❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Wednesday, May 8, 2013

Antara Dua.



Assalamualaikum. Hai pagi. Hai kalian. Hai. Senyum panjang panjang pagi ini. Jangan di tanya kenapa. Tapi hati nak rasa suka. Hati nak rasa gembira  yang tak tahu sebabnya kenapa. Aci? Hihi

Biasalah, mood cuti yang tidak kehabisan lagi, maka sememangnya diri akan jadi teruja untuk besuka ria lagi. Engkau tunggu la seminggu dua lagi. Mesti tajuk tajuk entry akan berbaur seperti Duhai Kampung, Yang di rindui, Owh Sawah Padi. Yes!! Mesti meroyan bakal bermula. Hahaha.

Nak tulis apa di pagi yang hening di kala berhari Khamis nie. Office kosong, ada yang ke kelas, yang tak ke kelas membawa diri keluar sarapan. Aku? Hurm, terasa seperti mau puasa saja hari ini. Tapi tidak bersahur, dan semalam tidak di masukkan apa-apa protien ke badan. Cuma berharap pada breakfast semalam saja, nasik minyak kambing. Hurmmm. Agak agak boleh bertahan tak? Hurmmm. Entahlah, tengok lah sekejap lagi keadaan perut nak bergazal ke, nak berdangdut ke, tapi, kalau berrock kapak memang harus bebuka. Ada jugak aku jatuh tegolek dalam kelas petang nie.

Kamu, tetiba rakan sekerja masuk office, lalu di ajak breakfast. Kat kedai tepi sungai tu, alah yang ada kuih bakar sedap tu. Alahai. Begemana nie. Haishhhhh. Kompius nie. Nak pergi ke tak. Ishk. Puasa hari Khamis nie. Sunah Nabi. Besar ganjaran dia. Hummmm. Tapi kuih bakar. Sedap tuh. Dah sebulan lebih dah mengidam.

Errrrrrrr. Tulum sayaaaaa..

Errrrrr. Setanggg sila jauhi.

Errrrr. Ok. Jumpa kat sana.

Sekian.




PdanS : Semoga kuih bakar dia sudah habis. Teselamat puasa aku hari ini. Aminnnnnn.

Tuesday, May 7, 2013

Kalaulah...





Kalaulah mereka bukan sekadar mengetahui, tapi cuba memahami, cuba memberi apa yang dihajati.. Hurmmm..

Tak mengapalah, Allah kan ada. Allah Maha Mendengar. Luah kat Allah. Allah Maha Memberi. Mengadu kat Allah.

Ya Allah.... 












.

Friday, May 3, 2013

Rasulullah Ya Habiballah..



Lagu yang buat mata aku berkaca.

Pertama kali mendengar

Dikala pagi pagi.

Menuju ke tempat kerja.

Ya Allah.

Terus menusuk kalbu aku.

Ya Allah, rindunya.

Ya Rasulullah Ya Habiballah..

Pabila terkenangmu..

Mengalir air mata ku

T_T









PdanS : Disaat semua mereka sedang mengagung-agungkan pemimpin pujaan mereka, sampai lupa seketika apa yang Nabi bawa, apa yang Allah perintah. Ya Allah, andai ada Rasulullah tika ini, Ya Allah, pasti aman dunia. Amat berharap pemimpin kali ini seorang yang berjuang sehabis habisan   menegakkan agama Allah.

Monday, April 29, 2013

Jam 5.15 pagi.



Bagun untuk menyiapkan satu kerja. Tetiba teringat mimpi semalam. 

Bila rindu, mimpi aku akan berkisar tentang di sana. Jadi semalam mimpi lagi.

Kisah yang sama, kami sedang melakukan ziarah. Kali ini ke ladang unta.

Entah kenapa mak begitu teruja untuk masuk ke ladang itu, padahal sudah banyak ladang unta yang kami singgah. Tapi aku sebagai anak menurut saja ajakkan emak.

Sampai ke dalam sana, aku kabarkan pada emak, aku tunggu di sini saja. Emak masuklah ke sana. 

Aku hanya memerhati kelibat emak. Aku tak tahu nak cerita bagaimana, yang pasti dalam kandang itu ada jentolak. 

