❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 30, 2009

Entri Yang Panjang di Cuti Panjang

Tima kasih la pada wartawan hiburan melodi kita Puan Re3n!!

Tima kasih jugak la sebab sudi terjah blog i.

Tapi soalan waktu terjah tak berapa nak memberansangkan sangat laaa.

Tak boleh menimbulkan kontrobesi langsung.

Lenkali tanya la soalan macam..........

"Kenape u nampak menawan ek sekarang nie? Pakai susuk ek?"

"Bukan u ke yang jalan dengan Datuk K dekat airport hari tuh?"

"Dengar kate u nikah dengan ZA kat siam ek ?"[soalan paling i likee! hoho]

Soalan semacam ini la yang i idam-idam kan..hahaha.

Terjah lagi yer lenkali..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

clap2!munaw dh ada fesbuk.aku dh add ko dh.btw,mana ko menghilang?lama giler ko xde eh.bljr memasak ke pe?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Untuk menjawab soalan tuh..

Kejap ekkkk

I rasa i kena rewind balik otak i nie.

Besa laaa bila dah mencapai tahap akhil baligh nie macam-macam nak kena ingat.

Bila di imbas kembali uishh.

Masa-masa cuti i memang sangat terisi.

Mula-mula stat cuti raya aji.

Ofcost la i sebagai mukmin yang sejati akan menyambut raya korban.

Second day my parent buat majlis makan-makan.

Lagi laaaaa betambah bizinyaa.

Seminggu jugak la i duk beraya sakan.

Mak cik, mak long, mak ngah, tok ngah, semua sibuk nak buat korban.

Sampai kentut i pun bau daging korban.

Dalam freezer tu tak payah cakap la penuh dengan daging saja.

Kang aku blender buat mandi, padan muka.

Tapi bedosa la pullak.

Hik hik


Gambar di pagi raya yang tak dak arah tuju sangat


waaaaa.. i tak buat bihun sup raya kali nie...


Orang islam semayang


Orang islam tengah takbir raya


Orang islam yang lain.





Gosip ke kak oii...


Hek eleh... saja la tuh nak tunjuk rajen.. padahal i lagi rajen..


Dan bila semua sudah selesaii.... selamat menjamah








Dah habih beraya, mula la kehidupan i sebagai janda anak 5

Dah la laki takdak, tiba-tiba boleh ada 5 orang anak

Biasa la bila cuti sekolah nie

Anak-anak kompem kena hantar balik kampung

Alasan cucu rindu kan tok wan konon

Padahai mak ayah sibuk nak bermadu dambaaaa

Penat jugak ek nak jaga budak nie

Ya ampun, tension dalam kepala otak nie tuhan saja yang tau

Rumah tungga langgang dah macam Zoo Negara pun ada

Hanger tuh tak payah cakap la

Memang melekat kat tangan i 24 jam

Tapi tak jadi apa-apa jugak la budak-budak nie

Kulit cap bewak benua mana tah, Kebal betoi.

Bila dah semua tido baru la terasa aman nya duniaa

Kalau tak asyit dengar....

"Izzatttttttttttttt....tak paham ka makteh cakap apa!"

"Ausssssssss..... jangan main barang makteh"

"Husnaaaaaa.... simpan balik makeup maktehh!"

"Kakakkkkk.... jangan melampau sangat boleh dak!"

"Syimahhhhh... esok la pulak kita makeup!"


Syimah


Husna


Aus


Melaram tudung i..tak maloo


Bila wonder pet tiba, cam nie la jadi..





setelah seminggu di kampung


Setelah 2 minggu di kampung.. i tatau la jadi apa kalo duduk sebulan






Tengah-tengah i duk sibuk jaga anak-anak yang hilang arah tuju nie

Tiba-tiba my mum pulak suruh pergi teman my sis kat shah alam yang sarat mengandung.

Seminggu lebih jugak la i jadi bidan terjun plus bibik sejati kat sana



hey baby


baru 12 jam


Altaf Zikri


Altaf



Zikri


i tatau nak panggil altaf or zikri.. 2-2 macam terasa geli2 jeer.. hahah






Lepas beranak 3,4 hari baru la balik kampung.

Baru je 2 hari bemalam.

Tub-tub adik-adik i plak nak pergi bercuti

Konon orang lain cuti sekolah dah pergi mana hala dahh

Yang derang duk teperap kat rumah jer

So esok tuh, pergi la ke perak pulak.

