang

Entah

Tak tahu ke mana

Puas aku cari

Tapi tak jumpa

Harapnya

Esok mungkin ada




Wednesday, August 12, 2009

Entri Berperisa Rojak Buah.

Saya pasti kamu semua sedia maklum tetang ajaran islam yang amat menekankan supaya kita sentiasa berada di jalan yang lurus. Tapi adakah kita sering bertindak sedemikina? Atau mungkin selalu menjadi yang sebaliknya?. Baiklah. Berdirinya saya di sini adalah bla bla bla bla....

Hahaha.. apa macam?? hebat tak? Terasa tak seperti berada di pertandingan Debat Piala Tengku Muzaffar tak pun Piala FA! Aikk.. Sejak bila Piala FA mengajurkan pertandingan Debat katogeri bawah 18?? hahah. Tak pa. Abaikan. Anda terasa bahang-bahang seperti sedang menghadiri Debat Diraja? Haaa!! Tak pun??. Kompen mati pucuk la nie!! Perasaan yang kacang macam tu pun susah nak diujudkan. Sila baca lagi sampai perasaan itu muncul dan hadir.

Ayat debat yang lebih menjerumus ke arah keKELINGan lagi mau bangga-bangga diri. Apa daaa. Sangat perasan kan. Arhh.. Biar laa. Aku nak cakap pasal "jalan yang lurus" la, bukan "Adakah Ayat Saya Keling" atau "Ayat Saya Berasal Dari Tamil Nadhu".

Ok. Kembali kepada cerita jalan yang lurus. Pernah anda melalui jalan yang lurus? Sangat penipulah jika di bilang tidak bukan? . Tapi, dalam hidup kamu, adakah jalan yang lurus itu dijalani dengan lurus juga? Tidak? Seringkali anda tersasar pemanduannya?. Bukan tersasar sewaktu drive yang langgar divider yer. Maksud nye, macam, kalau yang sebenarnya kamu mahu ke Bandar bermotifkan mencari Kasut lip lap lip lap dan Seluar mengacam untuk ke dinner, tapi di penghujung ceritera cinta anda telah memilih handbeg yang less 70% yang tak ada kaitan langsung dan tak sesuai langsung ke Dinner. Inilah yang di namakan anda tidak dijalan yang betul. Islam sangat melarang kita untuk bertindak sdemikian.

Perhh.. Pecah otak nak fikir macam mana la nak terangkan kejadian terbeli handbeg less 70% dengan di selitkan ajaran-ajaran islam. Terasa macam nak membangga-bangga jer sebab dah pandai berdakwah. Sekarang u boleh panggil i "Ustazah yer" tak pun "Hajjah". Cehh. Sejak bila makcik nie pergi buat haji. Membukan account Tabung haji pun tak pernah, ada hati nak suruh panggil Hajjah. Bukak account gmail, yahoo, penster selalu laa. haha. ok.

Duit aku dah tinggal segelintir saja gara-gara menabung di "The Store". Tapi aku menyesal ke? Owh. Tidak. Tidak sama sekali. Biarlah duit tinggal sekangkang kera kerna aku percaya Tuhan sentiasa akan mengadakan rezeki untuk hamba-hambanya. Tapi kalau dah tersasar macam aku nie, tak pe kan. Special kes. Boleh di maafkan sebab LESS 70% bebb. Mana nak cari. Selalu ke jumpe. Hahaha. Mari sedapkan hati.


Dan sekarang marilah kita beramai-ramai mengusha handbeg yang baru di beli itu.


Tak nak tanya cantek ke tak sebab dah tahu kompem-kompem kamu cakap cantik kan.
hahaha.



Sila abaikan paha yang bersaiz drumstick itu.


Nak panggil gambar lucah sebab color dia sangat blue. Boleh kan.



