❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 31, 2009

Rutin Harian tidak sama dengan Berita Harian

Siang tadi mengantuk tahap dewa dewi

Balik dari kelas jam 4.45 petang letak beg terus menuju ke katel

Lalu gedebangg jatuh ke katel!!

Supa nagka buruk yang berulat luruh

Lepas tu baru teringat tudung masih di kepala

Terus cabut dalam keadaan bebaring

Letak tudung sebelah

Ambil henset kunci jam 5.00 PM

Pesan kat rumet kejut

Nak tido 15 minet SAHAJA

Dengan mudah sekali tetido tak sampai 2 minit

Sebelum tu bekhayal

Kalau la malaikat ambik nyawa aku tengah-tengah tido nie.

Ishk. Habih.Habih.Habih.Habih...................Tetidooooo.

Kemudiah lepas 15 minit terjaga.

Amek henset tutup bunyi jam yang memekak itu.

Sambung tidor kembali.

Tidur dan tidur dan tidur dan tidur

Kemudian terjaga

Tengok jam 7 PM

Aku belum sembahyang

Terus bangun dalam keadaan mamai-mamai

Solat lepas tu check penster, baca blog kejap

Mmmmmm. Terasa mengantuk lagi

Ok. Tak pe lah tidor la kejap.

Pesan kat rumet lagi, Kejut 7.30 PM

Lalu dengan rakusnya terus tidor.

Tidor. Tidur. Tidor. Tidur lagi dan lagi.

Jam 8.05 PM tejaga.

Seperti biasa belum sembahyang

Solat dalam keadaan separa sedar.

Tapi masih ingat Magrib 3 rakaat.

Kemudian berbelog.

Inilah kehidupan aku yang simple

Penuh dengan perasaan mengatuk yang melampau.




PdanS : Jahat sangat ke aku sampai kena mimpi orang nak bunuh. Apa salah aku? Bagi la aku betaubat dulu.

Sunday, March 29, 2009

Jom Heboh bersama artis !


HARI PERTAMA !!!

Pergi bersama-sama teman tercinta


Mula-mula sampai. Sangat jakun.
Terutama bakal isteri kpd Abg Sal yang 1st time ke Jom Heboh
Semua benda yang ada tulis jom heboh, semuanye nak amek gamboo.







Ouchhh... Kenapa laki orang ini sangat cantek !



Berpelukkan dengan Abby. Ouchh!!
Sangat bahek la Abby nie.



Konsert yang menyebabkan telinga aku pekak sebelah.


HARI KEDUA !!!!

Pergi besama-sama lumet tesayang !


Da ngandung 5 bln tuh!!!



Zura sangat comel!
Tapi aku ngampah tengok muka aku yang senyum tak ikelas langsung tuh



Beliau ini pun sangat hensengg kan!
Aku suka tudung dia yang kacak itu!







Sape nak amek gamba dengan dia kena derma RM5
Tapi aku malas nak derma. Klo derma pun tak ikelas.
Sebab nak amek gamba ng wanita ini jee.. huhu.
Lagi pun x de duwet kecik. Besau-besau semu.
Baju wanita ini macam bestt kan.



Bedebah punya DJ. Announce ada KRU kat booth nie.
Aku punya la berlari-lari anak menuju ke booth.
Rupa-rupa nya ada makhluk ni jee.



Saje nak suruh tengok drumstick fafau.
Cam ne? Persis tak yang dalam ikelan Slim World?
hahaha.



Weh nampak tak wajah aku dalam Melodi semalam??
hahaha.



Malas dah nak tulih caption.
Paham-paham sendiri r.










Rumet





Muka pun da bekilau-kilauan supo belian kat tudung bawal zirah



Nak balik. Sume dah jadi serabut serabai.


Letih sangat last-last tetido.
Tarak guna punya rumet.
Sempat lg amek gambo aku tido.




TAMAT!!

Saturday, March 28, 2009

Kerana Jom Heboh

Kerana Jom Heboh

Aku dapat ambil gambar dengan Abby Abadi sambil di peluk oleh beliau

Kerana Jom Heboh

Aku dapat jumpe Que Haidar yang menjadikan aku "Im Melting"

Kerana Jom Heboh

Aku baru tau OneNationMC tu dari program realiti tb "gengstar"

Kerana Jom Heboh

Aku rasa seperti berada di Bandung(mat2 dan minah Indon sangat bnyk weh)

Kerana Jom Heboh

Aku punya duit melayang

Kerana Jom Heboh

Telinga aku telah pekak sebelah (Kuat siot speaker dia)

Kerana Jom Heboh

Aku nampak pengerusi Perkasa sedang berasmara dengan awek dia.hahaha

Kerana Jom Heboh

Aku jumpa ramai orang yang sangat pelikssss

Kerana Jom Heboh

Aku makan Sup tulang 2 hari berturut-turut

Kerana Jom Heboh

Aku rasa aku akan pergi lagi sekali esok

Kerana Jom Heboh

Kaki aku rasa nak tecabut

Kerana Jom Heboh

Badan aku dah jadi lemah

Kerana Jom Heboh

Aku jadi malas nak mandi.

Nak tido trus bley!!

Friday, March 27, 2009

Kesimpulan untuk hari ini.

"Keputusan yang tepat datang dari akal dan bukan perasaan"

"Sayangi diri sendiri sebelum menyayangi sesiapa pun"


"Janganlah buta dalam menilai kaca dan permata"

"Untuk bahagia, hidup perlukan pengorbanan"

"Jadikan kesilapan sebagai pengajaran"

"Hargai apa yang ada di sekeliling"

Sekian Terima Kasih

Thursday, March 26, 2009

Jangan Contohi Aku !!

"Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian"

Banyak nye masa yang aku bazir kan

Aku hanya tahu tidur, tidur dan kemudian tidur lagi

Tak tahu la apa nak jadi




“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”.

Dalam-dalam duit tinggal sekangkang semut nie,

Sempat lagi aku beli lipstick, ear phone, makan makanan mewah, bejalan sana sini,

Bukannya nak cuba bejimat,

Tak tahu la apa nak jadi

Wednesday, March 25, 2009

Kamu perlu tahu !!

Kamu tahu....