I yang konon protest tak payah pergi laaa, duk rumah je laaaa

Last-last bawak baju macam taknak balik rumah dahh.





Dengan sepupu sepapat


Naik menatang apa tah yang macam pensil..


Hey ingat i nie apa.. Campak-campak tengah laut.. mintak balik duit padam muka


i sedang di rejam ke? tapi i tak penah bezina!!


Tulung.. pencabul sedang mencabul i..


Tak nampak apa-apa kann??


Lelaki simpanan


Saja bagi hitam sikit kulet. Bosan la putih melepak sangat


Abaikan drumstick itu












Lepas penat jalan sana sini

Balik rumah..kemudian..

Baru la i ingat "ehhh, aku ada belong rupenyerrr"

hehehe..





PdanS: Tahniah sebab bejaya scrool sampai habeh walopon tengok gambar je, i tau laa...

Monday, December 28, 2009

Muka Buku Saya!!

Di sebabkan i dah letih dengar orang asyit menanyakan; main tak facebook? tak main ke facebook? Facebook tak main ke?

Dan i pun dah letih nak jawab tak la, tak de la, tak main la.

Sooooooo....

I pun membuat satu keputusan yang drumstick[i lapar ke] eh drastik untuk meujudkan satu akaun mukabuku.

Kawan-kawan !!!

I DAH ADA FACEBOOK !!!!

Yuhuuu..

Cepat la gumbiraaaa!! Tepuk tangan sekali!! Loncat tinggi-tinggi tau!!

Eh..tak payah nak paksa diri nangis-nangis. I tak suruh.



Walopon dulu bila orang tanye main facebook?

Tak main, saya orang islam yang tidak menyokong israel.

Tak main, saya sibuk. [a'a sibuk tidoq]

Tak main, facebook melalaikan.

Tak main, facebook dapat merosotkan keputusan peperiksaan. [eh sebelum nie result lulus cemerlang dengan gemilangnye ke?]

Tak main, mak tak kasi.[aik sejak bila mak tahu pasal facebook,komputer pun tak penah nak sentuh]

Tapi tu dulu.

Sekarang, i rase lepas nie i pulak akan sibuk nak tanye orang,

Eh, main facebook ke?

Add la i, jangan lupa comment, melawat la kebun i, jangan curi-curi sayuran i tau, tuhan marah.

Nak pesan jugak macam tuh, Walopon pada dasarnya tak penah ujud pun game kebun ke, game menatang ape tah yang lain-lain tuh.Hahaha.

Nak tengok orang comment pun tatau.

I tatau laaaa...

Seriusss.

Macam mana nak jadi pemain facebook yang tegar nie.

I tau upload gambar lelaki chantek je.

Yang tu je ilmu yang i ada.

Sedih kan.

Cepat la kawan-kawan yang mulia di luar sana.

Cakap nak buat kelas itensif untuk facebook yang yuran percuma! makanan di support! laptup di sediakan! ada saguhati dari secret recipe, pizza, mcd, di setiap penghujung kelas!

Indah nye dunia kalau ada kelas itensif yang semacam di ataskan.

Tolong la ujudkan.

I sanggup tak tengok melodi hari ahad,

I rela skip Ultrament Saga pagi sabtu,

OK





ADD JANGAN TAK ADD !!!!




Sunday, December 27, 2009

Yuuhuuuuuu...

Lama tak update blog kan??

Bukan blog saja, Internet, komputer, laptup dah bekurun i tak sentuh.

Sadis betoi.

Sampai bila bukak friendster pun tetiba jadi jakun!!

Ehh.. nate gapo nie..

Betoi ke ni friendster.

Check address balik.

Betul dah.

Sib baik teringat entry Si Acapan tuh.

Lepas tu bila dah sign in.

Pun terjakun lagi.

Ya ampunn..

Aku kena tekan apa nie..

Ok. Fine.

Sign Out sekarang!!

Padan muka!!

Kemudian.

Ehh... bila sign out pun jakun jugak.

Lain betul friendster sekarang yer.

Di sebabkan i dah tak pandai men frienster dan friendster sendiri pun dah tak nak friendly-friendly ngan i.

Sooooo... Sooooooo.... So????