Lihat lah, pemilik beg sedang berbangga dengan beg yang baru di beli. Kita dapat lihat ada sedikit, eh sedikit ke, macam banyak je unsur-unsur Riak dan Takabur. Ishk. Ishk. Astaqfirullahhalazim. Jangan contohi beliau yer.

Dah tak nak cerita pasal handbeg yang menawan yang less70%. Nak cerita kerakusan aku terhadap tabiat membundle. Sapa yang pandang jijik lagi hina terhadap pakaian-pakaian yang dijual di kedai bundle sila tekan punat "X" di atas page ini. Sekian.

Ok. Setelah tersasar jalan dengan membeli hangbeg dan tak beli barang-barang dinner, aku dan wanita Jelita telah mensasarkan lagi jalan yang sedia sasar itu!. Paham tak? Unsur-unsur keling jelas kelihatan bukan? hahaha. ok. Sebenarnya nak cakap lepas pergi The Store, aku pergi ke bundle Balok pulak. Apaa daaaa. Cerita macam tu pun susah nak sampaikan. Hishhhh. Rasa macam nak call je bunda sekarang jugak and then tanya, "Mak, keturunan kita nie ada dak darah-darah keling-keling ke mamak-mamak ke?".. hahah..


Ya Ampunnnnnnn!! Memang sangat teruja dengan jumlah kedai bundle yang ada kat Balok. Tokey-tokey kat situ pun tak de lah menyeramkan sangat. Boleh la. Boleh la sampai terasa nak buat adek angkat plak. Haha. Betul tak tipu sebab ada sorang penjual tu agak comel-comel jugak la. Tapi bila di fikirkan balik, adik-adik dirumah tu pun kurang kaseh sayang. Owh, sangat tak patut.

Lagi "Kenapa saya perlu teruja bila berada di bundle balok?" kerana banyak weh kedai-kedai dia. Sangat banyak sampai boleh la kalau nak tukar nama pasar malam tu jadi pasar bundle ke. Letih la kaki tangan kalau nak belek satu. Silap-silap tangan boleh hang kejap sebab rakus sangat selak kain satu-satu.

Dan Lagi "Kenapa saya perlu teruja bila berada di bundle balok?" kerana jeans di situ sangat murah dan kacak-kacak belaka. Betul. Aku tak tipu. Jeans brand Rome dengan wajah yang sangat tanpan 3 hingget je. Mana nak cari wehh jeans 3 hingget.. selalu 5 hingget je kalu murah kan.

Lepas penat belek-belek baju yang nama patut, aku berjaya menyapu bersih 4 helai t-shirt yang cun melecun dan di gilai ramai. haha. Semua tu berbekalkan wang tunai sejumlah 10 hingget je. Mana nak jumpa weh, baju kau banyar 10 hingget tub-tub 4 bijik dia bagi kau. Haaa! hebat tak hebat nya penangan kalau bijak berbundle. haha. Dah la jenama tak boleh belah. Seed ada, Seed la, Seed pun ada. (kena ulang banyak kali sebab beli yang brand Seed je)

Ishk. Silap la. Baru ingat nak tayang baju chantek aku. Tapi lupa nak merakamkan saat-saat manis tika bersamamu kedai bundle. Sebabnya rakus la. Biase la benda-benda yang baru nak explore ni mesti akan jadi rakus kan. Tak pe tak pe. Nanti aku tulis satu post tu, aku letak baju bundle je, konon-konon macam sisi beramah mesra dengan baju-baju di bundle la. Sabau yer.



Cik Jelita dan Cik Rupawan


PdanS: Orangdisekeliling, tolong la jangan salahkan orangyangsalah, sebab orangdisekeliling tak tahu dan tak rasa apa orangyangsalah itu rasa. Kan bagus kalau orangdisekeliling boleh nampak apa yang orangyangsalah itu rasa. Tolong la faham orangyangsalah itu.

