❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 28, 2009

Remaja Online

Hari ini aku kagum dengan diri sendiri.
Tidak tidur di petang hari.
Tapi sedikit kecewa jugak dengan diri sendiri
Masih lagi tidak pandai menghargai masa.
Hanya berjalan-jalan di internet dan membelek remaja.
Tidak cuba menyiapkan PSM or TECHNO or BSM.
Bagus.



"Don't Judge the Book By its Cover"
Tapi aku nak judge jugak. Tengok cover sahaja menjadikan teruja nak bukak.
Tambah lagi bila baca tajuk besar kaler pink tu. DENIM




Melihat semua ini menjadikan diri aku seperti pengidap SawanBabun sementara.
Kenapa remaja kali perlu mengiklan jeans-jeans yang menawan pada masa aku kebuntuan wang. Sangat bersifat kejam betul. Dia tak tahu ke aku memang sawan terhadap mendalah itu sekarang



Mengapa sangat chatek jeans-jeans itu.




Menyelak untuk halaman seterusnya, mengenai jeans lagi? Cukup.cukup. Aku perlu ke Padini sekarang!!




1st impression lepas tengok gambar di atas.
Ya tuhan buruk dan hudus nya Jeans yang beliau pakai.
Tapi selepas menyelak mukasurat seterusnya....



Jeans ini sangat lah cun gileKentangAyamMasakKari sebenarnya,
cuma perlu pandai mengaver part yang hudus itu.
NAKKKKKKK!!!!







Aku tidak hairan jika kamu percaya bahawa dragonball ada 7 bijik sebenarnya.
Tapi tolong la jangan mudah percaya pada iklan-iklan yang dibaca dalam remaja ini.
Selalunya rupa tidak lah seindah yang dikabarkan.
Betul

-RemajaBermasalahYangTerpedayaBernasibMalang-




MELATAH :
Fakta ini auta. Aku mudah melatah. Antara ayat-ayat yang sering dikeluarkan "Eh mak kau terbang" tapi kalau aku sedang berborak mengenai harga runtuh di Giant kini kembali lagi, kemudian termelatah, ini pula yang akan keluar "Eh mak kau giant durian runtuh kini melanda"
PERNIAGAAN??
Benar.benar. Remaja macam dapat menghidu saja yang aku sedang tekun mengusahakan sebuah butik online. ANDA DIPAKSA KLIK DISINI



MUKA SURAT YANG MENYAPAH AKU BACA BENCI BILA MELIHAT TAPI MASIH LAGI NAK BACA DAN BELEK! MARI MENGUTUK!


Entah. Tak tahu kenapa perlu menyampah bila membelek muka surat ini. Sangat tidak berkenan. Masih lagi mencari sebab kenapa aku harus berperasaan begini.
Sori-mori lah pada kamu atau kawan-kawan kamu atau sedara-mara kamu atau adik/abang/kakak angkat kamu yang mukanya terpampang di halaman ini.




Antara kes-kes manusia yang kurangnya pendedahan agama. Bukan sahaja agama, tapi ilmu pengetahuan pun kurang jugak.

Nak highlight kan disini.
Umur 17 tahun.? Mmm form4 kan?. Apa tak belajar ke sains tingkatan tiga?Chapter pertama? Kamu hanya boleh mengadung jika sperma itu dengan jayanya dapat berenang hingga ke tiub Fallopio kamu. Tu pun jika ada ovum di situ. Kalau ovari kamu tidak mengeluarkan ovum pada masa itu memang sah-sah proses persenyawaan tak dapat berlaku. Kalau dah masuk ikot mulut tu. Kompem-kompen la dah hancus berkecai dek kerana gigi-gigi kapak kamu mengunnyahnya.Sedapke? Eee sungguh jijik kamu ini. Jangan la tanya soalan seperti kamu hanya bersekolah sampai jajah 3 kemudian terberhenti kerana perang dunia ke-2.




Nie lagi satu kes yang meletakkan akal jauh lebih bawah dari kaki bekudus mereka.
Sangat tinggi perasaan teruja kamu itu ya! Tak pasti la napsu kamu ini lebih kepada binatang buas ataupun binatang liar.

Kepada mereka-mereka yang terjebak dengan gelaja-gejala di atas, bawak-bawak la bertaubat. Entah bila kita akan mati pun tak tahu kan. Sedih kalau mati tanpa sempat kembali ke pangkal jalan


DAN KEMUDIAN INI DARI METRO PULA




Aku tak rasa siti dah kurus. Gambar nie menunjukkan kuasa make-up yang mampu menampakkan seseorang itu kurus. Tapi kuasa tuhan melebihi segalanya.


NOTATAMBAHAN(BukanPerisaTambahan): Tahniah di ucapkan kepada pemilik belog kerana dapat mebuang masa dengan jayaNYA. Hadiah untuk aku adalah sebuah assignment TECHNO dan sebijik BSM. Cepat siapkan dengan kadar segera!

Friday, February 27, 2009

Datang dan Pergi

Semalam kamu datang lagi

Datang mencari aku,

Datang kerna perlukan aku,

Semakin dekat dengan aku,

Semakin merimaskan aku,


Semalam kamu datang lagi,

Datang dengan harapan,

Tapi harapan kosang yang kamu bawakan,

Datang dengan janji yang indah,

Tapi janji yang tak dapat kamu tunaikan



Semalam kamu datang lagi,

Bukan kamu sahaja,

Tapi kamu, kamu, kamu, kamu dan kamu

Kenapa perlu sekarang,

Tika aku bahagia,

Tika aku sudah lupa akan semua itu,

Aku tak perlukan kamu!



Semalam kamu datang lagi,

Aku besyukur kamu datang,

Kerna bukan dalam alam rialiti ku,

Tapi dalam alam mimpi ku.

BETUL! Duit aku tercicir di East Coast MALL !!

Aku baru pulang dari mesin ATM, untuk menyucuk kad ambil duit, bukan "cucuk duit YA". Perasaan sedih bercampur luka dihati tiada siapa yang tahu apabila JUMLAH BAKI di paparkan. Banyak persoalan yang bermain-main dalam fikiran. Apa perlu aku buat nie? Aku kena jual nasik lemak ke? Ke kena jadi part time cleaner? Ke pajak gadai je lah barang kemas kat tangan, leher aku nie?

Owh tak mungkin. Tak perlu semua itu. Bak kata pepatah Mat salleh (bukan Salleh anak haji baharom endot atau Abg Sal bakal suami kamu) "PREVENTION IS BETTER THAN CURE!". Aku hanya perlu pegang dengan kata-kata ini. Banyak benda yang boleh aku buat dari memajak gadai kan gelang emas pemberian bunda sempena ulangtahun ke 13.

Mungin selepas ini aku perlu berpuasa sunat selama 7 hari dan berbuka denga air masak serta kurma yang segar baru dipetik dari ladang. Yaa.Berbuka puasa di Caltex atau SMS perlu dihindarkan! "Manusia waktu susah, sakit, baru ingat tuhan kan"

Mungkin selepas ini aku perlu menghindari diri dari terus mengunjungi Mega Mall, ECM, dan beranggapan bahawa bangunan-bangunan itu adalah pusat pentadbiran kerajaan sahaja, tiada apa-apa di dalam, tak menarik langsung untuk pergi kecuali jika kamu mahu membayar cukai pintu, zakat ataupun mahu membayar saman JPJ. Eeee. Tak menariknya.