I nak bukak Muka Buku laaa....

huhuu.

Jangan marah yer friendster.....




PdanS: Bila dah lama tak update, jari-jemari pun dah terjakun kejap. Gagap plak jari i nie mentang-mentang laaa dah lama tak pegang keyboard.

Saturday, November 14, 2009

Ketika Cinta Bertasbih

Aku baru je habis nonton "Ketika Cinta Bertasbih"

Walaupun tonton dengan berkelajuan 15 minit tapi tah la

Rasa macam sangat menyentuh perasaan.

Bukan sebab cerita tu.

Mungkin sebab aku yang tiba-tiba nak terfeeling malam-malam buta cam gini..

Tiba-tiba aku terfikir,

Sape la bakal suami aku nanti

Macam mana dengan rupa dia? OK ke? Sedap mata memandang?

Agama dia? Ok? Boleh ke bimbing aku yang lemah nie?

Perangai dia? Ok? Boleh melengkapkan segala kekurangan aku?

Bahagia ke aku nanti?

Kadang-kadang aku tefikir kenapa tuhan rasiakan jodoh kita?

Kan bagus kalau kita tahu yang kita kenal, atau yang kita tiba-tiba tejumpa, atau yang kita selisih di pasar malam, atau yang kita sedang couple tu adalah jodoh kita.

Kan Bagus.

Tapi tuhan lebih maha mengetahui.

Segala yang di atur, segala yang di tentukan ada sebab nya bukan.







Untuk kamu yang bernama jodoh dan bakal menjadi pembimbing saya

Tiba-tiba malam nie saya tefikir pasal kamu?

Kat mana laaa kamu sekarang?

Macam mana laaa rupa kamu?

Agaknye bila kita akan jumpa kan??

Atau yang sebenarnye kita penah jumpa??

Atau kita memang sangat kenal??

Tak kesah laaaa

Janji kamu adalah jodoh yang terbaik yang tuhan berikan.

Saye harap saye akan bahagai

Saya akan berubah menjadi lebih baik

Setelah bergelar isteri kepada kamu!!

Boleh tak nak cakap yang saye rindu kamu!!













PdanS: Sape cakap aku gedix malam nie sebab buat entry pasai rindu bakal suami, sila bunuh diri !! Pergi minum racun ke, gantung diri dalam bilik air ke. Aku tak gedix laaa cuma terover feeling pulloksss. Tapi tak pe kan?? Tak bedosakan?? Hahahaa..

Friday, November 13, 2009

Entri yang kucar kacir.

Yuhuuuuuuu... i sudah kembali !!!!

Suke tak?? suke tak???

Nyampahhh??

Ok. Fine.

I delete sekarang jugak blog nie !!!

Padan muka engkau!!!

Haaa... Jangannnn???

Takut la tu kalo i delete blog

I tau u all tak leh idop tanpa i di sisi kan??

Mesti hidup u all dah tak ceria bersinar bak sang SURIA-tisleman.

Kan? Kan??

Hahahaa..

Koya nak mamposss.

Semacam la diri ini glemer bak hamis, chika, jebon, redmumy dan mereka-mereka yang lain.

Kan? Sekadar ada 21 follower tu tak yah laaa nak blagak tak teagak-agak macam burung gagak yang singgah di ....gak[maap. saya sangat cetek pekataan]

Dah la blog background kale merah buat sakit mata je

Update pun pemalaih tahik.

Ada hati nak kapel ngan selebriti plak tuh

Lepas tu nak jeles sambil tension-tension bila ZA kirim salam ke pompuan mana tah

Macam la kamu yang belakon Gaduh dan 100 hari jadi dan Kami dan Merah Putih dan Datin Wannabe

Apa yang sedang i carut kan ini???

Ok.ok. Sudah-sudah la mencaci diri sendiri.

Malu la orang lain baca.

Haishhh.

Ini entri sekadar kabus pagi je [ada apa dengan kabus pagi]

Ye la kabus, sebab konon macam penghias kulit Remaja je.

Tapi isi dalam tak selazat durian siam D24 yang RM30 sekilo

Eh. Ape sebenarnye yang i nak tulis nie??

Kejap kabus? Kejap Remaja? Durian siam D24?

Serabut-serabut! [Kabus Serabut? Ups]

Ok. Abaikan.

Cukop la kan untuk malam nie.