Friday, August 7, 2009

Pusat Hiburan Hari-Hari


Salam satu Malaysia untuk semua. Haaa!!! Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Haaa lagi!!!??? Eh tak tak. Kamu tak silap blog. Ini masih lagi blog imredlover. Aku masih lagi aku yang dulu, pecinta merah dan bukan penganalisis politik or watever la yang ada tik tik kat belakang tuh.


Ok. Seperti yang dijanjikan di entri sebelum ini,(ya aku sangat tepati janji) aku akan mengceritain alat berteknologi Nano yang canggeh manggeh di sertai UV protection dan SPA 16. ape kejadohnyo jang ini untuk barang-barang kosmetic saja.


Aku pun kurang mengerti dengan diri sendiri semenjak duamenjak ini, kerana sering di hantui oleh bayangan microfon, speaker yang bersaiz gedabak, koin-koin yang persis 20 sen, video klip yang agak aneh seperti sebijik katil terdampar di tepi laut di mana seorang perempuan berpakaian pengatin sedang menagis teresak-esak dan lain-lain lagi kejadian yang cukup menyeramkan.


Kenapa laaa aku perlu berperasaan sangat teruja dengan cerita-cerita berkaraokay. Dulu tak pernah pun macam nie. Sumpah. Nak suruh nyanyi dalam toilet pun aku malu. Tapi kalau bersyair tuuu, ada la juagak sekali.haha. Waahh. Dah macam gadis dulu-dulu plak, yang sering membasuh kain di tepi sungai sambil berkemban dan kemudian bersyair lalu anak sultan Mahmud yang mangkat di julang sedang memburu arnab berjalan di situ lalu terdengar akan alunan syair dan terus tergoda dengan suara lunak si Gadis pembasuh kain itu...Perh. Sempot lah bagi barangsiapa yang membaca ayat di atas. Sangat panjang.Haha. Ok. Kembali kepada topik asal. Aku agak menyampah bila membaca entri manusia yang suka merepek dan kerepek nie, tapi aku... Sangat selalu terjebak ke arah itu.. Hahaha. Tasnias kerana berjaya membuat manusia lain berperasaan menyampah. Ok. Ok. Kali nie serius. Kembali ke topik asal.

Ok. Aku tak nak story mory lagi. Nanti melalot je yang lebih. Nah tengok gambar nie dan baca caption-caption kat bawah tu. Kalau tak pandai baca, mengeja sudaa. Kalo tak pandai mengeja jugak, suruh kakak tolong eja kan dan ulang sepuluh kali sampai lancar.



DENGAN BERPERASAAN RIAK DAN TAKABUR SERTA SEDIKIT IRI HATI
MEMPERSEMBAHKAN
PUSAT HIBURAN HARI-HARI!!!




Suasan di sekitar pusat hiburan berkenaan. Saiz bilik adalah mmm.. bersaiz master jamban room kot.


Pengunjung tetap Pusat Hiburan Hari-hari.

Maaf gambar agak kabur kerana hari hendak hujan.



Dilengkapi penghawa dingin berpunat 4.
Juga capet yang selembut baldu, bantai yang seempuk nasi, teddy bear yang bersaiz A4, A3 dan macam-macam lagi kemudahan yang tak perlulah di senaraikan.
Ehh.. ada lagi, nak bagi tau jugak.
Jadual solat. Ada. Sumpah weh.

Koleksi teddy bear musim luruh yang sesuai dijadikan bantal peluk ketika berkaraokay




OK. DAN SEKARANG MARI KITA ZOOM KAN SEDIKIT ALAT-ALAT YANG BERTEKNOLOGY NANO DI SITU.




Made in Mydin"Belilah dengan harga borong"
Tapi agak menghampaskan.
Tidak dapat berfungsi sepenuhnya kerana gelombang yang dikeluarkan tidak berjaya menembusi bilik sebelah, bukan bilik sebelah je, rakan sebelah pun tak dengar. Tapi bukan ke rakan sebelah tu memang ada rosak-rosak sikit ka itu talingaa. haha
Hampeh. Buang duit betul.
Tapi nasib baik bukan duit sendiri sebab guna duit rakan yang ada rosak-rosak itu talinga. haha.