Saya single.

Saya tak punya pakwe untuk nak rindu-rindu di kala baru sejam tak jumpe

Saya tak punya pakwe untuk nak begaduh-begaduh sebab tulis status single dalam friendster

Saya tak punya pakwe untuk nak merajuk-merajuk sebab lupa nak bagi tahu nak pegi toilet nak u'uk.

Saya tak punya pakwe untuk di ajak keluar di kala jom heboh datang ke kuantan

Saya tak punya pakwe untuk di ajak teman ke mcd bila ngidam Mc Chiken

Saya tak punya pakwe untuk di ajak ke Cherating bila tetiba badan dahagakan ayer laut masin

Saya tak punya pakwe untuk di ajak ke Genting untuk bersuka ria

Saya tak punya pakwe untuk pimpim-pimpin tangan pelok-pelok sewaktu jalan di Teluk Cempedak

Saya tak punya pakwe untuk bejalan besama-sama setelah pulang dari kelas

Saya tak punya pakwe untuk beborak sampai enset mapuh sebab bateri habis

Saya tak punya pakwe untuk nak bermsg setiap masa sambil tersenyum golek-golek atas katel

Saya tak punya pakwe untuk teman saya makan

Saya tak punya pakwe untuk nak mintak hadiah tedy bear siaz A2

Saya tak punya pakwe untuk nak mintak jeans padini

Saya tak punya pakwe untuk mintak di belanja itu ini

Saya tak punya pakwe untuk cerita hari nie makan apa, pakai paju kale apa, tudung slepang atau belit

Saya tak punya pakwe untuk memuji saya cantek dengan memakai ini dan itu

Saya tak punya pakwe untuk skype, chating sampai tertidur depan lap tup

saya tak punya pakwe untuk dibanggakan kerana kekayaan dan kehenseman dia

Saya tak punya pakwe untuk menunjukkan kepada orang ramai yang saya nie masih laku

Saya tak punya pakwe untuk tetiba nak baling handphone ke lantai sampai penutup belakang pecah

Saya tak punya pakwe untuk nak kena marah sebab ambil gambar dengan pak cik kafe dekat-dekat

saya tak punya pakwe untuk saya jeles-jeles sebab ada bapuk tegur dan mintak no phone dia

Saya tak punya pakwe untuk saya menangis sampai nak telan racun tikus bila begaduh

saya tak punya pakwe untuk saya tension-tension sebab dia marah saya cakap dengan pak guard

Saya tak punya pakwe untuk membenarkan wajah saya di lempang sesuka hati

Saya tak punya pakwe untuk membenarkan kelapa saya di tolak sana sini

Saya tak punya pakwe untuk saya terasa rimasnya hidup, semua perlu di report

Saya tak punya pakwe untuk saya setadi bersama-sama di kafe tempat yang bising,(boley ke stady tempat gitu)




Tapi saya sangat bahagia dengan hidup saya sekarang



Sebab saya ada teman yang setia untuk menemani saya ke McD

Sebab saya ada teman yang paham bila saya dahaga kan nasi kerabu di Kemira

Sebab saya ada teman yang tahu apa yang saya suka dan apa yang saya benci

Sebab saya ada teman yang akan bawa saya besukaria di Balok dan Pancing

Sebab saya ada teman yang baik boleh di pau sepanjang masa

Sebab saya ada teman yang redha je bila saya nak peluk cium diorang tanpa perlu fikirkan eh bedosa tak?

Sebab saya ada teman yang boleh saya manja-manja sembil gedix-gedix

Sebab saya ada teman yang boleh saya pinjam bahu bila terasa nak menangis

Sebab saya ada teman yang boleh dengar semua masalah hidup saya

sabab saya ada teman yang boleh bawa saya ke ECM manaiki Iswara tak payah bayar sewa, bubuh minyak dan banje McD je

Sebab saya ada teman yang boleh di ajak bejalan-jalan dikala saya kebusanan

Sebab saya ada teman yang akan setadi bersama-sama saya sambil berangan nak sambung Master tapi buku malas nak baca

Sebab saya ada teman yang akan melayan Msg-Msg saya sebelum tidor

Sebab saya ada teman yang akan masak megi bila saya cakap lapar laa

Sebab saya ada teman yang akan belikan saya tedy bear sehingga penuh katel dan konpius nak peluk yang mana satu

Sebab saya ada teman yang akan hadiahkan saya beg carlio rino di hari jadi saya

Sebab saya ada teman yang akan hadiahkan saya jeas levis ada tulisan LS

Sebab saya ada teman yang akan hadiahkan saya sebijik crocs (On da kan kurap)

Sebab saya ada teman yang akan berjalan dengan saya setelah balik dari kelas dengan tersangat bahagia

Sebab saya ada teman yang akan call dan begayut dengan saya sampai lenguh pipi sebab gelak

Sebab saya ada teman yang mulut gila lezer tapi saya sikit pun tak penah nak terasa

Sebab saya ada teman yang tak kesah saya nak marah2 tengking2 mereka (ye ke)

Sebab saya ada teman yang masih sayangkan saya walaupun muka saya tak berapa nak menawan sangat

Sebab saya ada teman yang sangat best

Sebab saya ada teman yang sentiasa menemani saya semasa makan

Sebab saya ada teman yang boleh buat saya gelak sampai menangis-menangis

Sebab saya ada teman yang boleh perbetulkan kesilapan saya

Sebab saya ada teman yang boleh di ajak beborak sambil guling-guling atas katel, beralih ke lantai kemudian ke katel pula


Kerana sebab-sebab inilah

Saya tak rasa saya perlukan seorang pakwe

Teman-teman saya telah menyempurnakan semua-semua yang saya tak punya

Dan sekarang saya hanya perlukan seorang suami untuk melengkapkan hidup dan agama saya!












PdanS: Kamu semua teman-teman aku walaupun muka kamu tiada dalam gambar-gambar di atas. Sowi. Nanti kita ambil gambar banyak-banyak lagi yee. huhuhu.