Atau pun yang sebenarya Mega Mall itu adalah tempat pesakit kusta, deman denggi, selema burung, kancing gigi, Malaria dan SawanBabi. Jemputlah masuk jika kamu berkeinginan yang meluap-luap untuk di jangkiti penyakit-penyakit di atas.


Mungkin selepas ini aku tak perlu lagi ke Teluk Cempedak untuk bercanda di sana dan beranggapan bahawa ombak nya sangatlah jahat sehingga mampu mengalahkan Tsunami di Aceh! Takotnya. Tak mo p dah.


Mungkin selepas ini aku perlu mengatakan "TIDAK" kepada Rokok!! Owh aku perokok sebenarnya! Sangatlah auta ya tuan-tuan dan puan-puan. Aku perlu Say "NO" to shawl yang chantek-chantek sehingga aku boleh kejang mata melihatnya. Say "NO" to baju yang YA Allah, segak hemseng dan bergaya nya kalo aku dapat mendendangkannya! Say "NO" jugak kepada kesemua jeans-jeans mata satu di tengah yang berada di Padini, ground floor East Cost Mall. Say no tapi sekarang tengah simpan duit untuk beli jeans padini. Bagaimanakah itu?

Mungkin selepas ini juga aku perlu berfikiran negatif apabila di ajak keluar ke bandar untuk berfoya-foya sambil menghabiskan duit. Jangan keluar Aku! Banyak pencuri di luar, nanti penyangak itu mencuri duwet aku yang sekangkang semut ini!.

Perogol jugak banyak,nanti selepas rogol dia akan bunuh kamu dengan kejam sekali lalu mencampakkan di hadapan pintu kilang papan Tan Hok tanpa seurat benang pun. Lebih Keji lagi jika mangsa itu di bakar lalu ditinggalkan untuk santapan anjing liar! ataupun di biarkan mayat selama seminggu lalu banyaklah ulat, lalat dan pelbagai lagi serangga timbul. Ngerii bukan? Mahu keluar berfoya-foya lagi? YA? Roy, hati kau memang keras!!

Jangan keluar! Nanti kereta rosak di tengah jalan pada jam 10 malam. Tiada siapa yang akan menolong, yang ada hanya hantu langsuir dan hantu raya saja. Jangan keluar nanti minyak kereta habis, tak malu ke nak menagis simpati pada kereta yang lalu lalang (ahah. macam la tak biase)

Mungkin selepas ini tiada lagi makan malam ala thai di Tanjung Lumpur(aku penah p ke?), candlelight dinner di Vistana (penah jugak ke), AyaThava(owh nie selalu, sila la pergi, sangat sedap, harga murah, orang tak ramai, kat sungai isab je?tahu ke?) Yang ada hanyalah meggi kari berapi yang seharusnya aku boikot. Tak adil langsung untuk diri sendiri kalau McD saja yang di boikot, benda-benda lain yang cap kafir kuraish itu aku hantam guna pakai jugak.

Mungkin selepas ini aku perlu belajar untuk basuh baju mengguna kan tulang empat kerat ini. Tiada lagi mesin-mesin canggeh yang berputar bila memasukkan duit! Owh tidakkkkk patah tulang menulang ku, rosak kulit halus ku!


Dan banyak lagi kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku yang perlu aku senariakan. Tapi kesuntukkan masa dan nampaknya masa begitu mencemburui kita Ya. Kenapa? ufkus la gue udah mengantok! Mata dah setim dah nie (ya ampun aku mengidam setimbot laa). Tapi tak mengapa tidur yang perlu di dahulukan dulu.

Sekian.




NOTATAMBAHAN(BukanBusTambahan) : Apa-apa pun aku bersyukur, masih lagi ada makan di setiap hari untuk aku jamah walaupun kadang-kadang tidak menepati citarasa aku, masih lagi ada pakaian untuk membalut tubuh aku dan menutup aurat aku, masih lagi ada kaki yang mampu bergerak seterusnya melangkah menuju ke mana-mana yang aku mahu, masih lagi dianugerahakan kesihatan yang baik yang mampu membuatkan segala pekerjaan aku berjalan dengan lancar. Sesungguhnya terlalu banyak dan besar nikmat yang selalu kita buta dalam menilainya.

Monday, February 23, 2009

Betuah nye Syayeee.

Tawan-tawan cekelian, ali nie syaye belasye cangat betuah kelane pensyalah syaye yang sumel itu mengaja syaye menganyi lagu jambatan hendak loboh (jambatan hendak roboh? geotechnic?jambatan hendak robah? geotechnic? Sama?owh.mungkin jambatan yang hendak roboh itu adalah kesan dari tanah yang lemah, boleh diterima la. Tapi kenapa perlu menyanyikan lagu itu?Supaya jambatan hendak roboh itu terus menkansel kan niat dia nak roboh, so tak roboh, tak payah la ahli-ahli geology nak susah-susah buat inspection. Mereka boleh berada di office sambil menulis blog atau tebongkang tidor di surau. Makan Gaji yang rabun tapi dah nak buta lagi 3 tahun betul. Dah.dah. Melalott sudaa.kembali ke pensyalah syaye yang syumel ituzz)

syuke, syuke, syuke cangat-cangat. Nashib baek diye tak mengaja menali syekali, musti diye napak syumel lagie kan. Syaye syuke syangat-syangat kelash diyee, lasye syepeti mawu request.
"Encik, ape kate kite buat kelas tambahan teptiap malam, 3 jam?, prepare untuk final Encik"

Pensyalah syeye yang syumel juge syangat syuke akan lussha(Rossa ye,saje untuk menambahkan kegedixkan). Cehinggekan laguzZzZ(kenapa perlu ada 2 z kecik dan 2 Zbesar?) di empun diye, diye gunezz lagu..mm..mm.. cam nie la bunyi diye.. na.na.na.na. Cepat la teke, cepat, cepat, ok.ok. syaye nyani cekali lagie ye, na.na.na.na.na..alaa.. syekali lagiz kee? wukes. na.na.na.na.na. (Ciss letih r gini. x dapat tangkap lagi ke.Lemah betul).Jawapanzznyerss. Pudarzz!!.(Patotkah seorang lelaki memakai ringtone sebegini?)






PS(BukanPetalingStreetYA) : aku merasakan hobi lama akan menjelma semula, MARI BERSAMA-SAMA MEMONTENG KELAS GEO YANG BEsh ITU!!!

Cute Bukan??

Nganga kan mulut kamu luas-luas

Angkat lidah keatas

Kebawah, Kekiri, Kekanan,

Kedalam, Keluar,

Gulungkan seperti Tat Gulung di hari raya.

Dan kemudian,

Cuba anda sebut perkataan ini.

KL CC

sekali lagi

KLCC

duakali lagi

KLCC KLCC

ok. bagus.
Sama seperti aku menyebutnya kan?