Jentolak itu besar. Tiba tiba ia berfungsi sendiri. Emak cuba dekati untuk membantu  mematikan jentolak itu. Dan aku tak tahu bagaimana perlu aku terangkan. Gambarannya masih jelas lagi bagaimana kejadian itu berlaku. Tapi yang pasti tiba-tiba jentolak itu menghempap badan emak. Ya Allah. Hancur.

Aku tak sanggup melihat. Hanya bertanyakan mereka sekeliling bagaimana keadaan emak. Terus aku mencari ayah. Peluk sekuatnya. Mata terus basah. Berlinang dengan air mata. Ayah pun sama. Waktu itu tak ada siapa yang lebih memahami dan merasai perasaan kami. Aku dan ayah saja. 

Hati cuba dipujuk "Takpa ayah, nyawa mak, Allah ambik kat sini... InsyaAllah, kat akhirat nanti syurga tempat mak.. kita tak boleh sedih..... bla bla bla bla......"


..... sudah.. sudah... aku tak boleh meneruskan kisah mimpi yang merapu ini. Walaupun ianya cuma mimpi, tapi mampu menjejaskan mood seharian aku. Walaupun hari ini adalah hari pulang ke kampung. Sangat akan menjadikan aku down! Sudah!

Nak mak ayah sekarang!!! Sekarang jugak!!






Rindu berpaut.



Duduk bersaja. Hati tiba-tiba terusik. Ada sesuatu menyapa. Tak nampak di mata. Tapi di hati jelas. Tak ada samar.

Sapaan itu buat hati ada teringat. Buat rindu singgah ke jiwa. Buat senyum berpaut ke wajah. Alahai. Bibir menguntum seketika.

Siapa tak rindu andai pernah bertentang mata.

Siapa tak rindu yang ditungguh pernah hadir depan mata.

Siapa tak rindu bila berjumpa dengan penuh teruja dan berpisah dengan air mata.

Siapa? Siapa?

Ya Allah rindunya nak buat Umrah lagi. Nak duduk depan Kaabah. Nak berdoa kepadaNya. Nak luah segalanya. Terasa sangat dekat dan terlalu dekat.

Ya Allah rindunya nak solat dalam Raudah. Nak sujud lama-lama. Terasa sangat dekat dengan Nabi. Semoga bila di Sana nanti peroleh syafaatnya.













PdanS : Nak pergi lagi. Sangat berharap, moga ada jemputan lagi. :(

Friday, April 26, 2013

Quote #94




Jika tidak ada orang yang melakukan kesalahan kepada kita, mana mungkin kita mendapat pahala sabar?


Jika tidak ada orang yang bersalah dengan kita, kita akan rugi kerana tidak berpeluang mendapat pahala memaafkan. 


Sedangkan sabar dan memaafkan itu sangat besar pahala serta nilainya di sisi Allah.








.

Thursday, April 25, 2013

Di Hari Jumaat.



Tidak tahu untuk berbicara apa. Hanya mahu menempek sekeping gambar dan memberi beberapa kata.

Kami bertiga yang masih bersingle single dalam Jabatan Kejuruteraan. Dan kami bertiga ini juga, dengan tidak disangka sangka dijemput dulu untuk ke Rumah Allah. Bermula dengan aku pada 10 Februari yang lalu, kemudian Si Elly yang di tengah, bertolak pada tarikh aku pulang ke sini. Dan yang last, Siti bertolak ke Sana pada tarikh Si Elly pulang ke tanah air. Aku balik, seorang pergi. Seorang balik, seorang lagi berangkat pergi. Alahai. Tak terjangka langsung dek akal untuk semua aturan ini. Cantik sungguh susunanNYA. ^_^

Mula mula semua berdiam diri. Konon seperti mahu merahsiakan Jemputan yang di terima. Tapi ahirnya, bila borang itu ini kena isi, berdepan dengan banyak hal, maka terbongkar juga lah kisah yang di simpan rapi. Hihi.

Beberapa minggu sebelum aku berangkat, kalau jumpa saja di sekitar kolej mesti akan sama-sama bertanyakan perasaan. Macam mana? Berdebar tak? Rasa apa? Apa yang dah belajar? Yes. Bertemu saja pasti banyak benda yang nak di bualkan.

