❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 31, 2009

Saya Sangat Teruja Bila Melihat...........

UMP beri cuti khas kepada pelajar

Selaras dengan peningkatan mendadak bilangan mereka yang menghidap demam dan yang mempunyai simptom yang boleh dikaitkan dengan H1N1 dan sebagai langkah kawalan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah memutuskan untuk memberi cuti khas kepada pelajar bermula 1hb Ogos hingga 9hb Ogos 2009. Pemberian cuti khas ini tidak mengurangkan tempoh pengajian Semester 1 Sesi 2009/2010. Penangguhan ini melibatkan semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi talian Hotline 09-5492545.Sekian, terima kasih



Apakah ini??Owh sangat tidak mengerti.. hahaha..Pepun esok kite jupe kat Kajang yer. Sungai Ramal.Tak pun kalau rajen kita lepak kat UNITEN nak?Ahad kita jumpa kat Kedah plak yer.. hoho


Kesukaan semakin menjadi-jadi. Riang gembira semacam esok akan hari raya. Hadoiii. Mari kakak adek.Kita mengemas rumah, memasang langsir, jangan lupa ketupat rendang atas dapur, hangit nanti. Eh ada lagi, pelita jangan lupa pasang yer Hahaha.. Sangat suka.Suka dan Sukan lagi. Eh Suka bukan sukan. Sukan lepas beraya baru ingat.


Cup.Cup. Patut ke bersuka ria di atas KeCUTIan yang di umumkan. Bukankah mangsa-mangsa H1N1 tengah gundah gulana, sedih pilu, memikirkan kesihatan mereka, masa depan mereka. Ok. Memang sangat tidak patut untuk bersuka ria. Kasihan kamu yang sedang di uji tuhan itu kan. Aku doakan semoga cepat sembuh.


Dan sekarangggggg, mari bersuka ria kembalii. Lalalalala. Sambil nyanyi lagu joget pahang tapi sedang joget zapin..haha.. Bertepuk-tepuk tangan, pertepuk jangan segan.. bla..bla... Untuk lebih LIVE sila kunjung ke bilik aku yer kerna di bilik ini telah ujud sebuah alat yang boleh melalak sehingga orang bilik depan dengan tiba-tiba berlari datang ke bilik sendiri dan tanyer "Eh kenapa nie? Bising-bising? ok ker?...................Loh karaokay ker." Begitu la cerita nya.

Tak payah nak sibuk tanya kat mana i beli ye sebab i memang nak citer la nie. Sabar siket bleh. haha. Dah konfius nie entri untuk H1N1 atau bilik Karok aku yang canggih manggih. Lantakk. Tapi kan i rasa semacam tidak bersedia saja mahu menceritain tentang bilik karok i. Nanti-nanti la yer. I tak nak jadi orang yang pendusta seperti mengeluarkan tajuk entri mengenai Belacan tapi bercerita mengenai Baju Raya Saya Tahun Ini. Pendusta kan? Ishk. Ishk. Tak nak lah. Sangat di murkai Tuhan. Ok.

Jangan sedey-sedey yer. Next entri i ceritain. I x dak mood lagi nak story tentang karok itu. Sekarang mood lebih menjerumus untuk menulis surat cinta kapada company-company yang sangat bertuah di pilih oleh aku untuk BerLatiahan Industri.






PdanS: Barangsiapa yang mempunyai tali barut dengan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan civil, sila la tawarkan aku ber LI. Aku redha je kalau company kamu nak kasi allaunce RM1000 JERRR sebulan. Serius aku tak kesah.

Friday, July 24, 2009

Tips untuk Berkaraokay

Ye tuan-tuan dan puan-puan. Hari ini saya akan menerangkan serba sedikit mengenai apa yang perlu dibuat dan jangan bla bla bla blaa... eee bosannyee.. Kepala perenggan yang tak menyelerakan dan tak cool langsung.Kepala perenggan?? Ok. Tukar. Perlukan ayat yang lebih santai. cehh.. meh tengok sikit bagaimana ayat yang dikatakan santai itu..hahaha..