Tapi lecture syaye yang syangat syumel menyebutnyee. (Hadoi, kenapa aku perlu tulis ala ala perempuan gedixsmanja tahek itik nie??. eeeee)

KL CiCi

4 kali di ulangi lagi

KL CiCi
KL CiCi
KL CiCi
KL CiCi

Syumel bukan??

Lagi syumel bile diye syube mencooldown kan kemalahan diye. Syangat Syumel. Lebish syumel dali syaye yang syumel inie. Syaye syangat syuke. Tapi syaye lagi syuke kalu diye tak bulesh mencooldown kan kemalahan diye, cebab die akan telush belah dali kelash. Syaye dan kawan-kawan bulesh telush pegi melantak di cape ijekutifff. Cambil melumpat keliyangan. hehehe. Syumel bukan pesyalah syaye. (Lidah aku sudah teseliuh, perlukan minyak YUYI degngan segera!)




Sunday, February 22, 2009

Mak.

Semalam aku rindu mak.

Lalu aku talifon mak.

Beborak hampir 11 minit.

Kemudian letak.

Terubat rindu aku.



Hari ini aku rindu mak lagi.

Tapi aku tak talifon mak.

Aku teringan pesan mak.

"Jangan pakai baju seluaq kecik-kecik"

Tapi aku pakai jugak.

"Jangan beli baju seluaq ketat-ketat"

Tapi aku beli jugak.

"Belajaq qajen-qajen"

Tapi aku malas jugak.

"Jangan membeli sana sini"

Tapi aku shoping sana sini jugak.

"Jangan dok bejalan sangat'

Tapi aku bejalan-jalan melihat alam jugak.



Bila la aku nak dengar cakap mak.

Sian kat mak.

Jahatkan aku.



MAK!!! Rindu kat mak!

Tersedar dari laMUNAn.

Sesudah lunch jam 3 petang,

Sesudah penat pulang dengan seminar,

Sesudah tanggungjawab kepada tuhan di selesaikan,

Aku tidur.

Tidur. Tidur. Tidur. Dan Tidur lagi.

Terjaga.

Lihat jam 6.30 pagi??

Sudah hari Isnin???

Kena ke kelas??

Keja sekolah belum di siapkan lagi??

Tak study lagi untuk test??

Masa aku dihabiskan dengan tidur saja??

Sedihnya. Letihnya.

Ya tuhan lama nya aku tidur.

Aku dah terlepas Asar, Magrib, Isyak.

Terus bergegas bangun mencapai tuala untuk mandi.

Untuk siap ke kelas.

Kemudian terpandang cahaya di jendela.

Cahaya Sang mentari?Cerahnya! Terangnya!

Eh sekarang jam 6.30 pagi atau 6.30 petang.

Terfikir sejenak.

Kembali tenang.

Saturday, February 21, 2009

Perkongsian Hidup

Ujung minggu ini hidup aku telah di selubungi dengan kemahiran-kemahiran yang lembut, owh sangat memilukan betul. Baru saja becita-cita bangun tidur jam 11.37 pagi dan kemudian bersarapan jam 12.23 menet tengah hari. Tapi semua cita-cita ini telah dibontot kan oleh seminar kemahiran lembut A.K.A softskill yang terpaksa aku hadiri.

Bermula seawal pagi ketika bunga kuning tepi blok aku sedang kembang sehinggalah lewat petang dimana anak gadis muda telah mula turun ke padang bermain zeropoint, baru lah seminar berkenaan selesai. Sangat meletihkan jiwa dan raga aku(tak pasti kenapa raga juga perlu letis sebab raga x ikot pon g seminar, lg pun x penah pun berpunya raga).

Banyak jugak output yang aku peroleh, aku mesti senaraikan nie. Sangat excited untuk berkogsi ilmu-ilmu yang bermanfaat dengan kamu-kamu sekalian.



Ilmu yang pertama:

Jika kamu sedang berada di Grecce, jangan sesekali membentukkan jari anda sebegini,



kerana di sana, ia bersamaa dengan anda sedang bertindak seperti ini:



Anak sapa la nie.
Gila meriamlah ibu yang mengandungkan 9 bulan itu



Ilmu yang kedua :

Rakan-rakan yang dihormati dikasihi disayangi dirindui disegani sekalian (kena sopan kerana sedang berdakwah), jika anda ingin mudah belajar, senang paham, mudah ingat, sukar lupa, senang saja, bangunlah sepertiga malam, lakukan solat sunat seperti sunah tahjud, witir, taubat dan lain-lain lagi. Pasti hidup anda-anda sekalian akan bahagia, tidak perlu lagi mentelaah dengan begitu tensiyon sekali sehingga terasa mahu terjun dari tinggkap aras groundfloor.

Selalu lah mengamalkannya kerana dengan solat-solat sunat disepertiga malam itu, segala yang kamu pelajari akan lebih mudah paham dan senang untuk di ingati. (Encik Syukor,2009) <--Sepeti gaya sedang menulis report untuk PSM tak?.

Betul tak tipu, mungkin sukar di cerita kan melalui mulut dan penulisan akan kenikmataan bersolat sunat itu, buatlah, pasti anda dapat merasakannya.(Encik Syukor,2009)






Ilmu yang ketiga :


Setelah 30 puluh menet berlalu di dalam seminar berkenaan, hidup ku bertambah busan lalu kucar-kacir. Jadi inilah hasil nya. Jeng..jeng..jenggggggg....











Thursday, February 19, 2009

Kuliah Jumaat

AKU TIDAK KEDEKUT!!

Untuk membuktikan kebenaran kata-kata di atas aku dengan bermurah dan baik hatinya akan menaburkan ilmu-ilmu aku yang penus di dada ini(bukankah ilmu di otak??, tak mengapa abaikan). Tabor duit nanti ya, selepas kamu mencalonkan aku untuk kerusi Parlimen Amarika Syarikat lalu menang tanpa bertanding.

Ilmu yang aku ingin disampai kan hari ini adalah cara-cara untuk menggayakan shawl di kepala kamu. Bukan di bahu ya sebab sekarang ni aku tengok ramai plak manusia yang suka lilit-lilit kat leher. Ingatkan manusia-manusia di kutub utara yang bekawan baik dengan serigala jadian je yang suka lilit-lilit di leher ni. Owh. Tak pe. Tak pe. Mungkin mereka merasakan diri mereka kelihatan lebih cool dan menawan jika berkeadaan sedemikian. Biarlah mereka berbahagia dengan cara mereka tersendiri.

Untuk tidak membuang masa anda yang sememangnya tengah buang masa baca belog yang tak berpaedah ini, aku akan tonjolkan satu per satu cara-cara lilitan yang akan menjadikan diri kamu semua sangat chantek, sehinggakan lelaki-lelaki gay yang songsang cara hidupnya akan kembali ke pangkal jalan setelah melihat kamu!! Percayala.

Sebelum itu, kepada insan-insan yang berkenaan "ampun ya, aku ngak sengaja tercurik foto-foto inik di halaman kamuk! Maapkan aku ya dongg!!. Nanti aku blanjaain kamuk Nasi gureng Jawa besama bubur ayam Sukabumi yaak!!"