Tuesday, March 24, 2009

Masalah anda Masalah kami juga

Kenapa manusia perlu benci biji-biji merah bernanah, bernasik dan berdarah yang tumbuh di muka haaa?? Jerawat la tu.. baru bekias-kias sket da x paham kew?hadoiiiiyaiii

Tak ada ke manusia yang apabila di tumbuhi jerawat, ya ampun gembiranya, terasa seperti mahu di beritakan saja wajah nya yang baru ditumbuhi jerawat itu di kaca tibi CNN, Al Jazera, Tongkaisat, Wotailok, Metro, BHarian, Majalah sekolah??(Perlu ke)


Ada ke yang macam tu?Kalau jumpa suruh di contact public phone tepi rumah aku yer.

Rasa-rasa ada tak manusia yang tak ada jerawat, tetapi setiap malam setiap waktu sesudah sembahyang, sentiasa berdoa kepada tuhan supaya di anugerahkan masalah itu kepadanya dengan harapan dia dapat menikmati kuasa ciptaan tuhan itu.

Owh bagusnya. Calon-calon adik angkat saya tu.

Tapi yang selalunya dan sangat banyak la, manusia-manusia yang baru ada sebijik jerawat, dah bising satu blok, klo kena aids ke denggi ke deman kepialu ke aku tak kesah la. Nie naik sebijik pun hadoiiiiiii... fenim fenim. Tolong la bersyukur sekurang-kurang nya bukan kudis buta yang naik di muka kamu!

Aku nie naik berbiji-biji sampai tak larat letih nak kira, tak bising pun. Ye ke tak bising. riuh rendah je..huhu. Jika anda rumet saya anda tahu saya bising atau tidak. hehehe.




Beliau sangat cun kan.
Nak kulet yang halus mulus begini.
Bibir jugak.
hhidung pun.
erm. sume skali laa senang




PdanS: Kakak saya cakap kalau tak nak jerawat naik dah, kewen la cepat, nanti hilang la. Cammane niee kena kawen ke? alaa. kumpius nye, mmmm nak kawen ke tak, ke nak kawen, ke tak, mmmm, tak pe lah, kawen pun kawen la. huhu. MAK NAK KAWEN!

Mencari Pengertian

Aku tidak mengerti

Kenapa setiap kali aku cuba untuk menulis apa-apa entri dalam belog ini

Kemudian ini yang timbul

OBJECTIVE OF BUS INFORMATION SYSTEM

PROBLEM STATEMENT

CASE STUDY

METHODOLOGY

hadoiiii..

kamu paham tak apa yang aku tidak mengerti itu?

barangkali, semua ini kerana tempias Final Year Project aku!!!

Tidor pun temimpi-mimpi, Makan pun tebayang-banyang

Teman!!!!!

Hati aku sudah tidak keruan

Debaran terasa

Getaran melanda

Keserabutan bermula

Inilah hidup aku sekarang!






PdanS: Aku pesent sabtu nie! Doakan aku ye, semuga tidak tekeluar ayat-ayat keling hindu tamil nadhu. Semoga bules menjawab soalan-soalan yang dilontarkan dangan lancar dan konfidentnya walopon aku sedang menipu. Semoga panel tidak la sekejam pembunuh Adik Nurin..... Eeeee tak sabonye nak bepoya-poya ke Jom heboh ahad nie. Kita jumpa di booth Jejak Rasul yer!!! owh ok. tukar Al-Kuliyah yer.

Monday, March 23, 2009

168jam

Dah hamper 168jam aku tidak mengepost apa-apa post.

Banyak benda yang terjadi selama 168jam ini.

168jam?mmmmm..

Sepanjang 168jam aku telah dipeluks cium oleh mereka2 yang aku sayang

Sepanjang 168jam aku telah dihiburkan dengan lagu kanak-kanak tadika kemas

Sepanjang 168jam aku telah melihat orang kawin dan sekarang tergedix nak kawen

Sepanjang 168jam aku telah tahu kalau nak ke senawang jumpa seremban dulu

Sepanjang 168jam aku telah tahu kalau nak ke taman alamanda, straight je jalan lepas keluar tol senawang.

Sepanjang 168 jam aku telah melihat sebijik kereta singapore menggunakan sticker gambar pompuan dan laki tengah tutttt di tampal di cermin belakang. Eeeee

Sepanjang 168jam aku telah tahu metro kajang tiada menjual keronsang 8 sepuluh ringgit

Sepanjang 168jam aku telah tertidur dalam komuter sambil meriba anak buah aku yang terlena jugak. Ouch sweet kan..hahah

Sepanjang 168jam aku rasa aku dah tengok cerita doremon the movie 3 kali

Sepanjang 168jam aku rasa aku dah pandai menyayikan lagu wonder pet.

Ayuhhhh... mari menyanyi dan menari bersama-sama tapi tak payah la telompat tegedix-gedix sambil tetongeng-tongeng. Aku tak suruh pun .ok. 1....2.......3......


Telefon! telefon berbunyi!
Telefon! telefon berbunyi
Ada haiwan dalam bahaya…
Ada haiwan dalam bahaya disana…

Wonder pets! wonder pets! kami datang
Membantu (anak haiwan) yang kesusahan
kami tak besar dan kami tak kuat
tapi bila bekerjasama semua jadi mudah…
Yayyyyy…wonder pets

Apa yang penting! kerjasama…
Apa yang penting!kerjasama…
semua jadi mudah
yayyyy wonder pets..yayyyyy wonder pets!!


PdanS: Aku rasa macam nak suggest je kat Dekan untuk mewajibkan pelajar menyanyikan lagu ini sebelum kelas RC Design bermula. Ini penting bagi menambahkan semangat bekerjasama sewaktu sedang mendesign shopping kompleks 4 tingkat itu. Tak perlulah tekinja-kinja lagi untuk curi tengok markah group di atas meja hadapan sewaktu dekan keluar sebentar untuk tekucil. haha. Selapas ini pasti markah group Hijau Consultan ACTIVE!!ACTIVE!! dan HYPER ACTIVE!! 10 markah extra akan di berikan kepada pelajar yang hafal lagu berkenaan dan memakai kostium kura-kura, itik cumel, dan tupai sewaktu datang ke kelas itu. Jangan mengada nak pakai kostium binatang kaler pink hidung tepenyekss atau kalau nak rasa badan diterjah ules meja XDK4 sila la pakai,ok.