Nak lagi sambung sendiri la yer.

I sibuk nak dodoi anak dalam perut nie.

Tak nak tidor-tidor lagi.

Asit tendang-tendang je.

Sakit perut ibu tau !!







PdanS: Saya sedang bermasalah dengan perut sekarang!! Banyak sangat angin yang keluar ikot mulut dan Tutttt[maap ye rumet untuk pengudaraan yang tak berapa nak segar bugar pada ahir-ahir ini].. Penghadaman yang tidak sempurna!! Eno langsung tak berkesan !! 100Plus pun tak memberi hasil yang memuaskan!!! Macam mana nieee??

Thursday, November 5, 2009

Bodoh dan bodoh!!

Terasa diri sangat baik?

Pahala sudah banyak dan dosa sangat sedikit?

Mahu menambah sedikit je dosa?

Jadi apa tunggu lagi

Tontonilah Dance Flick

Pasti dosa akan betambah sebanyak 3gram dalam masa 1jam lebih !!



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


ups. Ini bukan cerita Lucah yer,

Tak de 18 sx,

Tak de ilmu-ilmu berkaitan kamasutera or aksi-aksi ranjang or doggy-doggy ok!

Hahahaha.

Dosa kamu akan betambah sebab cerita ini akan menjadikan kamu seorang penyumpah[bukan sumpah-sumpah yer] yang begitu tegar sekali.

I tonton cerita nie sambil mulut tak henti-henti,

Bodoh..hahaha..

Eeee..bodoh..

Bodoh..bodoh..

Bodoh..bodoh..

Sangat tidak baik la untuk kesihatan dengan menyebut seperti sedemikian rupa

Tambah lagi di kala-kala menjelang ujian penilaian ahir sem nih.

Hahaha.. Tapi apa boleh buat

Memang cerita tuh bodoh..

Bukan bodoh yang jalan cerita macam taik kucing

Tapi bodoh sebab sebab mmm sebab mmmm adalah

Tonton la sendiri ok!!

Memang wajib tonton tau sebab i yang selalu tengok movie dengan berkelajuan 3 minit saja tiba-tiba bila tengok cerita nie jadi 1 jam setengah tanpa forward-forward ke depan!!

Sangat kagumkan

Sila tonton!!



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







PdanS: Perlu ke saye amik MC untuk menulis blog, untuk mengupdate blog, untuk bekunjung di blog lain demi kesejahteraan peperiksaan saya?? Perlu ke?? Hahaha. Nak cuba la! Semuga bejaya!!
Align Center

Wednesday, November 4, 2009

Abaikan entri ini.

Kenapa bila kita terbuat salah [tapi salahker?]..............................

.................................................................................................

.................................................................................................

.....................................[dalamhatisuda]..........................................

.................................................................................................

.................................................................................................

.................................................................................................

.................................................................................................

.................................................................................................

Maaf aku memang tak suka manusia jenis ini

Boleh jadi akan membenci





Aku laaa yang besalah
Aku kan jahat



Engkau kan baik






PdanS: Kadang-kadang semakin hari bukan semakin sayang, semakin hari semakin rase macam menyampah pun ade. Semakin dekat semakin paham ke??, Ye, semakin paham dan semakin malas nak paham lagi. Mampus kau laaaaaah... @#$%^&*

Tuesday, November 3, 2009

Hari yang aneh!

Letih siot present PSM hari tuh

Dah la bangun seawal 7 pagi

Pergi falkulti seawal 9 pagi

Tub tub dapat tahu turn no 10

Tepaksa la tunggu 3, 4 jam lagi

Punya la lama tunggu sampai

Pundi kencing pun nak mengada

Time-time nie la nak tunjuk beliau rajin bekerja

Masuk keluar masuk keluar bilik present tuh tah yah kira laa

Last-last pukul 2 baru la settle present i

Sib baik panel tak cakap

"Ok kita stop untuk rehat dulu sejam!"

Elahh.. Nasib baik la sangat

Memang la panel tak cakap macam di atas sebab di cakap lagi dasyat dari di atas

Mengomen, mengkritik seperti yang tidak di sangka

Lebih teruk dari adlin kalau ni AF la

Kalau ni OIAM, lebih menikam dari Paul Moss

Kalau nie Akedemik Al-Quran??

Tatauuu?? Ishkk.