Selepas melalui beberapa insiden yang tak meriangkan langsung sewaktu aku dan pondan-pondan ku berkorak, aku terasa seperti mahu berkongsi suatu ilmu yang mungkin agak ilmiah la jugak bagi aku. Tapi. Ilmiah ke? Lantak kau la bedah. hahah

Apa yang aku ingin kongsikan di sini adalah Don'ts and Do's semasa kamu berkarok.Bagi yang tidak familiar dengan perkataan "KArok", karok sebenarnya adalah berasal dari perkataan Portugis yang berbangsa...ok. Malas merapu. Karok=Karaokay. Jelas


Do's

1) Pujilah rakan-rakan anda yang kurang berbakat(contoh tak berbakat = suara mungkin seperti bapuk walaupun sah-sah dia adalah wanita tulen), supaya mereka akan merasa lebih disayangi dan dihargai


Maaf, identiti sebenar mereka yang bersuara pondan perlu dirahsiakan.



2) Bergeleklah dengan lagu yang bersesuaian. Contoh, dangdut amelina ke. Tapi kalau lagu westlife pun kau nak hentam gelek inul jugak, sure2 pinggang akan tercabut lalu tepaksa ponteng 2 kelas keesokkanye.

3) Pemilihan lagu perlu disusun dangan cantik, seperti lagu rock kemudian slow rock, kemudian slow lagi, then nasyid yang slow, and then kembali rock balik. Perlu diselang-selikan agar pengidap penyakit semput dan lelah dapat rest untuk seketika.


Kusyuk memilih lagu dan kadang-kadang agak keliru mahu mendendangkan lagu Aku Stacy atau Kumpulan M. Munawwarah, Pelajar Mulia Negara Maju.
Sumpah weh. Kumpulan tu memang wujud. Nah klik sini aku dah tulung google kan. haha



4) Anda di benarkan menyonteng kertas recipe or soalan survey ke or watever la yang di berikan oleh pelayan dengan ayat-ayat yang sopan seperti "Penipu, kate skali masuk RM30, tub2 RM129.65 seng nie kena bayar. Ape cer wehh"..."weh, toilet ko kotor la". "weh nape mahal sangat, aku student la" "Alhamdulillah..ada surau di sini".. "Eh, ada playground untuk kanak-kanak bermain?" ... "Jadual berbuka puasa pun ada? bagus" .... haha. Sangat melampau penipuan itu

5) Amalkan sikap saling bantu-membantu rakan-rakan ketika dalam kesusahan. Contoh kesusahan : Apabila sahabat hanya mempunyai RM50 sahaja tetapi bayaran untuk 3 jam melalak adalah RM129.65 seng. Belajar lah mentong-tong. Seperti RM129.65 dibahagi 7. So bayarlah sorang RM10. Adil kan.

6) Duduk lah dengan penuh kesopanan dan kesusilaan, walaupun keadaan bilik tersebut adalah gelap gulita dan tidak dapat dilihat oleh orang yang lalu lalang.


Maaf, wajah-wajah mereka yang kurang sopan perlu dikaburkan bagi tidak di cam oleh keluarga dan sedara mara mereka.




Dont's

1) Sila jangan membaca lirik-lirik lagu seperti sedang membaca buku cerita arnab dan kura-kura, sebaliknya alunkan dengan lenggok yang betul.

2) Dilarang mentertawakan sambil terguling-guling dan keluar air mata kepada rakan-rakan yang bersuara hodoh ketika menyanyi. Sebaliknya pujilah rakan-rakan anda yang kurang berbakat supaya mereka akan merasa lebih disayangi dan dihargai. Aikkk..bukan ke isi same je dengan Do's yang no 2 di atas. Lantak. hahaha.


2) Dilarang berdiri di atas kerusi sambil telompat-telompat keriangan seperti sedang menyambut kepulangan ayah dari kerja "ayah dah balek, yeye, ayah da balik". No no no no....


Maaf lagi. Wajah mereka yang bersalah tidak dapat di pratontonkan


3) Jangan terlalu menghayati lirik-lirik lagu ketika sedang menyanyi kerna bimbang akan meraung dengan kuat kerna terkenang Ex-boyfriend. Dinasihatkan untuk bejoget lambak ketika sedang melalak lagu "Kenangan Terindah"



4) Jangan..mmm.. jangan... sila jangan.. hahaha.. dah tak tahu mahu mengkerepekkan apa lagi. Jangan pergi la senang. Buang duit je. Tapi kalo ada orang belanja JANGAN TAK PERGI. Rugi.