Tuesday, March 17, 2009

Mencari atau Menjadi

sedikit perkongsian buat diri sendiri dan juga sahabat-sahabat....



Jika mahu mendapatkan yang soleh,
kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh,
tetapi berusahalah menJADI yang solehah.

Jika inginkan yang solehah,
janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah,
tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah,
solehahnya dia belum tentu kekal.
Bertemu yang soleh,
solehnya boleh berubah…
kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI,
Maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan.
Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’
Walaupun mungkin tidak 100% mengenalinya.
Apa yang nak dibimbangkan,
Kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENCARI,
bukan MENJADI...




PdanS: Nak tamak buless. Nak jadi sambil cari!!

Pesanan Untuk Orang Cantik

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!


Sumber dari SINI



PdanS: Terdiam dan terfikir sejenak. Alangkah indahnya jika yang cantik itu tahu menggunakan kecantikannya ke jalan yang betul, dan yang buruk itu sentiasa bersyukur atas kurniaan Tuhan kepadanya. Aku? Yang buruk yang tidak akan lagi mengeluh tentang keburukkannya.

Dosa yang Lebih HEBAT dari ZINA

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata,

"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s terkejut.
"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita,
"Saya ......telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... Cekik lehernya sampai......tewas", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut.

"Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?

Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,

"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya?

Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat.

"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina Dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
" Ada !" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Dasyatnya azab neraka.

Demikianlah kisah Nabi Musa Dan wanita pezina Dan dua hadist Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi Kita Dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqamah.Insyallah.

Dari SINI



PdanS: Ya Allah, semoga lepas nie tiada lagi subuh gajah, tiada lagi "Takpe, nak buat keje kejap, isyak kan panjang", tiada lagi "Nak tido kejap je, kejappp 5 minit je, jap lagi mayang la", tiada lagi "lambat-lambat sikit la magrib, bleh sekali dengan isyak", tiada lagi semua-semua itu !!!...

Sunday, March 15, 2009

Konflik Kendiri

Nak update blog.

Tapi tak tahu apa yang perlu di tulis.

Masalah ke tu?


Konfius

Nak balik rumah kakak dengan mengorbankan RM40?

Atau nak duduk bilik je boleh tidur 24 jam tanpa henti?

Masalah ke tu?


Sakit perut

Rasa macam nak membuang

Tapi takut hantu

Masalah ke tu?


Ada kelas jam 2 petang

Tapi malas tahap gaban

Perlu ponteng ke?

Masalah kah itu?


Kepala gatal

Macam ada segerombolan kutu menetap di kepala

Kena potong rambut ke?

Masalah jugak kah?


Rindu nak tengok slumdog

Sambil usha kulit wajah Jamal Malik yang cantik

Masalah apakah itu?

hahaha.





PdanS: Terhasil jugak satu entir tanpa dirancang.(nak makan pil perancang la, elok tak ek?)

Saturday, March 14, 2009

SAYA RINDU

SAYA RINDU SANGAT-SANGAT MAK AYAH

SAYA RINDU RUMAH SAYA

SAYA RINDU KATIL SAYA

SAYA RINDU KELUARAGA SAYA

SAYA RINDU NAK MAKAN MASAKAN MAK SAYA

SAYA RINDU NAK MASAK-MASAK KAT RUMAH

SAYA RINDU NAK PELUK MAK SAYA

SAYA RINDU NAK MANJA-MANJA DENGAN MAK SAYA

SAYA RINDU NAK GADUH DENGAN AYAH SAYA

SAYA RINDU NAK MARAH ADIK-ADIK SAYA

SAYA RINDU NAK SEMBANG-SEMBANG DENGAN KAKAK SAYA

SAYA RINDU ANAK BUAH-BUAHAN SAYA


SAYA RINDU NAK NGUSIK ANAK BUAH-BUAHAN SAYA

SAYA RINDU NAK MAIN MEKAP-MEKAP DENGAN MEREKA

SAYA RINDU NAK AMBIL GAMBAR MEREKA

SAYA RINDU NAK SUAP NASIK KAT MEREKA

SAYA RINDU NAK MANDIKAN MEREKA

SAYA RINDU NAK MARAH MEREKA SAMPAI NANGIS

SAYA RINDU NAK ACAH-ACAH PUKUL MEREKA DENGAN ROTAN

SAYA RINDU NAK CERITA HANTU-HANTU DENGAN MEREKA

SAYA RINDU NAK MANDI AYER TERJUN KAT RUMAH SAYA

SAYA RINDU NAK PERGI PASAT MALAM DENGAN KAZEN SAYA

SAYA RINDU NAK LEPAK KAT PANTAI KAT JAMBATAN

SAYA RINDU NAK NGICAH PELAM DEPAN RUMAH DENGAN KAZEN SAYA

SAYA RINDU NAK BEGOSIP DENGAN KAZEN SAYA

SAYA RINDU SEMUA KAZEN SAYA

SAYA RINDU SALWA, KAK DAYAH, AJIEM, LIN, EMA

SAYA RINDU SEMUA MEREKA-MEREKA YANG JAUH DIMATA SAYA

SAYA RINDU MASA LALU YANG MEMBAHAGIAKAN ITU

SAYA RINDU SUAMI SAYA???

SAYA RINDU SEMUA-SEMUA YANG SAYA RINDU!!!!!!!!!





PdanS: Ya Allah, semoga aku sempat untuk semua ini.

Cuba

Cuba kau dengar
cuba kau cuba
diam bila ku cuba
tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk menyatakan rasa sakit
dalam diri

Dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Maafkan kerana aku tak pernah
terlintas tuk menulis pada mu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku

Siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu



PdanS: Agak mengilai lagu ini buat masa sekarang. Maksud nya sangatlah mendalam. Kepada teman-teman aku di sekeliling, tak kisah la jauh atau dekat, kenal atau bakal kenal, aku akan cuba menjadi yang terbaik untuk kalian semua. Dan jangan lah menjadikan diri aku seperti lagu di atas, akan terasa sangat sedih tau. Tapi kalau nak jadikan jugak, apa boleh buat, aku insan biasa yang tak punya kuasa untuk menghalang semua itu, tak punya kemewahan yang boleh membuatkan kamu bahagia bersama aku, tak punya rupa paras yang cantik untuk menarik minat kamu mendampingi aku. Tapi aku senang akan diri aku sekarang dan cuba untuk menjadi lebih baik .
Bantu aku teman!