Yang imliah2 nie yang nak bawak masuk syurga nie takdak masa nak tengok kerss??

Hahahahaa

Mmmmm...Tatau la nak dapat berapa markah present aku tuh

Sedih betoi

Ok. Usah di layan peristiwa yang aneh itu

Mari kita layan gambar-gambar sebelum i jadi Allahyarham [ishk..jangan weh]

Sebenarnya i tatau nak tempek kat mana

Photopages pun tak de, Flick lagi la

Sini pun boleh la kot

Dah. Dah.

Jalan je lah



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Cehhh.. Sebelum present, biase la kan, mesti la kena tunjuk muka konpiden tak leh belah,
ayat tesusun kemas teratur



Lepas tu practise muka konfident jawab soalan.
Macam comel-comel je kan



Ingat nak gigit jari gini la bila kena tembak nanti
Tapi tak sempat laaa sebab asit senyum tesimpul malu



Bila turn dah nak sampai , muka start nak gelabah bewak, kelat cam ape tah



Tapi yang ujung tuh lagi strees arr. Aku yang tengok pun rasa cam nak join sekali stress



Macam sangat membantu je stick2 note yang comel-comel tuh.
Bila p depan, ok mari konfodent dan belagak tak payah tengok ketas,
lalu ayat pun jadi keling, bahasa betukar parai



Last.



PdanS: Saya akan menjalani peperiksaan ahir sem pada minggu depan !!!

Monday, November 2, 2009

Kepada Nur Hidayah Che Omar.

Hadoi serius shit i tak ingat hari nie berapa hari bulan sebab asit ingat, ok hari isnin kena present PSM. Hadoi, hadoi, hadoi dan hadoi lagiiiiii.

Ampun kakak ku, i lupa yang hari nie 2.11 dan bemakna 1.11 dah lepas!!

Sori sangat-sangat la daling!!!!

Takpa takpa, bagi menebus kesalahan i yang alaaa kecik je tuh, apa kata nanti i bagi hadiah spesel kat u naaa. Mmmm tak payah tunggu nanti-nanti laaa. I bagi sekarang jugak hadiah spesel tuh.

Ok. Daling.

Sila tutup mata anda!!

Ishk tutup mata laa

Yang p pekob idung tu bokpa

Cepat tutup mata

Ok. Bagus-bagus

Nanti i bilang 1,2,3 u bukak yer

.

.

.

.

1

.

.

.

.

2

.

.

.

.

.

Makcik Bedah, baru 2 laa

Awat makcik bukak dah

Lepas 2 kemudian 3

Baru boleh bukak.

Ok!

Ada paham!

Sekali lagi kira

.

.

.

.

1


.

.

.

.

2


.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

3

.

.

Taaaadaaaaaaaa...

Nah amik nie

Seguni rantai Emas i kasi kat u



Kalau u ingat i beli kat pasat-pasat malam yang tiruan-tiruan tuh

U silap dear

I google jerrrr

Hahahaa

Lagi hadiah sebab i ada duit lebih [masa lebih sebenarnye] i nak belanje u keta nie lah.



U ambik la

Jangan segan-segan tau

Eh lupa u tak dak lesen memandu lagi kan

Takpe takpe i kan bijak orangnye

Nah ambik nye i bagi driver sekali



Dia nie driver je tau

U jangan gatai-gatai nak p bechinta pulak

Kot-kot tetiba nak buat abang angkat ka

No no nooo...

I tau la taste u cam-cam gini

Tapi i tak berapa nak bekenan sangat la dengan taste u tuh

Ingat tau driver je

Ok lah.

I dah tak boleh shopping lagi kat google sebab i nak p mandi

U jaga diri bebaek k

Daaaaa!!



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SELAMAT HARI LAHIR KAKAK KU

SEMOGA DENGAN UMUR YANG LEBIH MENINGKAT INI MENJADIKAN KAMU

LEBIH MATANG

LEBIH DIMURAHKAN REZEKI DARI TUHAN

LEBIH DIBERI KEBERKATAN OLEHNYA


LEBIH BAIK DARI HARI-HARI SEBELUMNYA


LEBIH DIPANJANGKAN UMUR

DAN

LEBIH GEMUK

LEBIH HUDUH


LEBIH TINGGI


SEKIAN





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



PdanS : Syukur aku masih bernyawa!!