Letih weh aku pk. Sesi pembelajaran ilmu yang sangat ilmiah berahir di sini sahaja. Ahir kata dari saya, "Pondan-pondan ku sekalian, kita hanya layak untuk berkaraokay jamban je. No more teruntum or sinaran lagi" Sekian.




PdanS: Beta mahu ke kebun kawan kepada saing kawan saye pada hari sabtu ini.Sangat jauh ye relation itu. Tapi lantak laa. Janji aku dapat menikmati keindahan buah-buahan tempatan. wow. Durian! Manggis! Langsat!Duku! Petai!Epel!aikkk..

Thursday, July 23, 2009

Tahniah atas kejayaan anda!

Sukacita dimaklumkan, permohonan bagi jawatan Pegawai Bibik (Gred74) telah di keluarkan. Sila semak wajah masing-masing di Belog perempuan merah. Sekian. Eh ada lagi. Segala rayuan tidak akan dilayan tapi rayuan beserta duit dan jugak sebijik LV akan di pertimbangkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tahniah bagi yang berjaya. Bagi yang beragama islam anda digalakkan membuat sujud syukur beserta majlis cukur jambul. Dan bagi menambahkan kegalakkan anda sila tonton filem arahan A Galak.



Nama : Siti Nurhaliza Binti Mawi Ikin
Usia : Belum monopaus
Kawasan Posting : Bilik perempuan Merah




Nama : Juhi chaula Binti Amer Khan
Usia : Dan nak dekat monopaus
Kawasan Posting : Bilik perempuan Merah





Nama : Britney Spear Binti Rabbani
Usia : Baru pandai merangkak
Kawasan Posting : Bilik perempuan Merah



Nama : Haliza misbun Binti Jamal Malik
Usia : Baru je akil baligh
Kawasan Posting : Bilik perempuan Merah



Sila lapor diri sebelum hari jadi saya bertempat di bilik karok Teruntum. Sekian.



PdanS:Anda runsing memikirkan gambar pasport yang belum di tangkap? Tetapi tarikh menghantar resume sudah dekat? Ingin ke kedai gambar tetapi jauh? Mahu mengambil gambar tetapi sangat kedekut? Ingin mengambil gambar tetapi mahu menunggu jerawat kecut dulu? Senang saja. Dengan sibijik camera berjenama Olympus dan sekeping software bernama Photo Editor, semua ini bakal merialisasikan impian anda! Bukan sahaja jerawat dapat di hilangkan, malah kulet yang menggerutu seperti kulit biawak dapat di smooth kan dengan software ini. Kulet anda berasa lebih anjal dan terasa seperti baru lepas bersalin. Bersalin kulet ye bukan bersalin yang keluar sebijik baby.

Wednesday, July 22, 2009

Mari belajar bahasa Arab. Eh. Silap. Klate

Aku jupe semua nie lam ishu hangat. Macam menarik tertarik kau memang deBom je. hehe.



Kali Arung - Sekaligus
(eleh.. tawu dohhh)


Air Geh - Air Berkabonat (yang nie pom tawu dah jugops..abe kobe sokmo sebot "aku dok minum air geh coke nie ")


Jauh Sapok - Teramatlah Jauhnya (mmmm..Penyakit sopak tahu la)


Panah Terik - Panas Yang Teramat Sangat (hok nie pong jugok. tahi dohhhh)


Comel Lote - Comel Yang Amat (elehh.. hok nie mc sya slalu kecek ke aku "Muna mu nie Comel Lote la"..heheh.. malu i)


Sejuk Ketta - Sejuk Yg Sangat? (ishkk.. hok nie dah tawu laa)


Ite Lettung - Tersangatlah Hitamnya (hok nie pong samo gops.. mc naa sokmo2 kecek ke gewem dio. Gewen dio ite Lettung ke??)


Punoh Jahne - Rosak (elehhhhhhh... sangat tahu.)