Friday, March 13, 2009

Nama aku Moon. Nama kamu?

Sewaktu sedang gairah berjalan-jalan di internet untuk mencari bahan PSM, aku terjumpa artikel ini.

"Paiboon Sirimahboonkrongwattanapattayabangkokshinawatrachatuchakwong (let’s just call him Boon for short) is a foreign student in Singapore.

Given the chance to study in Singapore’s famed education system through his father Mr Sirimahboonkrongwattanapattayabangkokshinawatrachatuchakwong, who selflessly saved up enough money from years of hard work in Singapore’s construction sites, Boon aspires to become a Singapore Citizen one day, to embrace Singapore as his home, where he can pwn all lazy local students in maths and football, and still be able to enjoy his Pad Thai at Golden Mile Complex."


Gilooo panjang nama manusia ini. hahahaa.
Memang tak boleh belah kedua-dua orang tua dia.
Sangat kreatif inovatif cepat tepat dan mesra
Aku tak tahu la dari mana ideal untuk meletakkan nama anak mereka ini tercetus.
Ok mari kita kongsi beberapa fakta yang menarik dari nama
Mr Sirimahboonkrongwattanapattayabangkokshinawatrachatuchakwong


FAKTA PERTAMA
Mesti ibu yang menggandung kan
Mr Sirimahboonkrongwattanapattayabangkokshinawatrachatuchakwong
ini suka makan nasik goreng pattaya kan.
Sebab tu nama anak ada unsur-unsur pataya jugak.
Kepada kamu yang gemar makan nasi kerabu budu lebih dan Double Chess Burger
Jangan letak nama anak seperti
KhairulAshfarNasiKerabuBuduLebihDoubleChessBurgerMcdAzuhriAzlanHafizi.
Ashraf? Azuhri? Azlan Hafizi?


FAKTA KEDUA
Mr Sirimahboonkrongwattanapattayabangkokshinawatrachatuchakwong
Bangkok pulak? Mungking tempat bulan madu si ibu dan dan si ayah itu.
Dan di bangkok juga lah adalah tempat dimana
Mr Sirimahboonkrongwattanapattayabangkokshinawatrachatuchakwong
dipersenyawakan.


FAKTA KETIGA
Aku mengambil masa selama 7 saat untuk menyebut nama
(setelah 14 kali belatih menyebut dengan begitu laju)
Mr Sirimahboonkrongwattanapattayabangkokshinawatrachatuchakwong
kamu? 27 saat? lemahnya lidah kamu?
hahaha

Thursday, March 12, 2009

Pedis.Yang.Bukan.Pedas.

Pedihnya mata,

kenapa ek,

nak menangis kew?

eh, tak kot.

Nape plak nak kena sedih.

Ke mengatuk?

A'a kan. Tak tido petang pun hari nie.

Sebab tu pedih.

Wey budak. dah.dah.

Tak payah bagi alasan macam-macam.

Dah ngadap komputer bejam-jam.

Pedih la cik kak oiii.

Alasan mengantuk pulak.

Tak mo buat keje yang betimbun-timbun la tu.

Dah.dah.aku nak oFF intenet untuk 5 jam

ehh 3 jam dah la. lama sangat. huhu.

Buat keja dulu. Pas tu baru cuci mata.

Boleh tak?

Boleh tak kalau.............




Nanti waktu kawen nak ada bulu mata lebat, panjang, lentik macam nie....

Lepas tu...........



Nak pakai inai corak-corak kat tangan.
Nak lukis bagi cantek gini.

Lepas tu.............



Sebelum nikah nak duduk sopan ayu ginie.
Ouchhh.

Lepas tu..........



Lepas habis akad dan nikah nak nangis.
Tapi sikit-sikit je nati rosak makeup.
Nak ada dayang kat sebelah kanan kiri leh lap ayer mata.

Lepas tu.............



Bile dah halal.. Nak die cium kat dahi ginii..
hehehee.. sweetsweetgitu.

Lepas tu.......



Nak ambik gambar pelok-pelok cam gini...
Adussss... beshh nyee...

Lepas tu.............



Nak amek gambar bengom-bengom ngan die dan dayang-dayang.
Nak amek banyak-banyak tuh.

Lepas tu...........



Hari sanding nak pakai baju cantek gini.
Simple. Tapi sangat chantek.

Boleh kan..... Nak!




PdanS: Aku menjadi begini gara-gara melewati satu halaman Wedding Photographer. Uishh.. Sebenarnya sangat kagum dengan kehebatan mereka memicit punat Nikon itu. Kagum akan kehandalan menggunankan adobe. Kagum dengan kebijaksanaan memilih posisi yang menarik yang dapat menjadikan gambar sangatlah mantap dan meletop. Kagum kagum kagum kagum.. Tu yang copy dan milo kat sini. Caption kat bawah gamba tu gedix gedix je. hahaha. Nie yang terasa tetibe nak tukar kos nie. Nak jadi photographer yang tehandal.

Wednesday, March 11, 2009

Bila nak ada jodoh nie?

Tidak,

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia

bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya

jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya

singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35

tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk

membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu

dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.



Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk

lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan

biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman

kemudian nanti.



Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu

sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita

benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama

masalah.



Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati

kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah

memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil

pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)

terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi

jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar

berlipat ganda.



Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal

mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,

alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti

itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang

motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di

tgh2 bandar raya.



Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,

pasti ada baik buruknya.



Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,

sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di

samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai

org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.



Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam

berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan

hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut

banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa

seterusnya jambatan ke neraka?



Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya

mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada

yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?



Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,

belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah

anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab

kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah

melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut

tatkala cuba mendaki naik.



Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya

gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan

syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan

insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.



Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana

perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba

masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka

lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "



Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar..

Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas

kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang

lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`





PdanS: Dikopi dan Kemudian Milo dari Vico

UJIAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH.