1.0 LILITAN SRI MUKA





2.0 LILITAN KASIH SAYANG


3.0 LILITAN PUNGGUK RINDUKAN BULAN




4.0 LILITAN DURI DALAM DAGING




5.0 LILITAN GUNTING DALAM LIPATAN




6.0 LILITAN KAU KUNCI RINDU BUAT MU




7.0 LILITAN SELAYANG PANDANG




8.0 LILITAN SEJARAH MUNGKIN BERULANG




SETELAH KAMU MENDENDANGKAN SHAWL DENGAN CARA-CARA DI ATAS KAMU PASTI AKAN KELIHATAN CHANTEK SEPERTI MEREKA-MEREKA DI BAWAH INI.



SuperNab !!!




SuperPower




Supermen??


DAN UNTUK PAPARAN SETERUSNYA

SILA KLIK DI SANA, DI SINI POM BOLEH.



Pesanan Ringkas Penaja : Untuk mendapatkan lilitan yang kemas dan chantek, jangan lilit dengan terlalu longgar, lilitlah dengan sedikit ketat agar anda tidak kelihatan seperti zombie yang tersesat di kampung pisang. Tersangat ketat jugak tidak di galakkan, kerana akan menyebabkan pernafasan anda yang busuk kerna tak gosot gigi 2minggu itu akan tersekat, dan kemudian sesak nafas tapi sayangnya tiada pam lelah di sisi, lalu mati tegolek tanpa sempat mengucap dan bertaubat untuk kembali ke pangkal jalan. Bak kata Karam Sing Walia "Bagai jatuh ditimpa tangga rumah di tepi pantai tapi takot dilambung ombak jahat!!"

Wednesday, February 18, 2009

En Mu kawin di hari softskill.

Kawan-kawan semua, aku sudah boleh menulis belog. YES (sambel melompat keriangan dengan seliper baru persis adidas dan nike). Sila ucapkan tahniyah kepada aku ya. Pemberian hadiah juga sangat di alu-alukan dan jenis-jenis hadiah teserah kepada anda menentukannya. Saya redha andai swift yang menjadi pilihan anda!.

Tahap keBZan aku sudah hilang. Entah hilang pergi ke mana. Mungkin ke KL mencari shawl yang chantek di jalan TAR.

Baru aku perasan, banyak menda yang aku telah hilang minggu ini. Contoh yang terdekat, kasut chatek aku yang ada liplap-liplap, kale hijau+biru=tercois, selalu di pandankan dengan baju biru dan hijau (ufkusla. takkan aku nak hentam pakai dengan baju oren terang benderang beserta suar merah ang-ang. gila meriam ke sawan babun namenye), dibeli di depan teminal, waktu bula posa yang lalu, dibelanja oles yayayoyo(eh, di pau oleh saya dalam bahasa yang lebih tepatnya)

Sangat sedih akan pemergiaan nya sebentar tadi. Semuanya adalah hasil tindak balas dan hentaman yang kuat dari kaki Si KulusTapiGumuk(nama samaran, bagi mengaburi mata anda, terasa kabor tak?). Load yang dialirkan dari kaki SiKulusTapiGumuk sangat la besar yang mana tidak dapat di tandingi oleh mana-mana load perempuan gemuk di meysia ini (ups SiKulusTapiGumuk pompuan?,maap. saya akan coba untuk merahsiakan identiti anda).

Untuk gambaran yang lebih jelas mengenai load-load yang dihasikan dari kaki SiKulusTapiGumuk ini, sila lukis bending moment diagram menggunakan method 3.2.1.1.2, distribution buat 3 kali, guna 3 titik perpuluhan sangat digalakkan. Jangan malu-malu untuk angkat tangan jika kertas abis dan gaya penulisan yang kemas dan tidak cakar ayamitik sangat di syorkan. Sila berjumpa Emcik Syikim, lecture Reinforce Desing saya, jika terdapat sebarang kesulitan dalam mendesign bending moment diagram.

Load yang besar dan tenaga dari badan SiKulusTapiGumuk yang kuat(dia mengamalkan minum kaciprokiah setiap ari semenanye) menyebabkan kasot liplap-liplap aku hancus bekecai, koyak rabak, tebelah bahagi, lunyai luncai, serta lain-lain lagi gambaran bagi kasut yang rosak. Dilarang untuk berimiginasi nakal sepeti menyamakan kasot tekoyak aku dengan gadis yang baru sahaja dinodai oleh 7 ekor jantan huduh keparat tak guna bernapsu serigala dan bertopengkan syaitan. Dia tak pilih topeng atromen.

Owh, sukar untuk aku padamkan memori bunyi hasil hentaman itu. Prapppppp!! Merdu sekali sehingga membuatkan iya nya masih terngiang-ngian lagi di kotakhati, eh kotak pikiran ku. Sesungguhnya bunyi itu mampu untuk membuatkan tidor malam aku terganggu.

Aku juga telah hilang kewarasan dan pertimbangan(bila la mesin timbang kat klinik nak ade. Die cuti setahon jugak ke encik misi) pada awal minggu ini. Banyak perkara peliks tapi benar telah di perlakukan oleh aku. Bagi aku, tidak lah terlalu obius akan kemerengan seseorang itu jika beliau makan puding sambil cicah dengan sos. Dan cuba lah rasa megi kari buatan ayer tangan saya yang di campor dengan sanqiuk. Sangat indah rasanya.



NOTA TAMBAHAN(bukan matematik tambahan ya) : Tidaklah terlalu keji sangat kan kalau tajuk post tiada kaitan dengan penulisan yang sangat bagus tahap karangan jajah satu ini.

Friday, February 13, 2009

Aku mudah lupa.

Aku rasa aku perlu berpura-pura tidak ingat akan password account blogspot selama seminggu supaya aku tidak lagi membukanya. Dan dengan cara itu aku tidak lagi rakus mengarang apa-apa cerita dalam blog ini. Aku dapat menumpukan sepenuhnya kepada:

- presentation aku
- assignment law aku
- test geo aku
- test techno aku
- test arabic aku
- PSM chapter 1 aku
- lab report aku
- setadi untuk final exam aku!!(perlukah)



Nak tulis apa nie.
Ya ampun sewius lupa.
Tulungim aku.
(sedang berpura-pura)

Jika aku berpura-pura aku hanya tidak boleh menglog-in. Tapi aku tetap juga boleh berjalan-jalan di dalam belog manusia-manusia lain. Hadoiii. Kenapa aku perlu mempunyai hobi seperti ini. Kenapa aku tidak mempunyai hobi seperti suka mengabiskan masa lapang dengan mentelaah matapelajaran, suka membuat ulangkaji sebulan sebelum test, suka membuat kerja sekula yang diberikan tanpa menyalin jawaban manusia lain, suka, suka hati blogging., ups, tersamsul. Sungguh tidak keruan.

Aku sudah pun menyorokkan laptup ku dalam kotak yang disimpan di dalam alamari yang dikunci dan kuncinya sengaja di sorokkan di dalam bekas kaca yang berada di dalam laci meja yang berkunci dan kunci laci meja itu pula di letak di atas almari bilik sebelah. Ok. Penat. Yayayoyo sila sediakan pam anda! haha.