Gura Bewok - Gurauan Yang Menyebabkn Pergaduhan (hok nie pon.Tak tahu.hehe)


Taik Aye MUNA - Tahi Ayam Yang Masih Hangat (woww.. sumpah tak tahu weh.. haha.. kenapa mesti Taik Aye Muna. Bukan Taik Aye Zaina Zin ke?. Taik Aye Jordin Sparks ke?. Memang sangat bertuah lah bagi sesiapa yang memiliki nama muna itu. hahaha. Lagi satu. Mari kita terjemah satu persatu. Taik= tahi. ok. Aye = Ayam bukan aya. ok jugak. MUNA = yang masih hangat ataupun kot omputehnye HOT laa.. woww.. Ya ampun. Bertuahnye si Muna itu. Dah la hot, Solehah plak tu.hahaha. Masih tidak boleh menerima kenyataan lagi. Sangat jeles kepada pemilik nama itu. Kalau lah nama aku muna kan best. hahah. Eh bukan ke nama aku muna???


Kona Lepe - Corner Lipat (ekkk?)


Kelecak - Terpelanting (ekkkk)


Nakuk Paik - Penakut Yang Amat Tinggi (tawu dohh.. Mc Na slalu kecek ke Mc Sya )


Lonjong - Tinggi Sangat (Pak lonjong adalah jodoh pilihan sahabat ku)


Tinggi Nya - Yuk Sama Macam Di Atas


Masing Pekkok - Teramat Masin (Bila terlalu masin boleh jadi pekak ekk?)





PdanS: Keterlebihan Berkaraokay tidak menjadikan suara aku hilang atau pun bisu terus pada esok hari nya, Sebaliknya aktiviti itu membuatkan pinggang aku seperti sudah tercabut dan badanku lemah seperti baru lepas bersalin. Dan kesan-kesan sampingan dari semua kejadian diatas aku terpaksa mengorbankan 2 kelas secara tidak sengaja. Sekian. -Sumber dari Bernama

Tuesday, July 21, 2009

Keperitan hidup.

Bagus. Internet di blok aku sudah tidak menunjukkan lagi akan kebodohan beliau. Sebaliknya menjadi semakin bijak.

Aku tumpang gembira. Eh tak. TAk payah nak tumpang-tumpang.Aku memang sangat gumbira dan sedang melompat dan berguling2 keriangan. Sekejap lagi bakal di raikan dengan sedikit majilis karaokey di Teruntum. Bukan ke sepatutnya majlis kesyukuran ke?? huhu


Aku akan sentiasa berdoa agar ia(INTERNET YER.Bukan sedara-mara kamu)akan semakin menjadi si bijak pandai dan cerdik.Semoga selepas ini beliau tidak lagi menunjukkan sifat keKURANGHAJARkan beliau dengan tidak menaburkan service beliau selama 5 hari sehinggakan aku menjadi mati kutu( Penat i bela tau kutu2 i nie. Tub2 mati) Dan jugak berharap agar beliau(INTERNET YER.Bukan sedara-mara kamu) dapat menjadi insan yang soleh dan solehah. Amin


Memang perit hidup tanpa internet di sisi. Seolah-olah kamu sedang lemas dalam sup ekor. Kenapa meti sup ekor?. ok. Sebab kalau lemas dalam sup ekor tak de la perit sangat. Boleh menyelam sambil minum sup ekor. woww.. nikmat dunia weh.. ok. tersasar.


Aku fikirkan aku bakal mati tanpa internet di sisi. Rupanya semuanya itu adalah kurafat semata-mata. Aku masih lagi bernyawa dan sedang laju menaip keyboard dan jugak sebentar lagi bakal melalak di bilik karaokey.wow. Sangat keterujaan. Dan terasa perlu menamatkan penulisan ini lantas segera menyarungkan baju kecik lagi sendat. Ehh. Jangan lagi. Sarungkan kain telekong dulu dan berdoa kepada tuhan agar suara yang persis malik nor(sejak bile dia jadi penyanyi haa?)akan bertukar menjadi beyonce ataupun vokelis kumpulan Al-Jawahir. Sekian.



Gambar sekadar hiasan


Eh..Tapi tak la behias sangat.
Ada benda yang nak di story mory kan.
Wait n see je lahh yee.
hehe




PdanS: Bakal membuat blog Marathon sebab dah lama tak update. hahaha.