Teman, aku sedang di uji.

Tapi bukan melalui ujian bertulis, ujian JPJ, ataupun ujian bulanan tahun4.

Sukar untuk mengkatogoris kan bentuk-bentuk ujian ini.

Mungkin ujian pendengaran barangkali.

Tapi tidaklah sepersis ujian pendengaran MUET 2007

Melalui bunyi mesin pemotong besi yang di perdengarkan,

Aku hanya perlu meneka,

Besi jenis apakah yang sedang di potong oleh makhluk tuhan yang seksi itu?

BESI 2T20? BESI beriani? Besi aloi? Besi tempa? BESI-kal? Sungai BESI? Zat BESI?

Arrrrhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

Aku tak suka bunyi itu,

Ya tuhan, ketenteraman hidupku di rampas!!!!

Pagi ! Tengah Hari ! Petang! dan Sekarang MALAM jam 9.00!

Bising! Bising! Bising! Bising! Bising! Bising! Bising! Bising!



Tapi aku rasa aku perlu bersyukur,

Sekurang-kurang nya aku masih ada telinga untuk mendengarkan.

Ok. Positif kan diri.

Merdunya bunyi itu!

Seperti mahu saja di gubah menjadi sebuah lagu yang indah!





PdanS : Aku semakin penyibuk! Tak soka! Perlukan ruang-ruang kosong!

Tuesday, March 10, 2009

Contoh-contoh Soalan UPSR.





Kamu rasa aku ke majlis perkahwinan siapa?
A) Sahabat aku kawin
B) Dekan Fakulti aku kawin
C) Ketua PakGuard kawin
D) Pak Cik Kafe kedai Astro kawin


B? owh best nye kalau aku mendapat dekan yang sebegitu muda, baru nak kawen? mesti kelas RC aku yang di ajar oleh dekan akan menjadi lebih indah. Tiada lagi bunyi-bunyi manusia berborak kerana letih berpura memandang slide tapi dalam otak bila la nak abih nie, lepas nie aku nak lepak kafe la boleh usha-usha laki alim, agak-agak dekan nie muda-muda dulu ensem tak ye, dan lain-lain lagi imiginasi yang tidak berunsurkan kelucahan.

C?Ketua PakGuard? kenapa aku mesti meghadiri perkahwinan beliau? Mungkin kerana beliau terjumpa henset aku yang terjatuh di depan bus stop pada jam 10.25 menet malam lepas pulang dari temerloh, so aku di jemput ke perkahwinan beliau? owh. Mulia nya dia menjemput aku yang agak gemar mengumpat akan kerajinan beliau dalam menjalankan tugas sebagai ketua pak gurd dan ketua pengompound seUnibesiti.

D? Pak Cik tu kawin LAGI? beliau dah beristeri la dan tak lama lagi bakal menimang cucu pun. Tak kan dia nak kawin lagi. Lagi pun kalau dia kawin, aku tahu, perempuan diatas bukan pilihan beliau kerana beliau ada menyimpan hati terhadap sahabat baik aku iaitu encik yayayoyo. Semoga mulut aku masin, dapat la melantak di kedai Astro dengan percuma selepas ini. haha. Tahniah yayayoyo kamu bakal menjadi nenek. Nenek yayayoyo! eeeeee hudusnye bunyi.

A? Kawan aku kawin?? YAAAAA !!! jawapan anda salah.


Lelaki yang berkaca mata yang berbingkai hitam adalah tenaga pengajar aku, tapi beliau tidak pernah berkhidmat di AF walaupun pakaian beliau(skinny jeans dan kaca mata bingkai bessau) ada sedikit iras-iras orang seni(underground). Beliau mengajar aku dalam subject geotechnic, tapi beliau juga bukanlah lecture yang menyebut KL CC itu menjadi KL CICI. Beliau agak bes dalam mengajar berbanding KL CICI.

Dan sekarang aku merindui lalu mendabakan(eee gedix nye ayat) beliau mengajar kembali dalam kelas aku sekarang. Kerna kekuatan aku untuk kekelas geotechnic telah hilang dan musnah! Dah la, malas la aku nak memanjang lebarkan cerita-cerita akan keBESHan beliau. Lagi pun beliau sudah pun berkahwin. Semoga perkahwinan beliau akan berkekalan hingga ke mati. Bukan takat anak cucu aje. Dan harap-harap tidak lah terikut-ikut untuk mencontohi roslin hashim(yess aku berjaya menaip roslin hashim walaupun mulot aku degil mengatakan roslan aziz la nama beliau) yang berkahwin hanya 1_ hari sahaja(tak pasti 12 or 13 or 14 or 15, kamu yang tahu tolong isi sendiri ye)




Chantek tak kaca mata beliau?Terasa seperti menghadiri perkahwinan artis-artis indie band.

Sangat menawan bukan isteri kepada Encik Mu.

PdanS: Siapa-siapa di sini yang terkena cirit birit selepas pulang dari Encik Mu kawin, sila angkat tangan! aku hanya perlu berulang alik ke tandas sebanyak 2 kali aje. Kamu?10?8?5? Owh. Tahniah YEEE..

Sunday, March 8, 2009

Blog aku




Blog aku hati aku,

Blog aku jiwa aku,

Blog aku rasa aku,

Blog aku diri aku,

Blog aku cerita aku,

Blog aku hidup aku,

Blog aku blog aku rr,

Kenapa nak jadi blog kamu pulak,

So jangan banyak tanya,

Baca sudaaaa....




PdanS: Sayang kamu semua! Sewius. Tak tipu!

Saturday, March 7, 2009

Selamat tinggal Sabun Daia. Aku pasti merindui kamu.

Dengan penuh bangganya dan sedikit perasaan riak bercampur takabur, ingin mengumumkan segala perkakas masak-memasak aku yang di simpan di bilik rahsia telah pun hilang.

Bukan sahaja rice cooker, malah beras 1 kampet cap giant yang belom di bukak, telor 14 biji yang belom terusik, meggi slurp kari berapi 3 bungkus, bihun 2 kampit besar, bawang putih, bawang merah, sos tak bukak lagi, serbuk agar-agar, tepung gandum yang baru guna sesuku pastik, garam, minyak, baking powder, kiub ayam 14 ketul, sabun diya satu kotak besar yang percuma softlan, dan lain-lain barang masakkan yang aku lupa nak senariakan, semua nya abis lincing disapu bersih oleh makhluk Tuhan yang aku dah ampun kan dosa dia tu(sungguh mulia hati aku).