Sekarang, semua yang Indah itu sudah berlalu. Tanpa aku duga, semakin hari semakin rapat ukhwah yang terjalin. Pergerakkan aku banyak bersama mereka yang ini. Bermula dari hanya berkongsi kisah pengalaman di Sana, tiba-tiba banyak pula persamaanya. Terutama hal hal rasa. Apa dalam hati aku, minda aku, diri aku, bila diluah, semuanya hampir sama dengan apa yang mereka rasa.

Dulu, sampai aku ke bumi Kuantan, harapan aku satu. Tempat baru, kawan baru, susana baru. Maka, mahu menjadi yang baru. Mahu memulakan yang baru. Harap aku, semoga Allah datangkan pada aku mereka mereka yang boleh jadi teman yang selalu mengingatkan aku yang jahil ini pada jalanNya. Aku tunggu tunggu dan tunggu. Sekarang aku mula tersenyum. Yang aku nantikan sudah Allah datangkan. Selalu ingat dan percaya akan satu kata-kata "Bila kita nak berubah jadi baik, Allah akan datangkan pada kita mereka yang baik baik untuk mendampingi hidup kita." Betul. Ayat nie sudah aku lalui keajaibannya. Semua mereka meraka yang baik baik ini, ustazah, kak ana, kak az, kak ita dan lain laib lagi, langsung tak pernah terdetik dalam hati, tak terfikir oleh akal aku, bagaimana untuk bertemu. Ada saja jalannya yang Allah buka. Macam-macam miracle yang aku rasa selepas pulang dari Sana. Hurm. Sekarang, bimbang aku selalu tewas, sebab aku semakin kuat percaya yang bila mana kita mahu berbuat baik, pasti Allah permudahkan. Percayalah.

Selepas bersungguh sungguh berusaha untuk sekeping Jemputan, menanti sekian waktu, dan ahirnya Allah hadiahkan untuk yang di tunggu. Hati tersenyum tanda syukur. Keindahan yang di rasai akan cuba di jaga. Di pelihara supaya rasa manis itu tidak hilang untuk dirasa.









PdanS : Hari ini bekerja dari rumah. Aci? 

Monday, April 22, 2013

Hati aku di sentuh.







Aku mula membaca tulisan Prof Kamil dari buku yang berjudul Travelog Haji pada Mei tahun lalu. Pada tika itu hati sangat sangat berkobar mahu di Jemput Ilahi untuk menjadi tetamunya. Lalu Allah pertemukan aku dengan buku itu. Sangat memberi inspirasi pada aku, apa yang perlu aku buat untuk  mendapat hadiah dari Allah, hadiah yang aku sangat sangat dambakan itu. Kisah kisah dalam buku itu menjadikan semangan aku lebih berkobar untuk sampai ke Sana. Pengajaran dari cerita itu aku cuba aplikasi dalam hidup aku yang banyak cacat celanya. Tiap butir kata-kata dalam buku itu mampu menyentuh hati aku. Menjadikan hati ini lebih lembut untuk merasa. Merasa yang sampai teresak esak, mengenangkan hubungan aku yang jahil ini dengan Allah. 

Cerita yang di hidangkan lebih kepada trevelog. Iaitu kisah hidup beliau, yang mana tiap apa yang terjadi, manis pahit, dugaan, ujian, kejayaan, semuanya dikaitkan dengan penciptanya iaitu Allah SWT. Sangat bagus untuk aku yang kadang-kadang hidup terasa tidak berguna, kadang-kadang seperti down saja, dan kadang-kadang mengeluh dengan kehidupan yang Allah tentukan. Ya Allah, teruk sungguhkan. Tapi, syukur Alhamdulillah, melalui buku ini, Allah ketemukan aku cara penyelesaian, ubat dan jawapan kepada apa yang hati aku selalu gusar dan keluhkan itu




Tulisan beliau lebih kepada motivasi. Sebelum ini aku hanya membaca beberapa artikel pendek beliau dari Majalah Solusi. Tapi 3 minggu yang lalu, Allah gerakkan hati untuk membaca buku yang beliau karang pula. Bila membaca tulisannya, Ya Allah, apa yang aku cari, apa yang hati aku seringkali tertanya tanya, sudah jumpa, sudah ada jawapannya. Tulisannya seperti meyakinkan apa yang aku rasa. Kata-katanya yang sangat sampai ke jiwa, buat aku berfikir, buat diri  memuhasabahkan kembali apa yang telah terjadi. Bila hati sudah tergoda dengan ayat dan kata kata yang di susun indah, maka aku rasakan seperti perlu membaca semua semua buku karangan beliau. Mesti!!