Tapi semua ini hanyalah bertahan untuk 15 minit ya! Aku jadi tak keruan hidup tanpa lap tup. Lalu ke bilik sebelah mengambil kunci laci meja, membuka laci meja yang terkunci, mengambil kunci alamari, membuka almari yang terkunci, mengambil kotak, membukak kotak, mengambil laptup, mengONkan laptup, mengambil cabel intenet yang di nyorokkan di bawah tilam, dan dengan rakus membukak penster dan blog. Hadoii. Penat lagi. Yayayoyo, adakah saya perlu menalifon ambulen?

Sesunggunya, semua itu sangatlah sia-sia.

Aku rasa aku perlu memajak gadai kan laptup ku untuk tempoh seminggu. Dan mengambilnya kembali pada mingu depan. Itu adalah penyelesaian yang sebaiknya. YA. Jom ke kedai pajak gadai sekarang!


Wednesday, February 11, 2009

Aku sudah di beri hidayah.

Kerana agak busan dengan berita-berita dalam berita harian sejak ahir-ahir ini, aku fikir aku perlu mencari kelainan, lalu membukak DISINI. Tapi ini bukan bermakna aku anti kerajaan dan bukan menyokong mereka-mereka yang sering berdemonstrasi itu. Hanya mencari kelainan dan mahu membuat perbandingan, siapakah yang lebih budus dalam menyelesaikan hal-hal negara ini. Sewaktu membaca, aku terlihat satu tajuk yang agak menarik


"Najib dianggap 'gila meroyan' jatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat "

Gilo meroyan?? Bukankah jenis penyakit itu hanya sesuai untuk wanita yang baru melahirkan anak saje ke?? Najib melahirkan anak? Benih siapa kah itu? Najib seorang wanita? Najib memepunyai rahim? So Najib datang haid pada setiap bulan? Najib memakai tuala wanita jenis apa? Tak mengapa, semua soalan ini tak memerlukan jawapan. Abaikan hal-hal yang berkaitan dengan najib itu.



Ok. Aku baru sahaja mengetahui cara ejaan dan sebutan yang betul untuk perkataan "gila meroyan". Kerana sebelum ini aku seringkali menyebut "gila meriam". Ya, Aku sangat fail bahasa melayu, tapi aku hairan bagaimana aku boleh mendapat A2 dalam kertas SPM04. Mungkin yang menanda kertas itu adalah secret admire aku. Sungguh mulia hati kamu ya wahai secret admire.

Aku juga pernah terfikir dan seringkali tertanya-tanya, kenapa orang memanggil gila meriam(sebelum diberikan hidayah).

Setahu aku, gila meriam(sebelum diberikan hidayah) terjadi seawal 2 minggu selepas melahirkan anak dan ia sebenarnya lebih kepada tekanan perasaan selepas melahirkan anak atas masalah-masalah seperti anak yang baru 2 hari dilahirkan meninggal dunia, anak tidak secumel yang diingin kan, anak sudah pandai melawan/bertindak kurang ajar terhadap ibu setelah baru 3 jam di bersalinkan, kale kulit anak sangat hitam, dan lain-lain sebab yang dapat mendatangkan gangguan emosi kepada si ibu.

Tapi kesemua penyebab-penyebab ini hanya berkaitan dengan ibu dan anak, tiada kaitan dengan meriam yang digunakan oleh pihak jepun untuk menakluk melaya. Kenapa penyakit itu perlu di beri nama gila meriam??. Itu lah yang menjadi tanda tanya kepada aku sebelum di berikan hidayah dan petunjuk yang sebenar.

Sesungguhnya aku amatlah bersyukur(terasa seperti mahu membuat kenuri kesyukuran sambil makan pulut durian) atas hidayah yang diberikan. Dan sekarang aku memerlukan hidayah yang lain pulak agar aku segera meninggalkan arena belog ini dan menyiapkan PSM aku.

Aku rasa aku sudah hampir temui hidayah itu, kerana aku baru sahaja pulang dari perpustakaan sebentar tadi. Mencari buku-buku rujukan untuk menulis PSM aku selama 15 minit, yang sebenarnya 14 minit 47 saat dan dibundarkan kepada minit terdekat menjadi 15 minit. Sangat lama kan, bagi mereka yang sedang menunggu turn untuk masuk ke toilet.

Dan 1 jam lebih lagi digunakan sepenuhnya dengan membelek nona(sambil mengutuk que yang memilih linda jasmin sebagai orang rumahnya), Saji (sambil mencari hidangan yang bakal di sajikan kepada suami tercita setelah pulang dari kerja nanti. Owh berkurun lagi).

Ya, aku pasti, aku sudah mendapat hidayah.


Puak yang hamper pupus.

Setelah mengalami kekeliruan yang begitu dasyat, aku mengambil langkah untuk menggoogle perkataan JAKUN. Haselnya, ini yang aku dapat:

"Jakuns are an aboriginal race of the Malay Peninsula. They have become much mixed with other tribes, and are found throughout the south of the peninsula and along the coasts. The purest types are straight-and coarse-haired, and exhibit typically Southeast Asian characteristics. They are closely related to the Malay people and are probably a branch of the pre-Malay people, the "savage Malays" of A. R. Wallace.

The Jakuns are divided into two groups: Jakuns of the jungle and Jakuns of the sea or Orang Laut. The latter set of tribes now is comprised of the remnants of the pirates and sea-gypsies of the Malaccan straits."


Pada mulanya aku memang tidak mahu percaya akan ayat-ayat di atas. Tiada bukti yang saheh dan tepat(dah supo hadis plak). Tapi setelah menjalani lawatan tapak pada siang hari tadi, aku yakin, aku perlu akur dan setuju dengan fakta ini. Puak ini memang ujud. Kamu perlu percaya. Aku telah menjumpainya pada siang tadi.


Dari pemerhatian yang aku dapat, aku telah membuat beberapa rumusan;

- mereka sangat fasih berbahasa melayu untuk mengaburi mata kita (puak-puak yang moden) dari dikesan.

- berpakaian seperti kita(puak-puak yang moden),

- mereka maseh lagi memakai kasot-kasot kulet, tapi lebih keras dan kental kerana mungkin di ambil dari kulit gajah yang berbangsa india (gajah yang hitam gelap )

- sifat-sifat jakun akan lebih terselah apabila melihat mendalah-mendalah yang berteknologi sepeti kotak besi yang dapat bergerak, papan yang terukir kembar mereka dan jugak papan yang lutsinar(last guna pekataan nie time jawab upsr jajah nam, ketas sains. sungguh merindui).

- sangat kreatif mengayam kulit-kulit siput untuk dijadikan perhiasan di badan, tapi puak ini telah betukar citarasa untuk menganyam biji-biji halus di baju mereka.