Aku tak tahu siapa makluk yang dengan kejam, keji, kila kasau, kengong, kahik kucing, khit, itu. Dan saspek utama adalah staf-staf kolej kediaman(mari menambah dosa dengan memfitnah!). NC tulung la kutuk lagi staf-staf anda nie. Aku tak tahan la dangan sikap telebih rajin mereka ini. Eeeeeee. Kalau mahu rampas sekali pun, kenapa sabun daya SATU KOTAK juga perlu di cilok. Aku nak basuh baju la manusia wey. Hadiah sabun daya pun perlu di kebasss jugak ke? owh. Sungguh berhati *&^$%^*&^%#$%(sedang mencarot).

Aku juga sedang mengalami kekeliruan untuk berperasaan, adakah aku harus berasa marah seperti mahu memletupkan saja sebiji meriam buluh cap orang kampung ke pejabat kolej kediaman sebanyak 30 kali sehari waktu office hour. Tapi berbaloi kah tindakkan itu? Dan selepas itu sudah pasti aku akan di arahkan berambos dan blah dari sini. mOOn! fikirkan ayah, ibu, jiran sebelah yang kuat bergosip, di kampung ok.Jangan!

Atau aku harus bergembira kerana telah berjaya membuat satu sumbangan ikhlas kepada pihak kolej kediaman yang sememangnya kaya raya kerna seringkali mengkompound kan penghuni di sini atas sebab-sebab yang sebesar najis semut, contohnya akan mengkompaunkan pelajar jika menyidai pakaian di bilik kosang(sungguh tahik kan). Memberi sekampit beras, menghadiah kan sebijik rice cooker, owhh seakan-akan pegawai daerah yang sedang memancing undi pulak aku nie. Tahniah atas jawatan yang baru di sandang itu!

Semua ini membuatkan aku keliru dalam berperasaan. Ditambah pula perasaan aku yang lapar ini tiba-tiba muncul tanpa di seru! Owh. Najis beluncas betul! Macam mana aku nak masak megi kalau lapar tahap bewak begini. Rice cooker tiada, meegi pun di kebas.

Thursday, March 5, 2009

K to da E to da N to da A to da PA....

Aku tak pahan kenapa aku tak rasa hepi pun walaupun aku boleh menjawab soalan test techno dengan jayanya(setelah ada buku teks setebal 1cm sengah atas peha dan di cover baek punya oleh meja panjang sehinggakan tangan menjadi tadak bermaya setelah menyalin jawapan dari buku teks itu. Di tambah lagi beberapa jawapan objektif dari no 1 sampai 30 sume di cilok baek punya dari rakan sebelah dan row belakang.TQ kamu.haha)

Aku tak rasa bahagia pun seperti mana manusia-manusia di hospital bahagia terasa bahang bahagia mereka. Kenapa ek? Kenapa malam nie banyak sangat word kenapa dalam otak aku nie? Kenapa?(tengok kenapa lagi)

Kenapa la malam nie aku sangat hebat dalam menzahirkan senyuman yang tak ikhlas langsong baek tak payah senyum?

Kenapa la aku rasa benci sangat dekat jerawat atas mulut belah kanan nie?

Kenapa aku perlu ada perasaan tutttt dekat manusia itu?

Kenapa la aku jumpa manusia itu?

Kenapa la perlu ada bahagia dan kemudian sedih dan kemudian bahagia lagi dan kemudian sedih bahagia dan kemudian sedih dan kemudian bahagia lagi dan kemudian sedih lagi dan bahagia sedih bahagia bahagia sedih sedih?dah.dah. korunk ulang sendiri la sampai letih yer.

Kenapa la tiba-tiba kepala aku terasa gatal walaupun da syampoo petang tadi?

Kenapa la aku sangat rajin melelapkan mata di atas katil untuk kadar yang panjang?

Kenapa la aku tak ada kesederan bahawa tidor itu melemahkan segalanya?

Kenapa la aku di hujani rasa lapar dangan tiba-tiba?

Kenapa la chef wan bukan rumet sebelah aku?

Kenapa la artis tak kenal aku?

Kenapa la yang berlakon dalam tbi itu dipangil artis bukan arskar?

Kenapa la aku nak jadi arskar lepas habis belajar engineering nie?

Kenapa la rumet aku belum dapat mencari jalan pulang ke bilik lagi?

kenapa la aku rindu rumet-rumet aku?

Kenapa la aku tak rindu kamu kan?

Kenapa la kamu tak rindu aku jugak?

Kenapa la kau perlu menulis dengan keadaan yang agak serabut ini?

Kenapa la kamu baca jugak apa yang aku tulis nie?

Kenapa la kamu tak reti-reti pegi tidor ke baca yasin ke malam jumaat nie?

Kenapa la aku perlu menjadi penyibuk tentang ape pun yang kamu nak buat kan?

Kenapa la aku turus taip lagi sedangkan aku tak tahu nak taip apa dah?

Kenapa la aku rasa nak tetencing waktu menulis blog ini?

Kenapa la aku suka tanya kenapa la?

Kenapa la aku tak tanya begemakah?Di manakah? Adakah?

Kenapa la aku rasa aku kena stop jugak apa yang aku sedang buat ini.

Kenapa la da sampai da waktu nya!

Dan kenapa la kamu sambung la sendiri ek kanapa la kenapa la sesuka hari ibu jari kaki kamu ok!


Hope dengan kedatangan wanita banjar yang renek zaman 30an pada jam 2 pagi hari ini dapat lah menceriakan kembali hidup aku yang ade kale merah je nie.

Kenapakah Saya Cantik? Ok. KENAPA?

Di saat kebuntuan wang nie,

Kenapa la tetiba fakulti mintak bayar yuran yang boleh menyamai 2 pasang jeans levis ORI,

Kenapa la syampo n shower cream tetiba habis,

Kenapa la tekak aku terasa nak makan secret recepi, tak de ke besday sape2 bulan nie? sambot la dengan membeli yourget chess cake!