Penulis ini diperkenalkan oleh sepupu dan sahabat aku. Melalui mereka aku bekenalan dengan penulis ini secara maya. Kisah-kisah yang di hidangkan pelbagai, banyak berkisarkan hal wanita, hal jodoh, hal menjadi lebih baik. Banyak memberi keyakinan pada aku untuk hal hal masa depan, masa yang mana imam aku sudah tiba. Kisah dan perjalanan hidup beliau juga sangat cantik pada pandangan mata aku. Tersusun indah seiriing dengan akhlaknya yang begitu terpesona pada sesiapa yang mengenalinya. Dari tulisannya saja, aku boleh menilai dia adalah yang bagaimana. Aku tidak sesolehah dia, tapi harapan aku, jodoh yang aku terima, semoga secantik kisah "Cinta High Class" nya. 





Semua penulis di atas ini aku sudah linkkan blog mereka untuk kamu kamu baca. Pelis, tolong klik pada nama mereka. Jom lah jadi insan yang gemar membaca. Paksa dan paksa! Fizikal, kita hidangkan dengan makan yang sedap, pakaian yang cantik. Tapi rohani kita? Kasihan dia. Mesti sedang berlapar dahaga untuk menjamah ilmu-ilmu yang berguna. Jom kenyangkan rohani kita! Buku-buku mereka mungkin boleh google sendiri. Banyak. Cuba la baca, mesti hati akan tergoda. ^_^










PdanS :  Syukur atas kegemaran yang Allah gerakkan ini. Dulu aku bukanlah seorang yang boleh di label ulat buku. Membaca sesuatu yang paling membosankan dalam hidup aku. Sangat susah menjadikan diri untuk gemar membaca. Mungkin ia perkara yang paling dibenci aku. Kalau cuba di paksa sekali pun akan bertahan 3 menet saja dan selepas itu akan larut ke dalam mimpi mimpi indah yang lebih bahagia.

Sunday, April 21, 2013

Dinner.



Baju dinner merangkap baju raya sekali. Aci? Suka punya pasai. 


Suka lah sama ini dress. Kembang sekembang payung di pasar malam. Berkain chiffon yang ringan. Berkale kegemaran. Eh, tetiba royal blue jadi warna kegemaran? Dan begitu simple saja kan. I loikee. ^_^

Sekian. Selamat Hari Raya. Lalalala...








.

Saturday, April 20, 2013

Quote #92




Allah lah yang Maha Mendengar, Allah lah yang Maha Memakbulkan. Tiap apa yang berlaku itu dengan Keizinan Allah, atas Kekuasaan Allah. Tiada apa juga yang dapat menghalang sesuatu ketentuan Allah. 

Kerja kita hanya berdoa dan menyembahNYA saja. Tidak perlu pening memikirkan bagaimana perjalan kita untuk masa kedepan. Semua sudah dirangcang Allah dengan perancangan yang paling cantik dan indah. Maha Suci Allah dari sifat zalim dan aniaya. 

Jadi, jangan mempersoalan tiap ujian yang menimpa, tiap impian yang tidak didatangkan, tiap harapan yang tidak disempurnakan, sebab kesusahan yang kita rasa itu adalah lebih baik di sisi Allah sedangkan kita tidak mengetahuinya.


-me-








.
.

Masjid? Telekung?


Assalamualaikum

Disebabkan beberapa perkara yang bukan dalam perancangan hidup aku tiba-tiba saja muncul, maka, niat untuk pulang ke kampung halaman terpaksa di tangguhkan ke bulan lima nanti. Tidak mengapalah. Aku percaya perancangan Allah itu lagi cantik. Harus terima dengan hati yang redha. ^_^

Hari ini hari cuti. Tapi jasad aku tetap dibawa ke office. Membuat kerja kerja part time aku menggunakan internet office ini. Internet broadband sangatlah terlalu lembap yang akan membuatkan aku berkerja 2 menet saja, lain lain waktu akan di luangkan pada katil dan bantal emput. Jadi diri harus di bawak ke Sini. Kerja lebih laju. Lebih effective. Pengaruh dan anasir luar pun lebih berkurangan. Ceywahh. Ye dok. Nie dok update blog nie apa kes? Kerja la sangat kan. Kahkah.