Salah satu tarian yang agak popular di kalangan puak-puak ini,
Hanya ditarikan sewaktu musim durian luruh. Kaki yang sedikit terangkat menandakan mereka terpijak kulit durian yang luruh itu. Tidak dapat dipastikan kenapa ketiak perlu diangkat dan di buka dangan 90 dajrah. Mungkin bau ketiak plus durian akan melahirkan bau-bau yang mengasyitkan seperti perfume Britney. Sangat hebat ilmu kimia mereka.




Beginilah aksi mereka setelah menemui papan yang berlutsinar,
sebelum di terangkan oleh aku fungsi yang sebenarnya cermin ini.




Sifat jakun mereka lebih terselah apabila di bawa masuk ke kotak bergerak.
Cuba untuk menekat punat-punat yang ada disitu. Naik ke tingkat 2, setelah sampai, terus menekan punat open hamper 5 minit bagi melambatkan proses pintu tertutup sambel menggayakan beberapa pose yang menarik. Kemudian turun ke tingkat 1, naik semula ke tingkat 2. Ahernya, tersedar akan pekerjaan yang sia-sia itu. Terus turun ke G dan keluar.




Aku bergambar kenang-kenangan dengan puak-puak ini untuk di abadikan dalam koleksi peribadi.



p/s : Kepada puak jakun a.k.a oyen, sila buat sujud syukur, aku telah memenuhi permintaan kamu. Lebih indah lagi kalau ada KFC sampai ke bilik.haha.

Tuesday, February 10, 2009

Belajar untuk melaher.

Aku sangat lah risau akan diri ku yang sangat relax tenang dan sendiasa cool ini.

Aku hanya sibuk mengupdate blog, berjalan-jalan sekitar blog manusia lain, mengemaskini penster, mengfumat laptup, mencari air, meniduri diri sendiri, membuang lemak dengan berpoco-poco, dan bebepara pekerjaan lain yang agak sia-sia sahaja.

Aku langsung tidak memikirkan tentang PSM aku! Test minggu depan aku! Slide yang belum siap di edip oleh aku! Lab riput aku ! Tutorial yang belum siap ! Projek BSM aku !

Aku mahukan perasaan takot, gementar, risau, bimbang dan gelabah biawak.

Tolong ajarin aku untuk melaherkan perasaan sedemikian(yayayoyo! aku berjaya mengeja perkataan ini tanpa bantuan kamu)

Monday, February 9, 2009

DiTag oleh incik yayayoyo

kalau incik pergi ke kedai,
beli kan saya sebungkus coki-coki,
nama saya bukan aya,
saya jawab yaa,

So,berikut adalah 10 perkara about me.

1) Internet dunia tanpa sempadan.
Aku sangat lah gila kentang (bak kata uya) dengan internet, aku suka penster, baca blog, dan sekarang mula menulis blog. Hidup aku akan jadi tak terurus, tensen, lalu gila jika bekalan internet terputus atau sengaja di tutup oleh pihak unibesiti dengan alasan "Sila pergi ke majlis ceramah yang di adakan di astaka sekarang"

2)Semua benda yang berkaitan degan komputer ataupun komputer riba.
Aku sayang komputer riba aku, walopon beliau tengah nazak sekarang. Aku tahu, beliau sangat memerlukan aku ketika ini untuk mengajarnya mengucap kapan tiba waktu nya (likir lagu unggu?aku dapat menghafal?kagumdengan diri sendiri).

Dun wori sayang i sentiasa berada di sisi u, menemani u hingga ke hujung hayat u. Tapi i tak saba la nak berasmara dengan Apple.
haha


3)McD
Makanan segera yang menjadi kegillaan ku. Tapi sekarang tidak. Aku sudah mula memboikot produk berkenaan. Aku masih tertanya-tanya, kenapa aku perlu menahan napsu ku terhadap McD, padahal teptiap malam aku mesti makan meggi, ke kelas setiap hari memakai maybline sebelum tu, breakfast dengan milo. Tidak mengapa, janji aku bahagia.

Aku sangat merindui McD. Mungkin selepas ini aku perlu pergi ke mcd membeli seketul mc chiken dan memesan kepada si pekerja mdc " tolong bungkus dengan pembalot buger ramli boleh". Aku tak mahu berperasaan sedang memakan Mcd. Sangat terasa bersalah.


4) Anak buah-buahan ku.
Aku sayang mereka ini. Kadang-kadang aku merasakan mereka ini sepeti anak-anak ku sendiri, cuma aku belum sempat menyusukan mereka sahaja. haha.Untuk menambahkan filling berkenaan aku dengan gedixnya akan menyuruh mereka memanggil aku IBu. Dan mereka yang sememangnya lurus bendul itu menurutkan saja. Ada kala nya akan di marahi oleh aku kerana tersamsul memanggil Mok Teh, tak panggil Ibu.

Jika ke supemarket aku sendiri yang akan mengoffer kan diri untuk mendukung mereka(yang baby saje ye), dengan harapan aku akan kelihatan sepeti ibu muda yang sangat seksi. hahaha (tapi aku benci juga, aku mungkin tidak akan di mengurat oleh cewek-cewek yang gantang)
Pernah terjadi, sewaktu aku mendukung anak buah aku yang masih lagi baby, tak pasti berapa bulan, seorang wanita yang mungkin berkenan melihat baby ku yang sumel, lalu menyapa.

Wanita : Anak akak ke?

Aku: A'a.(dalam hati, yess misi tercapai. haha).

Wanita : bape bulan ek?

Aku : (tak tahu, tapi pura-pura tak dengar soalan itu)

Wanita: Bape bulan ek baby nie. Sumel la.

Aku : Owh. mmm. masuk hari nie. dah 8 bulan 4hari. (menjawab dengan konfiden gaya seorang ibu)

Sebananye aku sendiri pun tak tahu usia anak buah aku. Kate sayang. Umur pun tak ingat. haha



5) Memasak, mengemas rumah, menjahet
Aku suka ketiga-tiga tugasan di atas. Dah naluri seorang perempuan akan menyukai kerja-kerja sepeti itu. Aku akan jadi busan jika rumah kemas. Aku mahu rumah ku berselerak supaya aku dapat mengemas, tapi dalam masa yang sama aku akan memaki hamun adik-adik ku kerana mengselerakkan rumah. Hahaha. Biasalah, aku kan kakak. Sangat kurang pekerjaan.

Buat masa sekarang aku hanya berpengalaman menjahet baju kurung pahang sahaja. Kain nya aku tak mampu di siapkan kerana aku sangat lah kurang kesabaran, cepat kefedapan dan mudah putus asa. Lalu kain nya aku hantar ke kedai saja. Tapi aku sangat lah berkeinginan untuk belajar menjahet lagi, kerna tak berbaloi jika beli kain harga rm10 dan upah RM35-RM40. Owh. memang sangat tidak berbaloi.


6) Window shopping
Aku sangat suka berwindow shopping. Tolong ajak aku jika kamu mahu ke mana-mana malll yang berdekatan.



7) Tidak bernapsu terhadap movie
Ya. Aku tidak bernapsu kepada mobie yang di tayangkan di wayang or di laptup. Pernah sekali, sedang aku menonton wayang(dirahsiakan tajuk), tetiba mendapat 1 ilham untuk keluar dari panggung, lantas aku menghatar pesanan ringkas ke adik ku yang berada di row depan, aku mahu keluar, bosan, aku dah tahu jalan cerita, dan yang penting sekali aku nak pergi bersuping. Lagi bes!! Lalu aku pun keluar sewaktu cerita baru separuh jalan ditanyangkan. Aku belah secara bersendirian. Sangat bahagia.