Kenapa la kena bayar hutang shawl, gedix sape suruh g oder.

Kenapa la time nie muka nak naik segala jenis mak nenek jerawat, need RZAC but pelukan duwet gak

Kenapa la time nie jugak laptup perlu menjadi lembat seperti siputnyababi lantas dahagakan ram yang lebih tinggi,

Kenapa la tetiba hobi nak kumpul payung setiap bulan dari Avon. Sewius weh, nak,

Kenapa la semuanya perlukan DUIT !

Tak boleh ke aku bagi bayar dengan coki-coki?




PdanS: Menurut sumber yang tak boleh dipercayai, coki-coki mengandungi bahan-bahan yang berunsurkan BAB 1. Ye ke? Aku dah search apa itu whey powder dan apa yang aku dapat tiada kaitan dengan menatang idong kembang dan tepenyet tu. Nak caye ke ha? Tapi lam mari tu ada 17 buah coki-coki lagi. Sayang weh kalau tak di mamam.

Wednesday, March 4, 2009

Barang baru! Baek punya!




Nah amek kau!! 2 bijik payong!! eh 2 kaki payung.

Ye ke kaki? Ahh, lantak la kaki ke tangan ke mulut ke siku ke?

2 aku hentam beli dalam sari!! 1 cap guardian!, 1 cap avon!

Haa, tak de payung sangat.

Lepas nie kalau tak pegi kelas jugak tak tahu la sebab ape pulak.

Ape?Bangun lambat? Sebab jam enset bunyi tak dengar? Ditindas bawah bantal?

Ok. boleh di terima alasan itu.

Sakit kepale sikit-sikit? Boleh jugak di terima. Kang pegi kelas jadi sakit kepala banyak banyak pulak.

Cirit birit semalam? Ape kaitan semalam dengan kelas hari nie?mmm. Boleh la. hahah.

Nak hidup bahagia kena pandai mencari alasan yang kukuh!

Kena pandai menipu dengan sempurnanya!

Tapi bahagia hidup di dunia je la.

Kat akhirat, selamat memilih la neraka mana yang kamu berminat nak masok!









PbesamaS: Boleh tak kalo sengaja nak gantung payung tepi tingkap sepeti ini.Dengan hasrat orang yang lalu lalang dapat melihat payung baru i. ouchhh. hahahah


Tuesday, March 3, 2009

Game Tendang Norman Hakim ???






PdanS: Puas aku explore guane nak men mandalah nie. Macam sangat teruja untuk bermain. Habis semua PSM aku letak tepi. Explore punya explore tak tau gak. Sadis betoi.

Monday, March 2, 2009

AlasanYangMUNAsabah.




Boleh tak nak cakap,

Payung hilang, hujan lebat,

So tepaksa ponteng 3 klas bederet-deret hari nie,

Serius tepaksa weh, bukan nya suka-suka,

Walaupun kawan-kawan yang lain semua ada payung,

Aku tak nak bekongsi payung dengan mereka,

Nanti di sebabkan aku, mereka basah lencun di kelas,

Aku tak mahu dipersalahkan dalam hal-hal kecil seperti ini,

Aku tak mahu pergaduhan akan timbul dengan masalah yang boleh di elakkan ini.

Boleh kan alasan itu.

Terima kasih kerana memahami.

Nak gelak jahat kejap kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah!!!!





PdanS: Bahagianya tidor diselimuti gebar yang tebal sewaktu hujan turun dengan seket je lebatnye. Sewius malas weh! Sepeti ada gam gajah je yang melekat kat tilam nie. Tulungim aku!

JanganBersedihSahabat


Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji..



Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan

Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia


Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas


Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri


Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa


Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan


Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira


Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah


Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya


Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi


^_^






PdanS: Sumber dari SINI.

Sunday, March 1, 2009

Aku suka makan semut masak lemak cili padi !!

Hari ini adalah hari nyanyok sedunia,

Nyanyok tidak pernah memilih usia,

Walaupun kamu 23 tahun, 14 tahun, 37 tahun, 82 tahun, __tahun(sila masokkan usia kamu)

Aku juga telah terkena tempiasnya,

Walaupun aku bukan golongan-golongan yang menyambut hari istimewa ini,

Kesan dari semua-sumua itu,

Aku telah.....

Lupa untuk mengambil kunci bilik setelah bilik dikunci,(kesannya tepaksa membuat muka cumel dengan sedikit seksi di pejabat kolej kediaman 3)

Lupa untuk mengambil payung setelah hujan dengan rakusnya turun mencurah-curah,

Lupa mengambil talipon tangan (sangat penting, kot2 ada sms berbunyi 'kelas encik KL CICI batal")

Lupa meletakkan pin di kepala setelah memakai shawl lilitan kau kunci rindu buatmu

Lupa nak makan(disengajakan kerana kebuntuan wang)

Lupa nak kemas katil (alasan jika terbangun lambat)

Lupa nak bukak tudung walaupun dah sengah jam duduk dalam bilik (sebab gelojoh nak tulis belog. Sangat menjaga orat kan aku ini)




PdanS: Aku perlu menukar makanan kegemaran aku dari semut masak kicap ke kismis masak tempoyak cicah budu. eeee tompoyak!!!!x syukeee!!!

Tak payah baca, tak penting pon.




Ya tuhan, aku tak tahu,

Kenapa aku harus ada rasa macam nie,

Rasa untuk benci, menyampah, benci, dan menyampah lagi,

Plezz tolong pegi jauh-jauh perasaan ini,

Dia tak besalah. Dia baik.

Tapi aku benci dangan kepura-puraan itu,

Tolong la jadi diri sendiri ok,

Owh.Sangat.Menyampah.



Ok. Sekarang aku akan cuba tersenyum.

Belajar menerima kepura-puraan itu.

Menjadi buta dan tuli untuk seketika.

Walaupun dalam hati.eeeeeeeee.

Ada jugak manusia seperti kamu yaa.

Pertama kali aku jumpak!




p/s:Tahniah! kamu berjaya membuat aku berperasaan begitu. dah lama tak rasa. Last Form5!