Tadi terbaca status ini di Fan page salah seorang penulis buku kegemaran aku. Bunyi nya begini :


"Zaman sekarang di Malaysia, solat atas jalan pun jadi pelik.

Dia mungkin tidak pernah singgah di Jordan, orang solat di tengah pasar.

Mungkin tidak sempat dia lihat suasana di UK, orang solat di mana sahaja yang boleh.

Mungkin dia tidak sempat singgah ke Makkah, bila jalanan pun menjadi sejadah.

Orang yang sempit, memang akan menyempitkan."



Kata-kata ini sangat membuat hati teringat hal hal di Sana. Ya, di Mekah dan di Madinah sana. Bersolat tidak terhad hanya di masjid sahaja. Di celah lorong sebelah kedai. Di atas padang pasir. Di atas gunung. Di mana-mana saja yang hanya berlapik kain, kadang kadang kertas dan kadang-kadang bersejadahkan tanah sahaja. Bukan tidak ada masjid. Banyak. Hurmm. Sesuatu yang pelik bagi minda yang baru pertama kali di hidangkan dengan pemandangan seperti itu.  Susah untuk di lihat di Malaysia. Kenapa ya? Hurmm. Mungkin sudah ditanam dalam minda kita, sedari kecil diperlihatkan dengan keadaan yang kalau mahu bersolat harus ke Masjid. Kalau bersolat harus mengenakan telekung. Jadi, bila kaki di langkah jauh sedikit, keluar dari kepompong yang menyekat minda, maka terlihatlah keadaan yang berbeza. Bila berbeza terus di label Salah! Haram! Tidak Sah! Alahai. Mudahnya kita menilai ibadah kepada Allah. Sudah punya ilmu yang banyak?

Masjid tu asalnya  di zaman Rasulullha, di zaman khalifah,  bermacam fungsinya. Bukan untuk solat sahaja. Bila fikiran disempitkan, surau atau masjid hanya diimarahkan untuk solat sahaja. Sedangkan masjid itu boleh dijadi pusat ilmu dan sebagainya. Minda kita semua perlu diubah. Dirikan lah solat di mana-mana pun, dengan syarat-syaratnya harus dipenuhi.

Tapi yang lebih lebih memelikkan, bila ada yang memandang serong kepada seseorang yang bersolat dengan tidak bertelekung. Hurm. Hati ternya-tanya. Salahkah aku? Kaki sudah di tutupi. Aurat yang terlihat hanya pada 2 tapak tangan dan muka saja. Baju labuh tidak menampakan bentuk tubuh. Hurmm?

Terus akal berfikir. Di zaman Rasulullah dahulu, pakaian solat Siti Khadijah bagaimana? Fatimah? Bertelekung juga kah? Hurmmm. Berfikir lagi. Kalau di zaman Rasulullah sudah bertelekung, kenapa di Mekah dan Madinah tidak semua manusia bertelekung? Hanya 10 peratus sahaja wanita bertelekung. Kenapa wanita arab bersolat dengan jubah mereka saja? Kenapa yang dari Turkey berpakaian biasa saja sewaktu berjemaah? Kenapa yang dari India dengan Punjabnya saja tika menunaikan umrah. Hurmmm.

Ilmu yang cetek, menyebabkan kita salah menilai. Adat yang turun temurun di amal menjadikan amalan agama banyak yang ditokok tambahkan.

Bukankah solat wanita yang berimamkan Mazhab Shafie itu harus menutupi semua aurat kecuali 2 tapak tangan dan muka sahaja? Kalau sudah dipenuhi syarat syarat ini, tidak salah jika solat itu dilaksanakan dengan pakaian biasa saja. Asalkan memenuhi syarat itu. Yang menjadikan seseorang itu perlu bertelekung kerana pakaian sehariannya tidak memenuhi tuntutan agama. Barangkali mungkin kaki tidak di tutup auratnya, baju berlengan pendek, baju agak sendat yang menampakkan bentuk tubuh badan. Tudung yang singkat. Yakinkah kita untuk bersolat dengan pakaian seperti ini? Sudah tentu tidak bukan.