8, 9, 10) Suka lagu bintang hati
Aku sangat gila talak terhadap lagu ini. Dan menyampah bila dengar ringtone sahabat ku berdering dengan lagu ini. Ini lagu aku. Tolong tukar lagu lain ok.

Sunday, February 8, 2009

Kisah Politik di Perak !!

Ok. Tolong jangan tanya aku tentang tajuk di atas. Sesungguh nya aku amat lah kurang bijak A.K.A budus untuk berkongsi ilmu tentang hal-hal politik. Dalam erti kata lain juga aku amat lah kosong ilmu pengetahuannya dalam bidang berkenaan. NOTHING. (wah. rindu akan kekaseh gelap yang bernama sedemikian)

Aku pun kurang pasti apa tajuk yang aku arif dan mantap kalau diajak berbual.

Bola sepak?. Hadoi. Aku hanya tahu Mydin menjual bola sepak dengan harga yang sangat murah. Tidak lebih dari itu ilmu bola aku. Atau pun harga bagi sehelai jersi pasukan MU adalah RM30 jika di beli di rantau panjang. Ya sangat cetek.

Gosip-gosip liar barangkali? Mmm. Tidak arif juga. Aku tidak suka akan gosip-gosip yang tak berpaedah itu. Lebih baik menolong emak di dapur atau membantu ayah membasuh kereta. Lebih berbaloi sebab dapat membodek orang tua dalam keadaan mereka separuh sedar. Hasil nya, dapat lah aku memiliki kasut baru dan berjalan-jalan (menaiki kereta yang baru di basuh) di ibu negeri Kedah ( cuba untuk mengetest tahap kebijaksaan geografi anda)

Movie? owh. Aku sangat lah gagal dalam hal ini. Tolong jangan tanya aku tentang movie-movie menarik. Atau mungkin aku akan menjawab, "ala tak ingat sangat la cite tu, banyak sangat tengok mobie, kumpius dah jadi" jawapan ini bagus untuk mengcover diri aku yang sememangnya budus piang dalam hal movie. Tapi aku sangat bersyukur juga tak di kurniakan hobi berkenaan, so tidak perlulah aku menghabeskan duit di wayang-wayang (aku buleh beli baju sepasang dua), Mugking masa aku juga tidak di bazerkan duduk di dalam wayang yang gelap dan tak nampak sesiapa (aku buleh jalan-jalan dalam mall yang cerah sambel melihat lelaki hemsem)

Lagu-lagu?? Owh. Juga sangat gagal. Aku hanya mendengar. Sangat gagal untuk mengenal pasti penyanyi, mengetahui tajuk, apatah lagi menghafal lirik. FAIL. Aku pun kurang pasti apakah lirik lagu yang ada full dalam kepala otak aku. Negara ku? owh tidak. Aku penah tersalah nyanyi sewaktu bermain jangan lupa lirik di tengah laut. Aku pun tak paham kenapa mulut aku yang seksi ini buleh terkeluar, negara ku..tanah tumpahnya...bla..bla.. rakyat hidup bersatu dan PADU. Mungkin aku terlalu riak kerana mendapat lagu yang tersangat lah mudah dan ahernya aku di denda menyelam seluruh badan dalam air laut yang manis itu. Kenapa aku sangat susah untuk menghafal lagu. Mmm mungkin tuhan hanya mahukan aku menghafal ayat-ayatNYA sahaja.

Shawl? tolong la tanya. Aku merayu. Aku sangat arif tentang mendalah ini sejak ahir-ahir ini. Tanya lah apa soalan sekalipun, baik, jenis fabrik? kedai menjual shawl?harga?cara digayakan? Anda pasti tidak akan kecewa dengan jawapan yang akan di berikan.

Aku pun tidak pasti sebab-sebab yang MUNAsabah kenapa aku sangat lah sawan kepada tudung kepala jenis berkenaan. Mungkin aku perasan aku cun kot kalo di kenakan jenis hijab berkenaan. Hadoii. Hahaha. Tapi itu bukan sebab yang utama. Trend kot. Ya aku dapat merasakan ianya Trend sekarang sebab jika kamu berjalan-jalan di jalan TAR (bukan sume jalan yang berTAR. Jalan tun abdul razak sahaja) mata kamu akan di saji kan dengan pelbagai corak bentuk warna shawl yang akan membuatkan kamu menjadi sawan babun untuk sementara.

Harga sangat lah murah, RM10 cuma. tak perlu untuk berfikir panjang. Pilih ambik bayar dan belah. Tiada tawar menawar, kerna kamu mungkin akan kecewa (terasa seperti mahu merompak saja kedai itu pada malam nanti) kerna harga yang di tawarkan memang sangat lah murah. Susah nak dapat weh. Kalau tempat-tempat lain mungin 15, 20 or around2 tu lah jugak. Dah la corak-corak nya sangat lah hengsem. Sesui digayakan ke kelas atau pun ke mahkamah (seperti artis-artis. baru abes kes penceraian.perlu digayakan bersama sunglass hitam)

Ok. Tersedar. Kenapa aku perlu menpromosi kan kedai-kedai jalan TAR?. Aku bukanlah duta untuk jalan berkenaan. Ekin lebih berhak memiliki kerana banyak tudung-tudung ikin di jalan berkenaan. Lepas ni mungkin jalan TAR akan di tukar ke jalan Ekin. Ya. Mungkin barangkali.

Pada weekend yang lalu aku baru sahaja melayan napsu ku di Jalan berTAR. aku memborong 5 jenis shawl yang aku idam sangat. tapi napsu ku belum cukup terlayan lagi. Aku mahukan shawl yang diliputi bunga-bunga cinta pulak. Tulum. sangat mengidam. napsu ku sedang membuak-buak ke arah itu.

Aku perlukan Doremon sekarang. Doremon tolang berikan saya pintu ajaib kamu. Saya mahu ke jalan TAR. Eh tak payah lah. Baik aku mintak kotak impian(pengguna hanya perlu menulis setiap barang yang di impikan di atas sehelai kertas dan di masukkan ke dalam kotak berkenaan, selang beberapa jam, mmm saat lah, lambat sangat jam, barang yang di impikan ada dalam kotak berkenaan). Mungkin aku akan tulis "semua kedai di jalan TAR, swift, kedai barang kemas, bank negara, sogo, ECM, rantau panjang, Israel(mawu musnahkan negara berkenaan), bush(nak buat kuli batak or bibik), M Daud Kilau(nak tanyer, betul ke pak cik gay dan ada anak ikan), dan banyak lagi barang dan orang yang akan di senarai kan oleh aku. hahaha.


Walopon aku sedang sawan dengan shawl ini, tapi aku masih belum cukup konfident untuk menggayakan shawl ini pada setiap masa. Sebab kadang-kadang aku rasa sangatlah huduh sekali dan berkali sewaktu menggayakannya.