Monday, July 6, 2009

Gosip Yuna dan Irwanshah

Mari mari mari

Dekat kan diri anda dengan screen

Cepat. Cepat

Aku ada gosip panas nie

Lebih panas dari mee kari dekat Caltex ataupun hot plate kat Giant

Gosip bess nie gua nak cakap

Lugi lu tak pasang tinga luas-luas

Lu pegi kolek itu taek talinga dulu maaa

Kasi itu talinga besey-besey

Letak itu klolok 2,3 butuiii

Bagi hancuss itu ketul-ketul kala brown

Balu lu bukak ini page balekk

Balu lu boley denga ini gusipp maaa

Talinga luu pun clean n clear

Ok.ok. Gusip

Gua cakap pasal gusip balek laa

Jangan kasi tau olang lain

Ini lasia kita 2

Idup dan mati

Gua cita sama lu sa-olang saja

Luu the 1st n lastt maaa

Janji janji

Jangan kasi pecah ini gusip

Ishk

Gua susaa arr mau caya sama luu

Nanti lu seba sama itu abg lambot ketat-ketat lalam melodi

Susa gua

Itu abg lambot ketak-ketak terjah guaa

hadoiiii

Gue talak suka masok melodi

Penus dengan krontrobesi

Kalo itu lancangan 360 gue suka laa

Gue boley jupa sama itu mazidul

Boley main itu orang punya pelok

Hik hik suka suka

Ok.ok. Gusip kembali.

Ini gusip kita-kita

Talak cita sama itu olang lambot ketak-ketak tauuu

Janji tauu

Ok.

Kalo luu tipu sama gua luu bedosaaa ooo

Nanti tuhan gua malah sama luu

Dia kasi itu mata luu labun 2 bulan

Lepas itu 2 bulan telus butaaa

Tak bules baca ini belog

Nak usha amoi chantek pun taklak buless

Ok. Kembali kepada gusip lagi.

Gua betui betui punya serius

Gua mau cakap dah itu gusip

Luu jangan pagi mana-mana

Duduk diam-diam

Semenanyaa

Semenanyaa

"Gua da beli tiket balek ke kedah pada esok malam"

T_____________T


GUSIP LIAR APAKAH INI????



PdanS: Untuk tidak mengeciwa mana-mana pihak yang membaca intri ini dengan bermotifkan mahu mengetahuwi gosip Yuna dan Irwanshah. Aku akan cuba untuk mencungkil beberapa gusip mengenai mereka berdua. Ok. Dah dapat. Sangat laju kan?.

Gosip pertama. Yuna sedang belajar di UTM. Gosip kedua. Beliau berasal dari Kuantan. Gusip ketiga. Gaya tudung yang di polularkan oleh menjadi ikutan mudi mudi sekaran. Siap.

Gosip Irwanshah. Beliau adalah pelakon cerita upik dan laura. Sekian. Sori sangat cetek ilmu mengenai gusip irwanshah. Eh ada satu lagi gusip. Tapi sangat dah lapuk dek zaman dah la. Beliau sudah memutuskan hubungan dengan Acha. Sekian


PdanS: Aku mahu pulang. Semoga mulut Memo sangat masin kerana pandai menaburkan kabar-kabar indah bahawa PTPTN akan muncul esok. Semoga dan semoga lagi.

Mari menjawab soalan teka teki teka tekok

Jom main teka teki.

Kompen kamu-kamu semua mati pucuk eh silap mati akal nak jawab.

Serius.

Sangat susah dan mencabar minda.






TEKA TEKI PERTAMA


jeng jeng jenggggggg...

bedebar tak?

bedebar??

Serius susah weh.

Lebih susah dari menghafal sifir 986.

ok.

Soalannya......



Di manakah saya sepanjang 2 minggu yang lalu?

JAWABAN: Di AmirChalet, lumut, Perak.




KEDUA

Berbuat apakah saya si sana?

JAWABAN: Mengukur jalan raya menggunakan alat yang berteknologi seperti Theodolite. Sila gunakan encik Google untuk lebih penghayatan.




KETIGA

Apakah yang saya dapat sewaktu mengukur jalan?

JAWABAN: Mesti la panjang jalan. 704.2 meter.

JAWABAN LAIN: Melihat pasangan gay yang sedang berasamara dana. Eeee geli ketiak aku tengok. Taip-tiap hari melayan drama-drama mereka je.