Made in Katey Sebelah
Sangat berguna dan diminati ramai.
Sering menjadi rebutan Cik Uya, Cik Aisya dan cik Muna jarang-jarang jer..
TAPIII.. Ada TAPIII tauu. sangat merbahaya kerana tidak boleh di dekatkan dengan bibir ketika sedang kusyuk melalak kerna akan terjadi kejadian sambar menyambar yang tidak di duga oleh Sang elektri yang bersaiz 3 voltan. Pedih jugak la. Macam kena gigit dengan semut merah je. Nak cakap pedih macam besunat, nampak sangat penipu, penah ke besunat cik Muna oii. hahah.
Dan sebagai langkah bijak kerana sangap sangat nak melalak, Cik Muna telah meletak kan 2 helai tisu dan di ikat dengan getah supaya tiada lagi kejadian-kejadian sambar menyambar oleh elektrik.
Ya. Beliau memang kreatif dan sangat inovatif.
Untuk gambaran jelas sila lihat figure 2.3 di bawah



Figure 2.3
2.3??Cup.cup. Mana Figure 2.2? 2.1?2.0?n bla.bla.bla.



Align Center

Made in Blok Seberang
Brand : Mc Na Entertainment
Disayangi ramai dan terasa macam nak buat hak milik persendirian jer.
Ehhh. Tak ingat la tuan punya speaker nie.
Ok. Dah jadi hak milik persendirian.
Hahaha.





DAN SEKARANG MARI KITA LIHAT KENAPA ANDA PERLU KE PUSAT HIBURAN HARI-HARI.


1. Tiada bayaran se seng pun yang akan dikenakan. Tetapi, perlu di ingatkan di sinii ya ada TETAPI, ok tetapi membawa Big epal dan KFC sangat-sangat di alu-alukan dan kadang-kadang menjadi sunat Muakad.

2. Waktu beroperasi adalah 24 jam. Tiada rehat atau pun waktu rest. Tapi kalau pemilik pusat hiburang tengah syok melayan blog ke, buat PSM ke, buat assignment ke, baca yasin ke, tak yah la gedix-gedix nak kaco.

3. Lagu-lagu yang di hidangkan amatlah menyelerakan dan sangat bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat. Lagu zapin, joget,nasyid, rock kapak, dangdut, patriotik, rnb, pop rock dan bermacam-macam lagi. Lagu Pelamin angan ku musnah nyanyian Azie pun ada jugak.Suka la tuh.

4. Pemakaian adalah bebas. Tidak perlu menutup aurat. CUma jangan bebogel sudah. I jijik nak tengok. Contoh: Anda sedang berkemban dengan tuala dan mahu ke toilet untuk mandi, tapi perasaan ingin berkaraokay sedang meluak-luak.
Jadi tunaikan lah hasrat dan impian untuk melalak itu dulu.
Tidak menjadi masalah jika melalak dangan berkembang saja.
Kes seperti ini adalah di benarkan di pusat hiburan hari-hari.

5. Jika anda adalah berjantina jantan, lelaki,teruna, bapuk dan nyah, anda adalah di haramkan untuk menjejakkan kaki di sini. Tapi kalau bersuara pondan, BOLEH.



OLEH ITU, APA TUNGGU LAGI, SEGERALAH ANGKAT KAKI(eh..bukan ke lagu Sheeda ) KE PUSAT HIBURAN HARI-HARI.





PdanS: Kepada pemilik-pemilik cd cetak rompak di luar sana, tumpang tanye bang, ade tak cd karaokay dangdut amelina, kumpulan Data, ...... saye nak beli bang. Bape ek sekeping. Murah-murah sudaaa. Saya student lagi rrrr.(dah tahu diri tu student pegi r blajar, sape suruh g borang cd karok)Abg CD tu yang jawab bukan saya yang reka-reka.