INI ADALAH JALAN BERTAR.
TOLONG JANGAN BERIMIGINASI SEPERTI INI BILA AKU MENYEBUT JALAN TAR. OK.





JALAN TAR YANG SEBENARNYA



sorry la. aku tak sempat nak memicit punat talifon tangan aku untuk mengambel gambar di sekitar jalan TAR. Sangat kusyuk membeli dan belah.

Tapi jika kamu terlihat bangunan sogo yang sejibik besar gedabak sebegini rupa.
Sila melompat keriangan kerana anda sedang berada di jalan TAR.

Thursday, February 5, 2009

Kegedixkan yang tahap dewa19

Aku sangat tidak mengerti akan kedixkan aku sekarang ini.
Anda tahu? Ufkus la tak.
Aku mahu BERKAHWIN YA tuan-tuan dan puan-puan
BERKAHWIN. atau bahasa lain nya berumahtangga.(tak kesah la kalau rumah yang pasangan berkahwin duduk tak mempunyai tangga pun, tetap di panggil berumahtangga)
Kalau bahasa yang lebih Islamik di panggil
hubungan diantara lelaki dan perempuan degan ikatan yang sah iaitu nikah atau(ijab dan khabul).
Perhh. Memang lulus kursus kawin nie.
Tak payah ambik dah.

Dan effect atau kesan diripada kegedixkan ini, aku telah menggogle banyak menda yang berkaitan majlis perkahwinan.
Salah satu contoh adalah pelamin angan ku. Perrhh.
Nie dah sampai tahap wajib kawen dah nie.
Ok.Beak lah. Kawal gedix anda.
Anda perlu berkahwin pada 20122012.
Sangat cun kan tarihk itu.
Itu tarihk bunda aku membersalin kan aku.
Aku dah pun pilih.
Ya aku memang sangat merangcang akan masa depan ku sehinggakan cita-cita ku adalah menjadi perancang bandar.
Tapi aku rasa aku lebih sesuai menjadi usahawan muda yang berjaya dan kaya raya. Sila lawati blog anak syarikat aku Bora-Bora fasion.
dan juga sila jangan tekejuk beruk jika blog itu tiada apa-apa entri sebab aku dalam proses manampal gambar-gambar dalam blog itu.
Ok. Tersasar. Tembali ke tajuk utama.
Kawan-kawan aku pun turut sama gedix memilih tarikh perkahwinan masing-masing.
ada yang 121212. ada yang.mm.ada yang tarihk nya.mmm.
ok. aku memang dah nyanyok sekarang. tak ingat ye. nanti aku tanya balek mereka.
semuanya ada tarikh masing-masing.

IKLAN
Terbuka Hanya Kepada Lelaki Yang

  • Kaya(sebab aku nak duk lumah kira duwet je, x mo keja)
  • Putes (dengan harapan anak-anak aku yang laher nanti akan gebu dan sumel-sumel belaka.haha)
  • Alim Ulamak (agar dapat mendidik dan membimbing aku ke jalan yang benar.Amin)
  • Hengsem secukup rasa (tidak jemu mata memandang)
  • Pandai memasak
  • Pandai lipat kain
  • Pandai basuh kain
  • Pandai sidai kain
  • Pandai iron baju
  • Pandai jaga anak
  • Pandai membasuh berak anak
  • Pandai memandikan anak
  • Pandai menyusu (botol ye) anak
  • Pandai kemas rumah
  • Tidak pandai atau bodoh untuk menselerakkan rumah
  • Pandai jahet lanser dan baju pesyen-pesyen sepeti baju dato siti kawen
  • Pernah memasuki raja lawak, ujibakat pun diterima juga
  • Pandai bercucuk tanam terutaman nya sanquik dan epel hijau
  • Suka ke market membeli ikan dan sayur
  • Dan banyak lagi. Aku da letis menyenaraikan.
  • Eh lupa ada lagi. Islam
  • Melayu
KEPADA LELAKI (bukan bapok,pondan,atau nyah)
YANG MEMPUNYAI SEMUA CIRI-CIRI DI ATAS

SILA MELAMAR SAYA OK.




PELAMIN YANG SERING AKU SAWAN-SAWAN KAN


sangat chantek dan simple.


yang nie pun. Aku nak bunga yang fresh. Pelamin putih. Nampak sangat bersih dan suci macam aku.


ada banyak lagi. Tapi yang paling dan sangat aku nak yang macam kat atas ni la.
Even pelamin nie sesuai untuk majlis pertunangan or nikah saje, aku tetap mahu juga di hari perkahwinan ku. hohohoho.
Sangat suka berangan-angan mat jenin betul.



Sekian.
-Aku yang gedix untuk berkahwin-

Tuesday, February 3, 2009

Di kampung halaman

Hari: Isnin

Jam: Lepas Zohor

Lokasi : Sungai petani

Misi Utama: Mencari langser yang bekenan di hati, tapi jupe kain cotton yang sangat sumel dan trus membeli

Kenderaan : Abanza auto

Pengikot: Aku, Mak Su, Munira(kezen), Ucop(kazen a.k.a jejaka yang dipaksa kawen dengan aku ules mak su, alasan dia pandai menjahet sesiapa yg nak jahet langser sila hubungi aku ye.baju kurung yang bepesen2 pun boley. hadoiii. Mak Su, tulum la cari yang jauh2 sket 2 pupu ke 3 pupu ke..)



sangat busam melihat kain yang corak-coraknya sesuai untuk org tuwa, lantas memicit butang d talifon tangan dan bergaya di cermin



sangat bekenan dengan ini kain cotton. lantas membeli 2. 1 for me 1 for my lalim



lepas penat mengusya kayen, trus ke RFC Radix Fried Chicken (sbb boikot kfc)
1st time pegi. Agak jakun.
Banyak guna unsur-unsur merah. Memang persis KFC.

Uniform : pekeja pompuan sngat menutup aurat.
unifom ala2 baju punjab yg belah tepi. Kale oren.

Kesedapan: Ok. Setaraf KFC. Lebeh sedap dan sangat sedap lagi sebab free.

Minuman: tiada cocacola.tiada pepsi. tiada F&N.
yang ada colacola HPA. kopi radix. ayer2 kordial keluaran HPA.

Kesesakkan : sngt sesak, sepeti manusia sedang balatur mau membeli tiket bola perlis Vs kampung boy. Lebeh sesak dari KFC.
aku berator jam 5. dapat makan jam 6 lebeh.

Harga : Lebih mura dr KFC.

Kelebihan : Ada 1 kawasan makanan yang sepeti kandang kuda.
1 meja di pagari oleh kayu-kayu di sekeliling sehingga ke ciling.
pintu masuk ke kandang kuda itu ada benda gantung yang panjang.
kalenya adalah liplapliplap
tapi kandang kuda itu agak gelap
kurang sesuai untuk makan





manusia sangat ramai.


munira a.k.a budak yang suka meragut kesucian kuw.



jupe pelakon ayat-ayat cinta.
dia pom makan RFC (susa nye nak sebot. tegeliat lidah)



mak su juga turut sama jakun.