Agama Allah sudah cantik susunannya. Cuma kita saja yang susah untuk mengikutinya. Kalau dipatuhi semuanya, pasti tidak perlu di usung kesana sini telekung untuk bersolat. Pasti tidak perlu sibuk mencari telekung untuk menutup aurat yang terdedah bagi bersolat. Pasti tidak akan ujud lagi alasan "Telekung tak adalah, macam mana nak solat". 

Sebenarnya Islam itu mudah. Kita saja menyulitkannya. Kan...








PdanS : Teringat pesanan Dr Harlina "Pakaian yang terbaik untuk keluar rumah ialah pakaian yang dapat digunakan untuk bersolat". Hurm. Pakaian aku? Banyak cacat celanya lagi. Hurmmm. Jom ubah, agar budaya bersolat tanpa telekung menjadi perkara biasa untuk kita. Bila bersolat tanpa telekung, sudah tentu aurat kita terlebih dahulu telah dijaga. Kan. ^_^

Thursday, April 18, 2013

Di satu hari kelak.






Umar

Hamzah

Uwais

Maryam



Nama-nama yang aku sangat sangat gemarkan. Di satu hari kelak, bila aturan yang Allah aturkan itu telah tiba, bila janji Allah itu telah sampai, InsyaAllah akan dinamakan pada khalifah-khalifah Allah yang diciptakan dalam rahim aku dengan nama-nama yang ini. Semoga peribadi mereka juga seutuh nama yang di bawa. InsyaAllah.^_^








PdanS : Duhai Jumaat yang sangat buat hati aku kuat merasa, yang buat mata aku mudah berkaca. Syukur Alhamdulillah. 

Yang Merasa



Assalamualaikum. 

Menulis petang ini sambil di dendangkan dengan lagu Najwa Latif "Ada Mu". Tersenyum saja mendengar lagu yang cukup membantu aku menjadi lebih positif bila memikirkan tentang hal hal kehidupan ini. 

Aku ini, luaran saja nampak gagah, kelihatan kuat. Hakikatnya, tidak seperti yang di sangka. Sangat mudah air mata ini gugur untuk sesuatu yang aku rasa layak di tangisi. Bukan semua hal secara tibatiba aku nak sentap. Penat la lagu tu kawan. Lapar megi pun nak kena menagis, owh, tidaklah seperti itu. Kematangan aku sudah pada tahap orang yang besar besar. 

Teringat lagi, hari tu sedang berborak bersama rakan sekerja. Teman itu berbicara tentang ayahnya yang telah tiada. Tapi, at the end, aku pulak yang mengalir air mata? Sedih tetiba. Dia? Relax je. Hurm. Comel sungguh la.

Dan sekarang. Bila mendengar lagu lagu keTuhanan, harus lah hati lagi sensitif. Nak nak bila lagu itu bertajuk "Cahaya Hati by Opic". Tengah tengah drive kereta berseorangan, menuju ke office, yang jarak cuma 5 menet saja, mata aku mampu berkaca juga? Hurmm. 

Duhai hati, aku suka engkau yang begini. Aku suka aku yang mudah menagis dari aku yang dulu. Hati terlalu keras berbatu. Berilah apa saja kata-kata, susah sungguh untuk melekat pada jiwa. Sekarang, kalau seminggu  itu berlalu dengan mata tidak berkaca, hati gundah gulana. Seperi ada yang tidak kena. Rasanya tidak tenang sekali. Terasa jauh. Terasa lupa. Terasa lalai. Terasa jahilnya diri. Terasa sesuatu yang tak mampu di ungkapkan. Hanya dengan menangis, dengan ingat pada Allah, dan kemudian, barulah hati itu kembali tenang. Benarlah janji Allah;

"Ketahuilah, hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang".[Ar-Ra'd : 28]

Kamu, bila diri mudah untuk mengugurkan air mata, bermakna hati kita itu hidup. Belum mati. Mampu lagi untuk merasa dengan apa yang di lihat. Apa yang di dengar. Tapi, merasa lah pada sesuatu yang perlu dirasai. Menangislah pada sesuatu yang layak di tangisi. Jangan bazirkan rasa, jangan buang air mata pada insan/tempat/perkara yang tidak seharusnya dirasai dan ditangis.






"Learn to cry for your sins, and you'll find peace inside..."





.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...