JAWABAN LAIN LAGI : Dapat mengenal pasti najis orang dengan najis anjing liar. Ya, 2 najis itu sangat berbeda ya.



KEEMPAT

Apakah perassan saya ketika berada di sana??

JAWABAN: owh. berperasaan suka secara begitu banyak sekali. Tetapi perasaan mahu pulang lebih tinggi mengatasi perasaan suka itu.



KELIMA

Saya di jangkiti apa-apa virus?

JAWABAN: YA. Setelah menikmati ayam bahagian bontot setiap hari dan menghidu bau jamban pada setiap pagi dan malam hari kerana lantai kayu ada lubang-lubang sehingga boleh skodeng toilet bawah. Tapi aku bukan yang jenis suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Terskodeng sikit-sikit ada laa.. hik hik. Tak lupa juga menghirup air berperisa lalat setiap kali bersantap. Memang sangat tidak normal. Sebab tu boleh deman bercampur selesama dan batuk-batuk kahak yang tak berape nak ijau sangat.



KEENAM

Saya masih suci atau tak?

JAWABAN: Tak pasti. Lalat-lalat sering berkeliaran di atas tubuh waktu aku tidor. Baik siang atau malam hari. Aduss. Adekah ia akan membawa kepada kehamilan. Owh tidak. Apa yang harus aku jawab pada 2 orang tua ku nanti??. Siapa yang harus di pertanggung jawab kan??. Comel kah anak aku nanti? Bagaimana paras rupanya? Persi aku yang jelita ini??....ok. Stop.. Bukan kah kamu baru sahaja ber-ABC(Allah bagi cuti)..ok.Settel.




KETUJUH

Adakah tona warna kulit saya telah berubah 6 tonna lebih GELAP bukan cerah?

JAWABAN: Tidak pasti jugak. Kena pergi ke Watson dulu. Lepas tu curik yang Garnie punya. Baru boleh bagi jawaban.




KELAPAN

Apakah aktivi masa lapang sewaktu berada di sana?

JAWABAN: Mengasah lidah dengan bergosip. Menambah dosa yang tak berapa banyak nie dengan mengumpat. Memperbaiki mutu vokal yang sudah sedia mantob di bilik karok. Berkenalan dengan lalat dan keluarga lalat dan rakan-rakan lalat. Mengukur paras air laut yang sedang pasang.




KESEMBILAN

Apakah aktiviti pada masa yang tidak lapang?

JAWABAN: Sama seperti jawaban soalan 8. Sila rujuk kembali. Ye la. ape lagi yang boleh buat. Internet x dop. Tibi tak boleh tengok. Nak keluar pergi becanda kenderaan pulak tak de. SEDIKIT IKLAN. wehh.. aku dah termiss ghost 3 epidos. ples. Sapa yang ada tolong send. Kemaruk dah nie nak tengok wajah ZA walopon kompem-kompen muka dia dah tak de sebab dah mati. Tapi masih mahu menanti. haha.



KESEPULUH


OK. nie betul.betul soalan teka teki. Aku tak tipu dah.

Benda apa yang kecik-kecik hitam, besar putisss????

Sapa tahu tak payah jawab. syohh.syohh. G main jauh-jauh. Pergi jawab soalan test 1 Foundation nuhh..

Nie soalan untuk yang tak tahu je.






JAWABAN: Allahyarham Mikail A.K.A Michel Jakson.





PdanS: Wajah-wajah bahagia ketika disana tidak dapat di siarkan buat sementara waktu ini. Tiada sumber-sumber yang boleh di guna pakai lagi. Siapa dah siap transfer sila miss call aku. Cehh.. Ape barang miss call. Call terus laa.. Kan PTPTN nak masok esok. JBA eh JPA kan dah masuk hari nie. Nie yang terasa nak terbang ke Negeri Kedah Di bawah bayu nie. Ishk ishk ishk. Mengucap-mengucap. Ingat kelas. Ingat kelas yang sari ada 2 jee dan kadang-kadang 1. hari rabu tak de langsung. haha. bangga siot. Saje nak menjeleskan orang ramai. Boleh kan kalau nak menghalalkan saja kelas-kelas itu demi untuk menatap wajah bunda yang dah dekat sebulan tak tengok face 2 face. Tapi sebenarnye nak tengok KCM. hik hik.